“Sediakan Servis Alternatif Ke Mahkamah Tanpa Peguam.” Suzana Ghazali DiTuduh Tutup Periuk Nasi Orang

Share

“Sediakan servis alternatif ke mahkamah tanpa peguam.” Suzana Ghazali dituduh tutup periuk nasi orang. Itulah luahan Suzana Ghazali, 48, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Bina Bahagia Services.

Ternyata hidup dalam dunia media sosial sekarang banyak cabaran, ada saja yang tak puas hati. Jelas Suzana dirinya tidak terkecuali, malah dirinya pernah didoakan yang bukan-bukan.

Sediakan Servis Alternatif

“Ada komen daripada mereka yang sentap dengan teguran saya sampai ada yang doakan saya mati. Tak kurang juga cabaran dan kritikan daripada rakan-rakan dalam bidang yang sama.

“Antara servis utama yang saya sediakan sekarang ini adalah membimbing klien untuk ke Mahkamah Syariah sendiri tanpa perlukan khidmat peguam syarie.

Ke Mahkamah Tanpa Peguam

“Saya nak ambil peluang maklumkan sekali lagi dekat sini, servis saya hanyalah satu alternatif khusus buat mereka yang tidak mampu biaya kos peguam syarie swasta dan tidak layak untuk dapatkan khidmat peguam bantuan guaman. Saya tak berniat nak menutup periuk nasi sesiapa.

DiTuduh Tutup Periuk Nasi Orang

“Saya tak kaya pun, masih guna kereta kesayangan Iswara lahir tahun 2000. Saya sediakan khidmat alternatif ini rentetan kisah saya sendiri ketika berdepan kes dengan bekas suami dulu, diceraikan secara SMS.

“Saat itu saya dalam keadaan tak ada duit sebab selepas tinggalkan dunia guaman. Bila suami SMS cerai, saya uruskan kes saya sendiri dengan mudah. Masa tu saya terfikir, kes aku jadi mudah sebab aku ada ilmu dalam bidang ini.

“Macam mana kalau wanita yang tak ada ilmu dan tak ada juga duit untuk bayar peguam? Asbab itulah saya wujudkan Bina Bahagia Services dan teruskan servis alternatif ini,” luahnya ikhlas ingin membantu wanita teraniaya.

Suzana juga sering dijemput untuk menjayakan beberapa program TV.

Baca Di Sini: Elak Kongsi Masalah Dengan Suami Atau Isteri Orang, Simpati Jadi Jatuh Hati!

Faham Apa Yang DiBaca

Sesungguhnya setiap kali berkongi sesuatu di media sosial, dirinya mengharapkan mereka yang membaca perkongsiannya mendapat ilmu yang diperlukan. Bila ada ilmu, biasanya pembaca atau pendengar akan faham situasi sebenar yang dihadapi seterusnya mereka dapat mengambil keputusan yang betul untuk bertindak.

Sememangnya memang menjadi visi Puan Suzana untuk menyampaikan ilmu buat panduan bersama dan di samping itu mewujudkan masyarakat celik ilmu khususnya wanita adalah misi wanita hebat ini.

Pernah menjadi Perwakilan MPPUniversiti Malaya.

Minat Suzana dalam bidang perundangan sebenarnya wujud sejak dirinya masih kecil lagi. Tetapi sebab utama datangnya passion dalam bidang ini bermula daripada hasrat untuk membantu kaum wanita.

“Hasrat tersebut lahir selepas saya menonton satu drama yang disiarkan menerusi slot Panggung RTM lama dulu, dalam tahun awal 80-an, saya masih di sekolah rendah.

“Saya menonton cereka Kalung, lakonan Izaidah Khairan yg memegang watak sebagai peguam bagi membela seorang isteri yang dituduh membunuh suaminya sendiri. Saya suka cara peguam tersebut beraksi membantu kliennya dan daripada situlah terbit hasrat, satu hari nanti saya juga nak tolong wanita yang teraniaya.

Suzana bersama rakan sekuliah ketika hari konvokesyen.

“Meneruskan kehidupan, saya sendiri diuji dalam perkahwinan dan saya dapat selesaikan masalah perkahwinan saya dengan mudah kerana ilmu yang ada. Menambah lagi passion saya untuk meneruskan hasrat saya sejak kecil tersebut,” ungkap Suzana yang memegang falsafah hidup, “Kuasai Ilmu, Anda Takkan Dikuasai”.

Bersama program Mingguan Wanita Talkshow.

Menarik Di Sini: Bahagia Kita Sendiri Kena Cari, Bercerai Bukan Halangan Untuk Kekal Gembira

Pengalaman DiTipu Klien

Kenangan ini sudah pasti tidak akan dilupakan Suzana biarpun kisah ini berlaku ketika mula-mula bergelar peguam syarie sekitar tahun 1999.

“Klien tak tunai janji untuk bayar duit saya. Saya dah ke Mahkamah Syariah untuk kes klien tersebut dan klien tak hadir dan saya tak ada duit kecuali cukup untuk tambang bas dari KL ke Kajang.

“Sampai pekan Kajang, saya jalan kaki dari pekan Kajang balik ke rumah sewa di Bukit Mewah (rasa dalam 4-5KM jugak) – sejak tu, saya akan pastikan klien bayar dulu kat saya sebelum saya buat kerja.

‘Selain itu kejadian yang tidak mungkin dilupakan adalah pada tahun 2005, saya dijadual bertemu seorang wanita. Sebelum mulakan sesi, tiba-tiba kami didatangi seorang lelaki dan dia mengugut saya jika teruskan kes. Si lelaki tu rupanya suami kepada klien saya,” jelasnya.

Tambah Suzana, dia pernah berniaga nasi lemak dan kuih pada tahun 2007 dek kerana tidak diberikan gaji dan juga dalam masa sama diuji suami yang lari dari kerja dengan tentera.

“Saya tekad halau suami daripada rumah dan sebab marahkan tindakan saya, suami ceraikan saya talak satu dengan SMS. Oleh sebab itu sampai hari ni saya berasap saja kalau ada klien yang masih simpan suami yang tak kerja,” jelasnya satu persatu.

Suzana bersama empat cahaya matanya.

Bapa Sumber Inspirasi

Menurut Suzana dia sememangnya lebih rapat dengan bapanya sedari kecil, oleh hal demikian bapanya memberi pengaruh besar dalam hidupnya sehingga ke hari ini. Malahan jika berdepan dengan sesuatu masalah, dia akan merujuk bapanya.

“Bapa saya, Ghazali Ebramsa yang memberi inspirasi buat saya hingga ke hari ini kerana bapa adalah seorang yang tegas tetapi penuh kasih sayang. Bapa juga mudah tolong orang lain. Sebagai anak sulung, walaupun saya perempuan tetapi bapa ajarkan untuk menjadi berani dalam perkara yang kita yakin adalah benar.

“Dia juga ajarkan saya erti tabah dan tidak mudah putus asa. Bapa juga sering mendorong dan menyokong saya,” akuinya bahawa hasrat membantu dan ditambah dorongan cara dia dibesarkan, Allah izinkan perjuangan Suzana selama ini.

Suzana bersama bapanya ketika berniaga minyak wangi di Uptown Sri Gombak pada penghujung tahun 2019 untuk tampung belanja.

Cukup 24 Jam

Melihat caranya saja, membuatkan kita boleh meramal bagaimana sikap Suzana yang sebenarnya. Dirinya mengakui bahawa dia sejenis orang yang tak suka melayan perasaan kerana tidak mahu kerja tertangguh atau terbengkalai.

“Jadi bila ada ujian, saya akan tetapkan masa untuk melayan perasaan tak akan lebih daripada 24 jam. Contoh hari ni saya diuji dan saya rasa lemah atau sedih atau kecewa.

“Waktu malam sebelum tidur, saya akan cakap dengan diri sendiri, “Ya Allah, malam ini aku tidur, aku nak rehat dan esok aku nak bangun dalam keadaan yang lebih baik, lebih kuat untuk teruskan hidup.

Keluarga besar Suzana Ghazali.

“Alhamdulillah hingga kini, Allah masih izinkan. Perkara sama saya buat masa saya sedih sangat kehilangan adik kandung pada Oktober 2020. Prinsip saya juga, kalau hari ni kita kecewa, tak semestinya esok kita akan kecewa juga.

“Selagi diberi nafas,kita ada peluang untuk cipta bahagia hidup kita. Dalam masa sama, saya tak akan benarkan orang lain kawal hidup atau kawal emosi saya. Tipulah kalau saya tak pernah dikecewakan tapi saya tak akan biarkan kekecewaan tersebut berpanjangan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Suzana merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik.

Pencapaian:

  • Anugerah Pelajar Cemerlang Kategori Profesional sempena Hari Sambutan ke-100 tahun, Sekolah Kebangsaan Sik pada Oktober 2012.
  • Anugerah Penceramah Terbaik Institut Sosial Malaysia 2013 dalam Majlis Kecek Bersama Pengarah ISM pada 1 Julai 2014.

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar.  Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.   

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura  

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Published by
Nur Syazwani Mehat