Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti hidangan berasaskan buffet menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Menyedari keistimewaan sajian buffet yang mendapat tempat di hati penggemar makanan di bulan Ramadan, Restoran I-Dahlia Corner yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur turut melancarkan buffet Sinar Ramadan 2025.
Restoran yang berkonsepkan alam taman bunga menawarkan sehingga 50 menu setiap hari berasaskan juadah tradisional dan pastinya hidangan signature seperti Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops menjadi juadah istimewa mereka.
Menurut pemilik I-Dahlia Corner, Dahlia Aliruddin, ketiga-tiga menu tersebut menjadi juadah paling popular pilihan pengunjung untuk berbuka puasa pada setiap tahun dan mereka memastikan sajian terbabit memenuhi kualiti ditetapkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Menurut Dahlia lagi, perniagaannya turut dibantu oleh menantunya, Zawen yang mengambil tanggungjawab menguruskan restoran keluarga itu.
“Walaupun sibuk, saya akan pastikan dapat sisi masa membantu ibu mertua di restoran. Setiap hari, kita dapat jumpa ramai orang yang datang singgah menjamu selera,” katanya.
“Rempah ratus yang digunakan berasaskan bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan pelbagai lagi. Saya akan memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan memenuhi kehendak dan memastikan proses masakan mengikut standard yang ditetapkan,”kata Dahlia.
Sinar Ramadan I-Dahlia Corner juga tidak melupakan hidangan lain seperti ayam percik, ayam masak merah, masak lemak, nasi minyak, Pecal, Begedil, pelbagai kuih manisan menyelerakan dan pilihan air menghilangkan dahaga dengan harga RM59+ (dewasa) dan RM39 ( 7 tahun – 12 tahun / warga emas /OKU ).
“Restoran ini mampu memuatkan lebih 200 pengunjung pada satu masa-satu masa dan kemudahan ruang solat turut disediakan, pengunjung juga akan dihiburkan oleh penghibur yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan bermula jam 6 petang hingga 10 malam.
“Apa yang menarik, setiap hari, pengunjung bertuah akan berpeluang memenangi hadiah misteri yang akan diumumkan sebelum Bufet Ramadan tamat pada jam 10 malam,” kata Dahlia.
Tempahan awal adalah dialu-alukan bagi memastikan kelancaran tempat duduk dan sebarang booking boleh dibuat melalui no telefon 012-3526397, 017-9913907 atau 03-67367641.
Pada majlis pelancaran buffet Sinar Ramadan 2025 baru-baru ini, I-Dahlia Corner tidak lupa untuk mengundang seramai 50 anak-anak yatim dari rumah amal asnaf Al Barakh yang bertempat di Keramat, Kuala Lumpur.
“Saya tidak akan melupakan golongan yang tidak bernasib baik ini dan menghulurkan sumbangan buat mereka, semoga pemberian itu membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik di bulan yang penuh keberkatan ini,” kata Dahlia.
I-Dahlia Corner akan beroperasi semula secara ala-Carte selepas jam 10 malam dan beroperasi semula seminggu selepas Syawal dari jam 8 pagi hingga 2 pagi setiap hari kecuali
Ahad.
Persembahan busking turut diadakan setiap tengahari dan orang ramai boleh menikmati persembahan sambil menjamu selera.
I-Dahlia Corner ditubuhkan pada tahun 2013 setelah pelbagai liku-liku bidang perniagaan ditempuhi oleh Dahlia Aliruddin seperti bidang kecantikan (1997), produk kecantikan (2003) dan jualan pakaian (2015).
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE