Bila sentuh topik tentang sedekah pada mak ayah dan nafkah pada keluarga sendiri, ada sesetengah orang akan bersuara benda ini remeh. Malah ramai yang lalai dengan tanggung jawab pada keluarga.
Si suami leka dengan perangai dan sikap tersendiri, isteri dan anak tak diberi nafkah yang sepatutnya. Lagi teruk, suami sangat berkira untuk isteri dan anak-anak tetapi duit yang ada boleh pula belanja kawan-kawan makan.
Ada juga sebilangan kita yang sememangnya lupa tanggung jawab pada mak ayah sendiri. Entah apa yang dikejar dalam hidup sehingga jasa mak ayah dibelakangkan.
Bukankah ‘sedekah’ pada mak ayah lebih afdal dari sedekah-sedekah yang lain. Mungkin disebabkan si anak takut bila selalu memberi sedekah pada mak ayah, semakin berkurang jugalah wang dalam tangan.
Agaknya macam mana nak sedarkan golongan yang berkira memberi ini? Haa… kalau ada di kalangan kita yang masih bersikap ‘takut tak cukup’, jemput baca perkongsian Nur Aliah Mohd Nor kali ini.
Sedekah Pada Mak Ayah
Syukur Alhamdulillah, setiap bulan perkara yang wajib dilakukan oleh Lia pasti akan hulurkan sikit duit pada mama dan papa Lia buat belanja mereka. Kadang memang mak ayah tak akan minta, namun sebagai seorang anak, inilah perkara wajib untuk kita membalas jasa mereka selama ini.
Semenjak Lia belajar teknik Talk To Allah di kelas Selling Without Selling, apa sahaja yang Lia nak pasti Allah kurniakan dengan mudah. Contoh baru-baru ini, Lia pergi ke seminar My Document Tn Abdul Basit . Semasa dalam dewan, beliau ada bagitahu tentang contest copywritting dan gambar yang paling kreatif akan dapat ticket percuma ke class Mastery My Document.
Jadi Lia terus submit doa kepada Allah dalam dewan itu juga. Lia nak pergi kelas Mastery My Document secara percuma. Bila kita doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, pasti Allah buka jalan kejayaan untuk kita. Nak dijadikan cerita, pada hari isnin baru ini, balik je dari kedai Dexandra di Wangsa Walk Mall, Lia terus hulurkan duit pada mama dan papa Lia untuk bulan September punya. Dan tersenyum bersyukur Lia dapat melihat kedua ibu bapa Lia bahagia dan mereka mendoakan kejayaan Lia.
Tanpa Disangka…
Dua jam selepas itu, Lia naik ke bilik Lia, sahabat baik Lia iaitu Yuyu dengan wajah senyuman manis beliau terus bagitahu berita yang menggembirakan Lia.
“Lia! Tahniah! Lia tahu tak Lia menang untuk ke kelas Mastery My Document dari Tn Basit?!”.
Allahu, terus dalam hatiku mengucapkan Syukur Alhamdulillah dan berterima kasih sangat-sangat kepada Allah. Dan Lia peluk sahabat Lia itu sebab terharu Allah mendengar doa hambaNya ini. Terus Lia bagitahu mama papa Lia tentang berita gembira ini pada mereka.
Di sini Lia nak tekankan, Janji Allah itu sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya dan bersedekahlah dengan niat yang sangat tulus ikhlas.
Contohnya dalam situasi Lia, Allah gantikan on the spot ganjaran buat Lia yang memang Lia sendiri nak sesuatu perkara itu. Jadi. Bersedekahlah kita walau sedikit. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Kan lebih baik jika kita dapat berkongsi dan dinikmati bersama.
Lia sangat yakin dan percaya, sedekah dengan penuh ikhlas mampu meringankan beban manusia lain dan juga mengangkat azab dan seksa kita di akhirat sana nanti. Lebih ajaib lagi, rezeki yang meluru masuk bila kita bersedekah ni datang tiba-tiba dan muncul di waktu kita sangat memerlukannya! Itulah keajaiban sedekah yang Lia rasa kalau korang buat, korang pun akan rasakan kejaibannya!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI