‘Sedapnya Somtam Seafood Mabeles’ Wanita Ini Share Resepi Dari Thailand

Share

Bayangkan makan somtam seafood mabeles ini dengan nasi panas-panas. Fuh! tengok gambar pun dah kecur, lagi suruh bayangkan. Resepi ini asalnya dari Thailand dan dipanggil juga Kerabu Seafood.

Silalah hadam resepi yang dikongsikan Puan Rohani Ahmad (ciknie) ini ya. Sebabnya, mudah saja, bahannya pun senang nak jumpa. Boleh buat terus dan jadi juadah berbuka puasa yang membuka selera lagi sedap.

Dah lama ciknie tak share resepi. Hari ni teringin nak berkongsi resepi kerabu seafood atau biasa selalu kita sebut somtam seafood sebab makanan ni pun ciknie cedok dari seberang sana.

Okay tak mo cakap banyak. Resepi ni ciknie tak ada sukatan. Kalau tengok memang banyak, macam biasa la keluarga ramai. Buat sikit tak cukup makan so pandai pandai la awak sukat sendiri eh.”

 

Bahan Bahan Somtam Seafood Mabeles

+ Bawang putih
+ Cili api merah
+ Limau nipis
+ Gula atau nise (Ciknie guna nise)
+ Sedikit Ajinomoto
+ Sos ikan
+ Sotong yg dah di rebus
+ Udang dah siap kopek dan rebus
+ Kerang yg siap rebus
+ Kacang panjang
+ Baby tomato
+ Daun bawang potong pendek

 

Cara Cara

+ Tumbuk bawang putih dengan cili api bagi lumat. Masukkan gula @ nise, sedikit aji, sos ikan dan tumbuk manja supaya tak terpercik sos ikan tu.

+ Masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek dan baby tomato gaul rata dan masukkan jus perahan limau

+ Lepas tu baru masukkan sotong, udang dan kerang yang siap rebus tadi. Tumbuk manja manja je atau gaul je bagi ia sebati. Lepas tu masukkan daun bawang. Tak nak bubuh daun bawang pun tak apa. Siappp! Mudah kan?

 

 

Somtam seafood ni dia kena ada rasa masam, pedas, sedikit manis dan sedikit masin. Orang kata biar seimbang rasa dia tu baru sedap. Kalau tak masam pun tak sedap juga tau, tak pedas lagi tak umpphhh. So selamat mencuba!

Jangan lupa #SHARE & #TAG suami isteri masing masing. Hiks

Sumber/Foto : Rohani Ahmad

Published by
Netty Ah Hiyer