Berita

Sedapnya Nama Anak Sulung MK & Siti Hajaar “Assalamualaikum Aya Rayana. Semoga Menjadi Anak Solehah”

Share

Sedapnya nama anak sulung MK & Siti Hajaar. Seperti yang diketahui ramai, penyanyi  dan pelakon, MK K-Clique dan isterinya Siti Hajaar baru saja menimang cahaya mata pertama pada 3 Ogos 2024.

MK dan Siti Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023.

Siti Hajaar telah selamat melahirkan seorang puteri. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Stories, MK mengumumkan nama anak perempuan mereka.

Sedapnya Nama Anak Sulung MK & Siti Hajaar

 

Selepas hampir lebih sebulan melahirkan cahaya mata, MK dan isteri bersepakat mengumumkan nama puteri sulung mereka, iaitu Aya Rayana.

“Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, Al-Quran dan asal Arab.

Rayana, bermaksud pintu Syurga.”kongsi MK di Instagram Stories.

Hajaar “Assalamualaikum Aya Rayana

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata pujian terhadap nama yang dipilih MK dan isteri disifatkan mempunyai maksud yang sangat baik.

“MasyaAllah tabarakallah…semoga menjadi anak yang solehah dan membesar dengan sihatt Aamiinn.”

“Assalamualaikum Aya Rayana.”

“MasyaAllah nama yang bagus.”

“Nama yang baik menjadi doa yang baik pula.”

“Cantik namanya, moga membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah.”

“Sedap nama puteri MK dan Hajar.”

Apapun, selamat berpantang buat Siti Hajaar dan semoga anak yang dilahirkan membesar dengan sihat.

 

 

Baca Disini : MK K-Clique Ambil Masa Setahun Mengurat Hajaar, Akui Susah Kerana Isteri “Sombong”

Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh