Biarpun sedih dengan kehilangan mak, ayah tetapi kena kawal perasaan. “Walau apapun terjadi, saya akan jaga adik-adik.” luah anak sulung daripada lapan beradik ini.
Walaupun berat tanggungjawab yang digalas, namun gadis ini betul-betul kuat semangat demi menjaga adik-beradiknya.
Sedih Tetapi Kena Kawal Perasaan
“Rasa sedih dan rindu timbul setiap kali selepas solat,” kata Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kehilangan ibu bapanya akibat Covid-19 pada Julai lalu.
Nazurah Nabilah berkata, dia bagaimanapun dapat mengawal perasaan tersebut untuk menjaga tujuh adiknya selepas kematian ayah, Benyajeed Bernie, 45, dan ibu, Noraini Ibrahim, 43.
Pindah Politeknik
Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Mersing itu juga sudah dipindahkan ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak pada minggu lalu bagi memudahkannya menjaga adik-adiknya.
“Sebelum ini saya pernah jaga mereka, jadi bukan satu masalah kepada saya untuk berbuat demikian.
Saya akan teruskan pelajaran saya sampai akhir semester.
“Walau apa pun terjadi, saya tetap akan jaga adik-adik saya,” katanya.
Ads
Jelas Nazurah Nabilah, adiknya, Muhammad Muzakkir Benyajeed, 18, turut ditawarkan bekerja di Boustead Holdings selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan melawat mereka lapan beradik pada Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya, Muhammad Muzakkir menolak tawaran tersebut kerana ingin bekerja di sekitar kawasan rumah bagi membantunya menjaga adik-beradik lain.
“Tapi kalau dia rasa boleh menggalas tanggungjawab walaupun bekerja di tempat yang jauh, dia akan pergi juga nanti,” ujarnya.
Kehilangan Ibu Bapa Kerana Covid-19
Pada Julai lalu, episod duka menimpa lapan beradik itu bermula apabila bapa mereka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 16 Julai lalu, diikuti ibu mereka dua hari selepas itu, kedua-duanya akibat jangkitan Covid-19.
Selain Nazurah Nabilah dan Muhammad Muzakkir, enam lagi ialah Nurhani Nabilah, 16, Numasuhah Nabilah, 14, Muhammad Benjamin, 13, Muhammad Bennazir Sulaiman, 10, Nur Rawdhah Nabilah, 8 dan Nur Qurratu Ain Nabilah, 4.
Ads
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Dalam usia yang masih begitu muda, dia menggalas beban terlalu besar. Semoga Nazurah Nabilah terus cekal menghadapi ujian mendatang di samping adik-adiknya.
Anak perempuan dikatakan cukup rapat dan manja dengan ayahnya. Ke mana saja, pasti akan ikut sampaikan digelar ‘anak ayah’. Sebaliknya anak lelaki pula dengan ibunya.
Selalunya, memang itulah realitinya anak perempuan rapat dengan ayah sejak kecil. Dia tahu, ayahnya itulah yang akan melindungi dan menjaganya.
Lagipun, mungkin sikap ayah ini memang akan jadi lembut, bila anak-anak inginkan sesuatu baik mainan atau apa-apa akan di rujuk pada ayah.
Apa yang dikatakan anak perempuan rapat dengan ayah ada sebabnya. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif tentang anak perempuan.
Kadang anak perempuan perlukan MASA ayahnya: 1. Perlukan untuk bercerita. 2. Sebab ingin bergurau senda 3. Perlukan untuk bertatap mata.
Ada juga anak perempuan perlukan CONTOH daripada ayahnya: 1. Dijadikan contoh cara melayan pasangan. 2. Contoh cara mengurus rumah tangga. 3. Dijadikan contoh cara berkomunikasi sesama ahli keluarga
Kadang anak perempuan perlukan KEBERADAAN ayahnya 1. Untuk bersama keluarga 2. Keberadaan ayahnya bersama adik beradiknya 3. Malah, keberadaan ayahnya bersama dirinya
TAPI…Ini boleh berlaku
Anak perempuan mungkin akan jauh hati dengan ayahnya
1. Bila ayahnya terlampau KERAS.
2. Ada bila ayahnya terlampau BENGIS
Bila ayahnya terlampau menggunakan KEKERASAN & KESAKITAN untuk mendidiknya
INGAT…
Kerana anak perempuan kita 1. Jiwanya sangat halus. 2. Dalam jiwanya sangat lembut 3. Jiwanya sangat rapuh
Itulah kenapa mereka perlukan sosok seorang ayahnya untuk melindungi dan menjaganya dengan sepenuh jiwa dan raga.
Ketahuilah wahai ayah, dirimu adalah lelaki pertama yang dicintai oleh anakmu dan sampai bila bila mereka akan tetap mencintai dan menyayangimu.
Mingguan Wanita : Kasih ayah sanggup susah untuk kesenangan anak-anak. Hargailah kasih ayah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tempoh kuarantin, mempunyai lebih banyak masa bersama didalam rumah seharusnya dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan keluarga. Namun demikian, entah dimana silapnya dalam tempoh tersebut juga boleh meruntuhkan rumahtangga yang dibina.
