Sedapnya Pisang Goreng Penyet Cicah Sambal Tomato, Atas Permintaan Si Cantik Ini Kongsi Resepi Tradisi Orang Bugis

Share

Resepi pisang goreng penyet ini menu yang sangat popular di kalangan masyarakat Bugis Sabah. Di sana makanan ini dinamakan Sanggar Pappek. Istimewanya pisang goreng penyet ini dimakan dengan sambal tomato yang mudah pembuatannya tapi enak rasanya.

Resipi turun temurun masyarakat Bugis ini dikongsikan oleh Cik Puan Hadija Dija.

Makanan ini amat popular di kalangan masyarakat Bugis terutama di daerah Tawau Sabah. Rasanya sangat sedap dan ringkas saja pembuatannya.

“Mama Jaja nak share resepi dengan kawan-kawan yang berada di Semenanjung, (ramai yang minta resepi sebelum ni kan), baiklah korang di bawah ni mama jaja dah selitkan bahan-bahan dan cara untuk buat di setiap gambar, korang ikut jer comfirm menjadi.

Bahan Utama Sanggar Pappek

Pisang Sanggar (Pisang Abu) yang mentah @ muda.

Kupaskan kulit Pisang.

Make sure jadi macam ni bila kupas ya. Cuci pisang yang di kupas tadi, toskan dan goreng sehingga kekuningan.

Penyetkan pisang yang telah Di goreng tadi seperti dalam gambar.

Kalau korang nak senang, tak payah susah-susah, pakai pinggan duralex tu jer bagi penyet comfirm penyet sekata la pisang tu. Akan jadi macam ni. Lagi nipis lagi sedap bila masa nak makan nanti. Gorengkan pisang yang dah dipenyetkan tadi. Goreng sehingga garing or kekuningan.

Bahan-bahan Sambal Tomato

Bahan A
Tomato (tomato kecik or besar pun boleh).

Bahan B
Belacan
Cili padi
Garam
Aji
Secukup rasa

Tumis tomato (tomato jer tau). Lepas tu korang tumbuk dan campurkan la sekali bahan B tadi dalam lesung tu.

OK Dah siap untuk di hidang. Cicah dengan sambal tomato, memang tak ingat jiran sebelah.

Sumber/Foto: Hadija Dija via Mingguan Wanita

 

Published by
Netty Ah Hiyer