Resepi Jelly Papaya ini nampak enak sungguh. Lagi-lagi agar-agar jelly dan buah betik original bersatu menjadi hidangan minum petang yang enak.
Sebab itu, kalau ada betik di rumah, bolehlah mencuba resepi yang dikongsikan Liza Ibrahim ini. Katanya, resipi ini diperoleh sendiri dari peniaga yang menjualnya di Kempas Johor Bahru.
“Cerita jelly papaya.
Pertama kali lihat dan jumpa di satu kedai jual cookies di Kempas Johor Bahru (satu row dengan Rest Satay Wak Radol) tahun 2012.
Saya beli dan ringankan mulut tanya seller cara-cara membuatnya. Selepas tu saya banyak kali buat papaya jelly untuk majlis makan-makan.
Beberapa kali demonstrate pada ahli keluarga dan rakan-rakan cara membuatnya. Stop buat almost 3 tahun lepas. Tapi raya tahun 2022 ni dapat buat 3 kali (ada pula yang pm minta resepi).
Alhamdulilah. Saya sedekahkan recipe dan cara-cara membuatnya yang simple dan senang.
Resipi Jelly Papaya
(Untuk 2 biji papaya)
Belah 2 papaya dah keluarkan biji (rujuk gambar)
Keluarkan isi cara memanjang
Resipi Untuk Jelly
- 1 packet jelly stripe (agar-agar tali)
- 1 tin susu sejat (evaporated)
- Gula 6 sudu
- Air 3 cawan
Cara Membuat Agar-agar Betik
- Didikan air
- Masukkan gula. Gaul sampai gula cair sepenuhnya.
- Kemudian, masukkan jelly strip dan biarkan hingga sebati.
- Masukkan susu sejat.
- Bila sudah mendidih tutup api dan guna penapis masukkan ke mangkuk besar
- Masukkan jelly ke dalam papaya dan susun isi papaya cara memanjang.
Sejukkan dalam fridge dan sedia untuk dipotong & dimakan. Jika simpan dalam fridge boleh tahan satu minggu.
Baca sini :
- Tip Mudah Untuk Beginner Masak Agar-agar, Tak Perlu Sukat Beriya Ikut Timbangan
- Agar-agar Santan Pandan Cantik Berlumut, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau
Sumber/Foto : Liza Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senangnya Buat Murtabak Maggi, Masa Inilah Nak Ajar Anak Buat!
Bila 24 jam duduk kat rumah nie, dapurlah tempat yang kerap di singgahnya. Kejap ruang tamu, kejap-kejap masuk dapur. Ada sahaja benda yang nak dikunyah dan perut sentiasa je lapar, lebih-lebih anak-anak. Kadang-kadang, mak-mak pun dah kehabisan idea untuk masa apa pada keluarga.
Sudah tak ada idea, apa lagi maggi lah yang menjadi tumpuan. Nak tahu apa yang sesuai selain di masak maggi, mak-mak boleh buat murtabak maggi. Senang saja, anak-anak pun boleh buat. Apa kata, pagi esok mak-mak cuti, biar anak yang buat murtabak maggi untuk sarapan.
Kali ini, Anne IdZahra dari ‘AromaDapurAnneElZahra’ berkongsi murtabak maggi yang dibuat sendiri oleh anak bongsunya.
“Anak yang bongsu Faiz Izzairy berusia 12 tahun mula menyelongkar dapur di tengah malam apa yang hendak dimasaknya sendiri. Dikeluarkan mee segera dan diolahnya membuat murtabak maggie. Rupa2nya memang sedap walaupun ringkas.
“Timbul lah idea nak sediakan untuk sarapan pagi esoknya. Kesukaan seisi keluarga sudahnya.. Kadang2 idea anak nih memang boleh digunapakai mengikut kesesuaian keadaan. Saya olah cara penyediaannya”.
Kredit utk c bongsuku.. abam Faiz..
Murtabak Maggie Crapstick
Bahan2nya :-
2 bungkus mee segera
2 peket rempah segera
Sedikit garam (pilihan)
2 biji telur Gred A
3 batang jejari ketam (crapstick size panjang)
Air untuk mencelur mee & ketam
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
Cara2nya :-
Didihkan air, masukkan mee & jejari ketam yang telah digunting/potong.
Setelah kembang, toskan dan letak ke dalam bekas.
Masukkan rempah segera, garam dan telur.
Gaulkan rata dan goreng.
Setelah agak masak, terbalikkan.
Biarkan seketika hingga masak
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
Resipi & cara : Anne IdZahra
“AromaDapurAnneElZahra”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Serbuk Asam Boi, Masin Manis Boleh ‘Adjust’, Senang & Jimat!
Buat sendiri serbuk Asam Boi, masin manis boleh ‘adjust’ ikut selera, senang dan jimat! Jika ada buah jambu, mangga, epal hijau atau apa sahaja buah di rumah pun, bila tabur dengan serbuk asam boi ni, memang sangat sedap.
Kita boleh buat sendiri je serbuk asam boi ni di rumah, memang mudah dan lebih jimat. Paling penting, kita boleh ‘adjust’ rasa masin dan manisnya.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Siti Khadijah ini sebagai panduan;
Takde masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu ke mangga ke uiii sedapnya. Kalau beli pun dah berapa kan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang. Jimat pun jimat
Bahan-Bahan:
Asam Boi
Gula pasir
Plum powder
Cara Membuat:
1. Asingkan biji dari asam boi.Asing asam boi dengan biji dia. Saya beli dekat kedai orang jual asam-asam. Bagitau orang kedai nak asam boi untuk tabur dekat buah. Ni rasa dia masin-masin manis.
Asam boi yang dah siap asing biji.
2. Blend halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.
Asam boi yang dah blend halus. Nampak macam tak halus sangat kan tapi dont worry nanti dah campur-campur semua dia sebati elok.
3. Kemudian, kisar gula + plum powder. Blend halus juga.
Saya guna plum powder brand ni sebab ni je yang ada. Brand apa pon tak kisah asalkan plum powder.
4. Satukan dengan asam boi yang dah dikisar halus tadi. Gaul sebati. Saya masukkan dalam satu bekas pastu goncang-goncangkan dia. Siap!
Oh resepi takde sukatan sebab buat ikut naluri. Saya tak tambah garam sebab asam boi tu dah ada rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing.
Dah siap tu try rasa. If rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera. Senang kan.
Tabur atas buah fuhh syahdunya. Buah jambu dah tinggal tu je haha sebab syok masuk mulut baru ingat nak tangkap gambar.
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Sedap, Tak Letak Petis Udang
Baca Lagi Di Sini:COLEK Pedas SEDAP Warna Merah Gelap, Kuah Sedikit Pekat, Mak Ajar Cara Sangat Simple!
Artikel Menarik:Buat Sendiri Air Oren Masam Manis Rasa Ala VITAGEN, Sedap & Lebih Jimat!
Mingguan Wanita: Sedapnya bila tabur serbuk asam pada buah-buahan ni. Memang boleh kecur air liur dibuatnya.
Sumber: Siti Khadijah
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsi Cara Uruskan Dapur Sampai Dia Boleh Bekalkan Makanan Untuk Anak Setiap Hari
Kalau awal-awal dah niat nak bekalkan anak makanan setiap hari, mak-mak kenalah cedok ilmu cara uruskan dapur dengan lebih bijak. Haaa… macam mana nak buat kerja ekspres di dapur, anda kena bertukar jadi chef hebat!
Bila tak tahu tip yang betul, urusan di dapur menjadi payah dan rumit. Jadi kalau nak tahu apa rahsia yang bolehkan kaum mak-mak masak setiap hari, ikut idea Puan Maslinda Mahat ini…
Cara Uruskan Dapur
Disebabkan akak banyak terima soalan, bagaimana akak uruskan dapur akak sampai akak boleh bekalkan anak-anak akak setiap hari, akak rasa ada bagusnya kalau akak kongsi tips dengan adik-adik semua. Manalah tahu perkongsian ini dapat jadi motivasi kepada adik-adik kan!
Setiap hari akak memang bangun 4.30am dan ada satu jam sahaja masa untuk siapkan bekal sarapan, lunch dan dinner kami sekeluarga. Tepat 5.30am memang dah kena berhenti memasak sebab akak keluar ke pejabat jam 6.15am. Jadi masa 1 jam tu memang perlu digunakan sebaiknya. Bila dinner nanti panaskan je lauk yang masak pagi tu, tapi sayur memang masak yang baru la.
1.Beli Barang Dapur Hujung Minggu
Sabtu atau ahad adalah masa untuk beli barang dapur. Kalau ayam daging udang ikan, akak memang beli cukup untuk seminggu. Bila dah balik dari pasar, pastikan bahan yang dibeli tu siap dibersihkan, baru simpan dalam peti ais. Ikan perlu disiang, udang perlu dibuang kulit, daging perlu direbus, ayam perlu dipotong kecil. Lepas tu simpan ikut portion memasak sekeluarga. Penggunaan Tupperware Freezermate memang sangat membantu sebab semua bahan masakan tu kekal segar walaupun ada yang terbabas disimpan lebih 2 minggu. Freezermate tu ada macam-macam saiz, adik pilih je nak yang macamana. Saiz 650mL tu so far paling akak suka.
2. Kisarkan Bahan Mentah
Jika ada beli ayam, bahagian dada tu boleh kisarkan untuk jadi bahan penambah perasa bila memasak. Kalau ada daging lembu pun sama. Kisarlah guna Tupperware Fusion Master ke atau apa juga jenama Food Processor yang adik-adik ada. Bila rebus daging guna pressure cooker, air rebusan tu pun simpan dalam bekas & bekukan. Masakan adik-adik memang akan jadi sangat sedap bila campur dengan bahan-bahan macam ni. Air rebusan simpan dalam Freezermate yang besar pun takpe sebab bila freeze-thaw ulang-ulang kali pun tak menjejaskan rasa dia.
3. Kena Pandai Pilih Sayur
Sayur-sayuran selalunya akak beli cukup untuk 3 hari je. Sayur yang wajib ada dalam peti ais akak adalah salad, tomato, capsicum, cauliflower, carrot dan kobis. Ni semua sayur versatile yang tak cepat layu dan adik-adik boleh sediakan dengan cepat. Makan mentah boleh, rendam air panas pun boleh.
4. Sediakan Paste Dalam Peti
Penggunaan cili boh untuk memasak sangat penting. Jadi akak akan buat stok cili boh tahan sampai 2 minggu. Caranya: Blender cili kering (yang direbus dahulu) sekali dengan bawang, halia, belacan dan guna minyak sebagai cecair pelincir. Kalau kisar guna air, cili boh takkan tahan lama. Blender halus lepas tu simpan dalam Tupperware Freezermate saiz 650mL x 2 bekas atau Tupperware Snowflakes 800mL, dan letak dalam peti ais bahagian dingin, bukan beku. Selalunya akak simpan 3 minggu pun masih tak berkulat. Kalau ada air sikit-sikit tu buang je bila nampak.
5. Bab Bawang Halia
Sesetengah orang suka kisar bawang dan halia siap-siap. Tapi akak tak buat macam tu. Akak memang kupas masa pagi nak memasak. Kenapa? Takde sebab apa pun, masing-masing punya cara. Jadi jangan tanya akak tau bawang kisar atau bawang siap kupas boleh simpan berapa lama. Akak memang tiada jawapan!
6. Susunan Cara Memasak
Dari segi agihan masa memasak, selalunya akak akan masak air panas dulu. Satu sebab nak minum air panas melegakan dahaga masa memasak. Satu sebab kadang-kadang nak cepat siapkan bahan berkuah. Lepas tu, akak akan tanak nasi dan lepas tu kupas bawang. Masa kupas tu terus kupas untuk jumlah yang diguna pagi tu. Jangan buat kerja ulang-ulang!
7. Konsep Multi-Tasking
Bila memasak, gunakan semua dapur yang ada. Kalau adik-adik ada 4 tungku dapur, maka gunalah semua. Tapi guna api perlahan lah kalau tak biasa nak coordinate 4 tungku serentak. Kalau ada 2 gunalah jelah 2 tu. Guna konsep multi-tasking. Sambil memasak sambil potong sayur atau bahan lain. Sambil masak lauk lunch sambil masak breakfast. Jangan adik-adik dok tenung je satu masakan tu sampai masak!
8. Guna Gajet Memasak
Gunakan semua gadget yang boleh membantu adik-adik tangkas memasak. Kalau ada Periuk Noxxa ke Tupperware Black Series ke Tefal Non-Stick Pan ke, Turbo Chopper ke, Pie Maker ke, apa sahajalah. Semua gadget-gadget ni perlu digunakan sepenuhnya, jangan simpan jadi tukun tiruan!
9. Sebelum Tidur Fikir Menu Apa Nak Masak
Ada sesetengah orang akan sediakan bahan masakan malam sebelum tidur untuk jimat masa pagi tu. Akak tak buat macam tu. Malam-malam sebelum tidur akak cuma rancang esok pagi nak buat bekal apa dan thaw bahan-bahan yang sepatutnya. Tapi ini pilihan masing-masing, so terpulang pada adik-adik ya.
10. Beli Telur Banyak
Satu bahan yang paling versatile untuk buat bekal sarapan adalah telur. Akak memang beli terus sepapan untuk dua minggu. Lagi satu, roti. Kombinasi dua ni sebagai bekal memang paling senang dan boleh dipelbagaikan.
11. Tanya Idea Suami Dan Anak-anak
Akak juga bagi peluang anak-anak dan suami akak untuk order bekal mereka. Tapi bukan order serentak sebab akak tetapkan, semua orang akan makan bekal yang sama. Jadi mereka akan berpeluang makan bekal favourite mereka ikut giliran. Dengan adanya idea dari diorang, sekurang-kurangnya akak dah tak payah pening fikir nak masak apa!
Apa yang paling penting, untuk konsisten memasak setiap pagi tu memang perlukan motivasi yang sangat tinggi.
Tak payah bandingkan akak yang boleh memasak bfast lunch dinner sekaligus dengan adik-adik yang baru mula nak buat bekal anak-anak. Start slow but consistent. Akak ni, mak akak dah latih akak memasak untuk mak ayah adik-adik akak sejak akak sekolah menengah. Jadi kalau adik-adik baru nak jadikan ini rutin, jangan bandingkan diri adik dengan akak. Simpan rasa kagum sekadar untuk jadikan motivasi, bukan untuk bebankan diri.
Macam akak, masa akak mula-mula kawin dulu, akak buatkan suami bekal sebab tu permintaan suami akak. Tapi bila Amirah lahir, suami dah drop permintaan tu, tapi akak pula yang akan rasa menyesal bila tak memasak. Rasa menyesal sebab bila tengahari akak nak kena ke kantin untuk makan, lauk di kantin selalu mengecewakan. Ada masanya akak malas nak ke kantin dan makan maggie atau quaker oat dengan rasa loser habis. Nak sangat tido sedap pagi tadi kan, haa menghadap maggie/quaker oat la akak! Akak paling malas nak keluar ofis untuk lunch, penat!
Sediakan Roti Atau Susu
Jangan lupa, akak juga manusia biasa yang kadang-kadang akan ada rasa malas yang teramat sangat. Ada sesetengah pagi tu akak boleh pulak melopong atas katil cari kekuatan nak memasak, ada sesetengah pagi yang akan akan matikan loceng jam dan set semula untuk tido sampai cukup-cukup masa mandi pergi kerja je. Itu sangat normal ye adik-adik. Jadi jangan rasa stress bila ada mood macam ni. Adik-adik standby je roti krim atau roti manis sekali dengan susu kotak, sebagai ganti bekal untuk mereka. Balik kerja petang nanti, memasaklah kita lepas penat redah jem. Kot malas jugak, beli jelah lauk kedai. Haha!
Lagi satu yang menjadi motivasi akak adalah apabila balik kerja petang-petang, anak-anak akak akan puji bekal akak tu. Kalau suami pun puji sama, lagi nak melompat rasanya. Terus rasa penat memasak tu akan hilang. Tapi ada masa-masanya mereka juga akan kritik hidangan akak. Tapi akak akan berlapang dada, sebab akak cakap dalam diri, sekurang-kurangnya akak dah tunaikan tanggungjawab akak sediakan makanan yang bersih dan sihat dari rumah.
So itu jelah perkongsian akak. Semoga mendapat manfaat. Kalau nak share, silakan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI