Sedapnya Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Masak Lemak Putih Telur Suhun

Sedapnya kalau menikmati masakan yang bersantan seperti masak lemak kan? Agaknya  apa tengah hari ni agaknya? Dah ada terfikir apa hidangan nak disajikan untuk keluarga? Boleh cuba masak dua sajian yang MW kongsikan ini. Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Masak Lemak Putih Telur Bersama Suhun Dan Fucuk.

Sedapnya Dua Hidangan Ini

Masak lemak itu sesuai untuk anak-anak kerana tak pedas dan rasanya yang lemak pasti membuka selera anak-anak untuk makan nasi. Manakala masak lemak cili api tu pula tentu untuk mak dan ayah yang lebih suka pedas.

Kedua masakan berasaskan santan ini tak susah nak dimasak. Bahan yang diperlukan juga tak banyak sangat. Selamat mencuba!

MASAK LEMAK CILI API DAGING TETEL

Sedapnya Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Masak Lemak Putih Telur Suhun

BAHAN-BAHAN:

500 gram daging tetel

1 liter santan cair

300ml santan pekat

2 batang serai-diketuk

Ads

1 helai daun kunyit

Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

15 biji cili api (lebihkan cili api jika suka pedas)

5 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

Ads

¾ inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Cuci daging tetel dan toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar halus, serai dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih dan masukkan daging tetel.
  3. Masak daging tetel dengan api sederhana sehingga menjadi empuk dan masukkan garam secukup rasa.
  4. Masukkan santan pekat. Masak sekejap sambil kacau daging sekali sekala. Matikan api dan boleh dihidangkan.

MASAK LEMAK PUTIH TELUR SUHUN DENGAN FUCUK

Sedapnya Lemak Cili Api Daging Tetel Dan Masak Lemak Putih Telur Suhun

BAHAN-BAHAN:

80 gram suhun – kerat pendek dan direndam

3 keping fucuk – kerat pendek dan direndam

3 biji telur ayam

Ads

1 biji bawang besar – hiris kasar

2 cawan santan pekat

3 cawan santan cair

Garam secukupnya

Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMASAK

  1. Masukkan santan cair bersama hirisan bawang besar ke dalam periuk dan dimasak sehingga mengelegak. Masukkan suhun dan fucuk dan kacau perlahan sehingga fucuk dan suhun lembut.
  2. Pecahkan telur ayam satu persatu secara perlahan-lahan ke dalam periuk.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya telur tidak hancur dan santan tidak terbit minyak. Masak dengan api perlahan
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan hirisan cili merah.
  5. Matikan api dan siap untuk dihidangkan. Sedapnya bila dimakan dengan nasi putih panas.

https://www.mingguanwanita.my/masak-lemak-cili-padi-udang-cendawan-dan-kurma-telur-puyuh-sedap-dan-mudah/

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI