Sedekah SUBUH, Ia Termasuk Dalam Sedekah Terbaik. Kena Biasakan Walau Hanya RM1

Share

Setiap sedekah yang kita beri, tak kisah bila-bila masa atau kepada siapa, asalkan ia ikhlas dari hati dan terbaik untuk memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Pernah dengar tak tentang sedekah subuh dan kenapa ia dipanggil begitu. Adakah kerana diberikan pada waktu subuh atau sebaliknya.

Jarang orang bercerita tentang perkara ini dan jika ada pun hanyalah berapa kerat sahaja. Ada sesetengah orang merasakan tidak lengkap tanpa memberikan sedekah. Tak kisah walaupun hanya RM1. Inilah yang menjadi rutin dan jika tidak buat terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin ia dianggap terbaik. Kita tidak tahu kan. Perkongsian daripada Ahliya Fariza ini boleh memberi manfaat buat pembaca tentang apa yang dikatakan tentang sedekah subuh.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sedekahlah Setiap Hari Walaupun Kita Hampir Tiada Apa-Apa. Besar Hikmahnya

Nikmat Rezeki Berkat Dan Keluarga Bahagia, Bila Kita Sentiasa Bersedekah

Info Lebih Menarik DI SINI

Sedekah Terbaik, Asalkan Ia Ikhlas

Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di waktu lain. Semuanya boleh di setiap waktu dan setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Tetapi adakah ia termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa?

Kata Rasulullah, setiap subuh, Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari”

Sedangkan satu lagi Riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”

Sediakan satu tabung di rumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dengan berkat sedekah ini mudahkanlah pekerjaan saya”

“Dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku”

“Ya Allah, dengan berkat sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi”,

Ini antara contohnya.

Jangan Terlepas

Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah-sedekah itu kepada anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau dilakukan secara istiqamah di situ dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.

MW: Masih belum terlambat untuk kita mulakan sedekah subuh. Moga kita semua dipermudahkan.

Sumber: اهليا فاريز

Published by
Nora