Sudah tentu pemergian insan tersayang terutamanya ahli Keluarga amat memilukan, apatah lagi wabak pendemik Covid-19.
Jenazah pesakit Covid-19 perlu diuruskan mengikut SOP dan hanya petugas yang diamanahkan sahaja bertanggungjawab menguruskan daripada AtoZ.
Itulah realitinya, walaupun pahit kita semua perlu terima dan akur. Amat sedih apabila tiada ahli keluarga yang dapat melihat jenazah pesakit covid-19, mereka hanya minta petugas untuk merakam gambar sepanjang proses berlangsung.
Sandakan: “Tiada peluang langsung untuk ahli keluarga melihat jenazah (pesakit Covid-19), ada antara mereka meminta kami merakam gambar dan video ketika proses pengebumian, ia saat yang sangat menyedihkan,”
kata Yunizam Yusop.Itu antara pengalaman Yunizam, 32, bersama rakan dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Abam Botak Van Jenazah, mengurus, memandikan jenazah dengan bertayammum sahaja dan mengkafankan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 di daerah ini sejak penularan wabak itu semakin kritikal di Sabah.
Baca Juga Di Sini:
Tinggalkan Lima Anak Dan Suami, Selepas 18 Hari Bertugas Positif Covid-19
Sebaik Bebas Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Frontliner Buku Doa, Amalan Sepanjang Rawatan
Sempat Videocall Sebelum SUAMI Pergi, Mangsa Covid-19 Masih Trauma Walaupun Selepas Lima Bulan
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Bagi Yunizam, dia dan rakan dalam pertubuhan itu perlu cekal, tahan dari segi mental dan fizikal serta perlu sentiasa bersiap sedia berhadapan tugasan menguruskan jenazah dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurutnya, sejak dua tahun menawarkan khidmat menguruskan jenazah secara percuma, pengendalian mayat pesakit Covid-19 memang berbeza daripada yang biasa dilakukan untuk mengelak mereka dijangkiti wabak pandemik itu.
“Seperti semalam, kami membantu mengebumikan 12 pesakit Covid-19 berusia lingkungan 40-an dan ke atas.
“Tugas kami bermula sebaik sahaja pihak hospital mengumumkan kematian (berkaitan Covid-19),” katanya ketika dihubungi NSTP.
Mengenai protokol pengurusan jenazah Covid-19, Yunizam berkata, sebaik menerima panggilan daripada hospital, pihaknya akan mengurus, memandikan jenazah dengan bertayammum dan mengkafankan kemudian mengadakan solat jenazah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan.
Menurutnya, ketika urusan pengebumian, perjalanan mereka dari hospital ke tanah perkuburan akan diiringi polis dan juga kakitangan hospital.
Katanya, berikutan protokol ketat daripada kerajaan, tiada ahli keluarga yang dibenarkan membuat penghormatan terakhir untuk jenazah.
“Ia sangat menyedihkan, tetapi kumpulan (pengurusan jenazah) saya perlu kuat untuk bersama menunaikan tanggungjawab ini dengan pasukan barisan hadapan yang lain,”
katanya.Sandakan ketika ini antara 16 kawasan zon merah di Sabah. Selain 16 kawasan zon merah itu, ada tujuh kawasan disenarai kawasan kuning dan hanya Tongod dan Nabawan tidak merekodkan sebarang kes.
Sabah mencatatkan lebih 4,650 kes aktif dan merekodkan 64 kematian di seluruh negeri itu.
MW: Ternyata ujian Covid-19 sungguh berat dan menguji semua orang sama ada pesakit yang dijangkiti dan juga barisan hadapan yang bertungkus-lumus dari awal hingga ke saat ini. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan.
Sumber: myMetro