Tular di media sosial gambar serpihan pesawat Lion Air, ini satu ujian besar buat keluarga mangsa.
Kalau empat tahun lepas Malaysia pernah kehilangan pesawat MH370, yang sedihnya belum terubat. Namun kali ini Indonesia, kehilangan JT610 pesawat Lion Air yang terhempas di tengah laut di Tanjung Karawang, Indonesia.
Lebih mencuit emosi, dalam pesawat ini ada 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Kisahnya, Pesawat Lion Air JT 610 itu baru sahaja berlepas dalam 13 minit yang meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan tiba-tiba terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Sebenarnya ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Tetapi melalui jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, pesawat dari jenis Boeing 737 MAX 8 disahkan telah terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Cukup perit untuk ‘telan’ berita ini, namun kita hanya mampu berdoa moga segala urusan pencarian dipermudahkan.
Sumber: Astro Awani