Puding laici, resipi yang mengimbau kembali pada zaman muda belia. Kalau mak buat memang sedap sangat. Kiranya kalau letak laici tu, dah mewah sangatlah. Nak letak buah lain pun boleh juga, ikut citarasa.
Masih ada lagi ke yang mengimbau zaman 90 an. Puding laici yang mudah untuk dibuat. Tak perlu nak pakai banyak layer. Cukup dengan yang ini saja.
Antara perkongsian daripada Mr Ali tentang cara nak buat puding laici yang mana resipi dari maknya. Terus ingat zaman muda-muda dulu.
Puding Laici by Mak Mr Ali
Resipi ini sangat mudah, guna satu layer saja dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
Bahan-bahan:
12 gram agar – agar tali.
6 cawan air (1 cawan air : 250ml)
1 tin laici
1 tin susu cair
1 cawan gula
3 biji telur gred B
2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil garam
( 1 adunan dapat loyang petak 9 inci atau petak 8 inci.
Cara Membuat:
1. Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.
2. Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.
3. Apabila sudah larut masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah laici lagi. Kacau sebati.
4. Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair.
5. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan
6. dalam bekas yang lain, masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati & masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar.
Ads
8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit pada api yang perlahan
9. Apabila mendidih, masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat dan tutup api.
10. Masukkan ke dalam acuan / loyang
11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan diluar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti & sejukkan selama 3 jam .
12. Bila dah sejuk, bolehlah nikmati.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Memang sedap makan sejuk-sejuk.
Sumber: Muhammad Ali
https://www.facebook.com/buku.gadaffi
Selamat mencuba!
1. Bahan – Bahan
Ads
2. Bila agar2 tali dan air mendidih
3. baru masukkan gula. Kacau biar larut
4. Masukkan air dalam tin air laici. Air saja tau. Buah jangan masukkan lagi
5. Kuning tu telur yg dah dikacau sebati dan masukkan susu cair
6. Masukkan essen vanila + garam
7. Kacau sebati dan ketepikan
8. Dalam bekas yg lain, masukkan tepung kastard dan bancuh bersama2 dengan 3 sudu makan air
9. Maka jadinya macam ni
Ads
10. Masukkan ke dalam telur yg dh dikacau sebati dengan susu cair tadi
11. Kacau sebati
12. Masukan dalam air agar2 laici tadi
13. Kacau perlahan
14. Sampai mendidih
15. Dah mendidih masukan laici. Kacau sebati dalam 10 saat terus off api
16. Masukkan dalam loyang atau acuan
17. Biarkan suhu bilik/ biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3 jam
18. Dah siap. Semoga resepi yg sy gude details ni memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah. Sebotol kecil pun boleh tahan juga harganya.Sebenarnya untuk lebih jimat dan yakin lebih bersih, mak-mak boleh buat sendiri je sos cili ini sendiri di rumah.Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah MJ sebagai panduan.
“Dah berbelas tahun buat sos cili untuk kegunaan sendiri. Ni cara saya buat.Boleh buat sendiri, jimat bajet kalau beli mahal”
Bahan-Bahan:
100 gram cili kering (Potong, buang biji)
2 setengah cawan gula
3/4 cawan tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
1/3 botol besar cuka yang 620 ml
1 sudu besar garam kasar
1 labu bawang putih (7-8 ulas)
7 cawan air (Untuk Blender Cili)
1/2 sudu teh bahan pengawet *(Sodium benzoate)
*Boleh dibeli di kedai bakery
Tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
Cara Membuat:
1. Basuh dan rebus cili kering kemudian tapis.
2. Kisar cili tersebut dengan bawang putih.
3. Masukkan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kacau sehingga hancur.
5. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung pemekat sos dan pengawet. Jika api besar ia menyebabkan nanti sos berketul-ketul.
6. Akhir sekali masukkan cuka.
Info Ekstra!
Kepekatan sos kena agak sendiri sebab kita buat bukan pakai sukatan timbang. Jadi kalau cair masak lama sikit.Kalau pekat tambah sikit air.
Menarik sungguh resipi pancakes yang mudah nak disediakan ni. Tak perlu guna tepung langsung dalam adunan, hanya perlu kisar 3 bahan iaitu oats, pisang dan telur, dah boleh jadi pancakes yang sedap, lembut dan gebu malah sihat. Sesuai buat untuk sarapan pagi, bawa bekal anak sekolah. Senang sangat!
Bukan apa, bila beli oats kadang tak tau nak buat resipi apa yang sedap. Godek-godek resipi, jumpa resipi ni. Memang sedap, tekak boleh terima mesti tak menyesal bila cuba sendiri nanti. Malah resipi ni sihat, sebab tak guna tepung mahupun gula pun.
Bahan-Bahan:
2 biji pisang
2 biji telur
1 cawan oats
*secubit l garam
*secubit serbuk kayu manis
*1 Sudu besar Mentega Kacang
* mentega
Cara Membuat:
1. Potong kecil pisang dan masukkan dalam mesin pengisar. Boleh juga lenyekkan dengan garpu.
2. Masukkan telur dan oats.
3. Kisar halus semua bahan-bahan tersebut.
4. Panaskan kuali ‘non stick’, oleskan dengan sedikit mentega.
5. Masukkan bahan adunan ke dalam kuali.
6. Biar sehingga masak kekuningan.
Siap!
Info Ektsra!
Masukkan garam, serbuk kayu manis dan mentega kacang adalah pilihan mengikut citarasa bagi meningkatkan rasanya.
Jika tiada blender, kacau rata dengan sudu pun boleh.
Pancakes ini sedap dinikmati dengan madu serta buah-buahan seperti strawberi, blueberi atau kekacang.
Mingguan Wanita: Wah menarik sangat resipi ni, guna 3 bahan je dah boleh buat pancakes yang sedap, paling penting mudah dan tak guna tepung langsung. Sangat sihat, sesuai buat bekal untuk anak sarapan pagi.
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Kudapan ringan namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba resipi istimewa ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...