Selepas lebih empat bulan ‘berperang’ menangani penyebaran COVID-19 dan dua bulan melalui perintah berkurung, negara China kini berdepan dengan peningkatan pasangan yang memohon perceraian.
Menurut laporan, terdapat ramai pasangan suami isteri di bandar besar seperti Xi’an, Dazhou dan Tongchuan di China telah memohon untuk memfailkan perceraian.Ia dikatakan berlaku gara-gara penguatkuasaan perintah kuarantin dalam usaha mengekang penularan wabak penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19.
Cecah Had Maksimum
Memetik laporan Daily Mail, sebuah pejabat pendaftaran di Dazhour, Wilayah Sichuan, menerima lebih 300 permohonan bercerai dalam tempoh tiga minggu sehingga 13 Mac 2020.
Di Xian, antara destinasi pelancongan popular di China dalam Wilayah Shaanxi, juga menyaksikan permohonan perceraian meningkat sejak ia dibuka semula pada 1 Mac.
Sebuah pejabat pendaftaran di Xian menerima 14 permohonan sehari, mencecah had maksimum yang dibenarkan. Malah ada pejabat pendaftaran kini menetapkan akan hanya menerima tidak lebih 10 permohonan perceraian dalam sehari berikutan jumlah permohonan yang meningkat.
Pasangan suami isteri bersetuju memfailkan perceraian di hadapan Pengurus Pejabat Perdaftaran Perkahwinan
Pengurus Pejabat Perdaftaran Perkahwinan Dazhour, Wilayah Sichuan, Lu Shijun memberitahu, 300 pasangan mendaftarkan perceraian sejak 24 Februari hingga 13 Mac 2020. Ini merupakan angka pendaftaran tertinggi bagi sesebuah pejabat pendaftaran.Menurut Lu, angka permohonan perceraian ini naik mendadak dibandingkan dengan sebelum merebaknya COVID-19.
Ramai yang beratur untuk proses perceraian di Pejabat Pendaftaran
2 Sebab Utama
Menurut beliau mungkin terdapat 2 sebab utama yang mengakibatkan berlakunya perkara ini.
Pertama, Pejabat Pendaftaran Perkahwinan baru sahaja dibuka semula selepas ditutup buat sekian waktu untuk mematuhi perintah lockdown di negara China.Permohonan yang mungkin hendak dibuat lebih awal, tetapi tidak dapat dilakukan kerana pejabat-pejabat pendaftaran ditutup hampir sebulan ketika penularan COVID-19 berada di kemuncak.
Kedua, ramai pasangan China dikatakan menuntut cerai akibat dari kuarantin yang terlalu lama sekali gus mencipta pelbagai drama dan konflik dalam rumah tangga mereka.Menghabiskan banyak masa bersama di rumah bukan sahaja menjadi jemu tetapi juga mewujudkan suasana tegang, sering bergaduh walaupun mengenai perkara-perkara kecil dan remeh. Akibatnya mereka memilih untuk bercerai, ujar Lu.
MW: Tak sangka kuarantin terlalu lama, suami isteri banyak masa di rumah pun boleh jadi punca bercerai. Apa-apa pun, pasangan suami isteri kena bijak luangkan masa bersama-sama, lakukan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan dan kemesraan di rumah. Paling penting saling bertolak ansur dalam tempoh ini.
Pengalaman bengkak susu yang pernah dialami bagaikan mimpi ngeri sewaktu dalam pantang selepas bersalin anak pertama.
Pada waktu itu pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa melakukan pembedahan selepas disahkan mengidap Breast Abscess (nanah payudara) atau bengkak susu.
Pengalaman Bengkak Susu
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, isteri kepada Azwan Kombos ini sekali lagi mengalami bengkak susu sewaktu masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya.
Pada 11 Februari lalu, Ezzaty selamat melahirkan bayi kedua. Sedang menjalani proses berpantang sekali lagi dirinya diserang bengkak susu hingga tiga kali demam.
Namun dia bersyukur kerana kali ini tidak perlu menjalani pembedahan.
“Tiga kali demam menggigil satu badan sebab menahan sakit.
“Sudah hujung-hujung berpantang ni masih kena lagi. Alhamdulillah semuanya ok. Sakit ni penghapus dosa kecil. Syukur tak perlu operate macam dulu,” luah Ezzaty.
Jangan Sampai melarat
Malah Ezzaty juga sempat menitipkan pesanan agar ibu-ibu yang baru melahirkan anak agar jangan pandang ringan tentang hal ini.
“Para ibu kat luar sana, bengkak susu bukan satu perkara yang boleh dibiarkan ye.
“Jangan sampai melarat dan bernanah, nanti kena operate, sakit sangat tau!
“Boleh google “breast abcess” untuk tahu lebih lanjut.
“Saya bukan pakar, saya bercakap melalui pengalaman je. Sila rujuk pakar bila bengkak tak surut ya ibu-ibu,” luahnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Ezzaty dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh. Malah warganet juga berkongsi pengalaman mereka sendiri bila berhadapan dengan bengkak susu.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...