Hati ibu mana yang tidak sedih jika anak yang disayangi menderita kesakitan ekzama. Apatah lagi itulah satu-satunya permata hati yang dianugerahkan ilahi. Kasihan sungguh tatkala melihat anaknya menggaru-garu, kulit pedih keterlaluan hingga berdarah. Lebih teruk lagi apabila air bisa yang keluar dari kulit yang digaru.
“Ramai orang ingat ekzema setakat gatal-gatal saja. Hanya yang merasai tahu perasaan ini. Sukar nak berhenti menggaru. Malah, cabaran utama pesakit ekzema ialah mengadu sangat pedih apabila terkena air ketika mandi. Begitulah juga yang dihadapi Tia, paling kesian bila selepas menggaru kulit Tia melecet hingga rapuh dan mula membengkak.
“MasyaAllah hanya Yang Maha Esa saja yang tahu deritanya Tia. Bila dari muka hingga kaki bengkak dek kerana kesan kulit gatal yang digaru. Bukan itu saja malah rambutnya gugur dan keningnya hilang,” terang Mawarni Abd Manaf atau lebih mesra dengan panggilan Mimi antara perkara dan pengalaman yang dihadapi oleh anaknya yang bernama Tia Al-Batrisya Muhamad Alhafiz, 7.
Mimi juga rasa cukup gelisah bila keadaan sedemikian dialami anak kesayangannya dan suami, Muhamad Alhafiz Zakaria.
Tia Disahkan Hidap Severe Eczema
Ads
Mimi juga menerangkan anaknya disahkan menghidap Severe Eczema iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki alami kegatalan.
“Tia mula menghidap ekzema ketika umurnya empat tahun. Penyakit ini mula menyerang selepas hari raya. Permulaannya kulit Tia jadi kering dan hitam. Dari situ saya dan suami ke klinik-klinik pakar untuk merawat Tia. Tapi keadaan dia semakin lama semakin teruk. Pada masa yang sama kami ke Pakar Kulit HUKM dan kemudiannya selepas lima bulan doktor pakar membuat surat rujukan untuk Tia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur kerana kondisinya yang semakin teruk.
“Semakin hari keadaan Tia semakin teruk dan tidak terkawal sehinggalah kulit dia tak boleh nak pegang. Melecet pedih, 24 jam gatal-gatal dan dia menggaru. Bila masa mandi dia menjerit-jerit kesakitan.
“Malam tak boleh tidur. Berpeluk saja dengan dia 24 jam. Kemudian dia terus ditahan di HKL selama sembilan hari. Kemudian bermacam-macam jenis ubat yang diberikan kepada Tia. Sehari lapan jenis ubat yang Tia makan. Berjumpa doktor dari selang tiga hari, turun ke seminggu sekali, dua minggu sekali, tiga minggu sekali, sebulan sekali selama setahun lebih. Keadaan terkawal sebab penggunaan steroid dan ubat hospital. Dari ubat makan sampai ubat sapu. Bila berhenti makan ubat, flare balik kulit Tia.
Ads
“Sehingga satu ketika sewaktu berusia enam tahun, Tia sudah pandai luahkan perasaan dan dia tak mahu makan ubat lagi. Sebabnya bila dia makan ubat dia akan rasa lemah, letih dan tak boleh bermain-main. Dia rasa tak seronok dan dari situ saya mula mencari alternative lain. Alhamdulillah perlahan-lahan penyakit Tia berkurangan,” ungkap Mimi.
Sedih Bila Kena Buang Dari Sekolah Tadika
Mimi turut menerangkan dia berasa sangat sedih apabila pada usia lima tahun, Tia hanya berpeluang ke Tadika sealama dua bulan sahaja.
“Ketika usianya 5 tahun, hanya dua bulan dapat ke tadika. Kemudian dia terpaksa berulang alik ke hospital. Ketika usia 6 tahun, dua tadika dia pegi. Tia pergi ke tadika yang ketiga, alhamdulillah cikgu-cikgu memahami dan terima Tia seadanya,” cerita Mimi dengan nada yang cukup sedih.
Ads
Cabaran Bila Mula Sekolah Rendah
Tahun 2019 Tia mula bersekolah rendah, bulan pertama memang penuh cabaran, Minggu pertama Mimi menjelaskan semuanya berjalan dengan lancar.
“Minggu kedua Tia mula menangis-nangis, tergaru-garu sehingga cikgu sekolah hubungi saya kerana badan Tia dah berdarah-darah. Kadang tu masuk pukul 7.30 kemudian jam 8.30 sekolah dah hubungi saya untuk ambil Tia. Bulan kedua bersekolah saya tunggu Tia di kantin dan dia akan bersekolah setakat mana dia mampu bertahan.
“Selama tiga bulan lebih merana semasa sekolah akhirnya sekarang Tia pulih dan syukur kerana dia sudah tidak gatal-gatal teruk seperti dulu. Walaupun semakin pulih namun saya masih menjaga pemakanan Tia dan dia juga berpantang daripada mengambil beberapa makanan yang boleh membuatkan kulit Tia kembali gatal. Penyakit Tia bukan disebabkan faktor keturunan atau makanan. Doktor suspek dari sistem imun Tia sendiri,” jawab Mimi.
Demi menjaga anak kesayangannya, Mimi juga terpaksa berhenti kerja dek kerana keadaan Tia yang teruk pada tahun 2017. Namun pengorbanan itu sangat berbaloi kerana dia berasa puas dapat menjaga dan bersama-sama dengan Tia tatkala anaknya memerlukan ibu di sisi. Selain itu Mimi juga sangat bersyukur kerana keluarga memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada mereka sekeluarga sepanjang Tia menderita penyakit yang dihidapi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Maryam Durian Kimchi, suami pilih Rina. Itulah nama yang diberi oleh pasangan popular yang juga selebriti media sosial Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi dan suami, Ryzal Ibrahim untuk anak sulung mereka.
Perkongsian tersebut diumumkan oleh Ryzal dan nama yang diberikan bersempena gabungan nama mereka, Rizal dan Narae.
Maryam Durian Kimchi, Suami Pilih Rina
Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 15 Ogos 2019, yang pada awalnya menetap di Seoul sebelum mengambil keputusan pulang ke Malaysia pada September 2020 kini sudah bergelar ibu bapa.
Paling menggembirakan Ryzal juga memberitahu isterinya selamat bersalin dan anak yang dilahirkan juga sihat. Ryzal juga sangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan teruja apabila dapat mendukung dan membelai puteri sulung kesayangan.
“Assalamualaikum warahmatullah.
“Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.
“Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae).
“Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak,” tulis Ryzal.
Allah Permudahkan Maryam Bersalin
Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Maryam yang juga anak kelahiran Korea Selatan telah berkongsi beberapa foto dirinya dan Ryzal sedang memangku bayi perempuannya.
“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. ALLAH mudahkan bersalin.
“Terima kasih semua doakan saya,” kongsinya.
Untuk rekod pada Jun lalu, Maryam pernah berkongsi bayi dikandung adalah perempuan dan mempunyai wajah seiras suaminya, Ryzal.
Mingguan Wanita : Kami juga ingin ucapkan tahniah buat Maryam dan Ryzal. Selamat berpantang buat Maryam dan semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang solehah apabila dewasa kelak.
Sumber: Instagram @maryamyunrrr
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Membuka tirai 2018 dengan khabar gembira, tahniah buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang menyambut kelahiran anak ketiga mereka semalam. Ia sekali gus melengkapkan tiga orang anak perempuan yang dimiliki oleh pasangan selebriti ini.
Azad yang terkenal dalam melakonkan watak-watak komedi didalam filem mahupun dramamenerusi satu video pendek yang dimuat naik di Instagram (IG)nya melahirkan rasa syukur kerana kedua isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat. Pengumuman yang disampaikan secara bersahaja dan berseloroh berjaya mencuit hati follower beliau.
“Isteri saya selamat melahirkan anak perempuan yang ketiga. Azad ada tiga anak perempuan, YA anak perempuan. Alhamdulillah, terima kasih, syukur pada pada Allah,” ujarnya.
Dalam pada itu, disebabkan ketiga-tiga anaknya adalah perempuan Azad sambil berseloroh memberitahu masih ada peluang untuk dirinya memiliki anak lelaki.
“Ini bermakna saya masih ada harapan lagi untun anak lelaki, terima kasih kepada peminat yang mendoakan. Nanti saya akan ‘update’ tentang anak dan juga isteri saya,” katanya ketawa.
Terdahulu, dua orang cahaya mata pasangan ini adalah Amarra Sofea Rose, 4, Ameisya Leanne Rose berusia setahun.
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat pasangan ini, semoga kehadiran baby baru, memberi sejuta rahmat, rezeki dan kebahagiaan buat pasangan selebriti ini. Kepada Iera Syazira, selamat berpantang!
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, juga memberi limpahan rezeki yang tidak dijangka. Alhamdulillah, siapa sangka pada usia 60 tahun, penyanyi lagenda rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy (Search) bakal menimang cahaya mata yang keenam. Lebih istimewa ia merupakan antara doa yang dimakbulkan, apabila hasrat penyanyi ini untuk menambah seorang lagi cahaya mata tatkala berusia 60 tahun bakal menjadi kenyataan.
Menerusi posting terbaru dilaman instagram, Amy mengumumkan berita gembira isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan hamil dan kini sedang mengandung sebulan.
Amy juga meluahkan rasa kesyukuran apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun dimakbulkan tuhan.
“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.
“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” luahnya dalam entri berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, vokalis kumpulan Search yang memiliki seorang cucu ini memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor dan sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka bagi mengesahkan kandungan itu.
Sebelum itu, penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu ini juga turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagramnya.
Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Amy memilki dua anak iaitu Nabila Huda,32 dan Irisha Myra,21 serta seorang cucu Keisha Laila,8.
Tahniah buat Amy Search dan isteri yang bakal terima kehadiran ‘orang baru’. Semoga kandungan sihat sempurna dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.