Sedapnya Burger Tepi Jalan, Peniaga ini Kongsi Cara Masak Di Rumah, Jangan Kedekut Bahan!

Share

Kalau ditanya, rata-rata mesti memilih burger tepi jalan lagi sedap berbanding yang fastfood. Walaupun tak semua sependapat dan ia bergantung pada citarasa masing-masing pun.

Apa sedapnya burger tepi jalan ini. Kalau nak dikatakan harga, rasanya memang berbaloi sebab bahan -bahan yang ada dalam burger tu mewah. Paling penting segar-segar lagi dengn hirisan kobis, timun, bawang dan sebagainya.

Pernah tak mak-mak buat kat rumah? Rasanya mesti tak berapa nak menjadi macam burger tepi jalan kan, walaupun dah guna bahan yang sama. Kali ini abang peniaga burger kongsi tip nak masak burger kat rumah, sama macam beli kat kedai.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Udang Celup Tepung Ala Kedai Tomyam, Guna 4 Bahan Saja

Resipi Sambal Belacan Kedai Siam, Senang Sangat, 5 Minit Siap!

Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah

Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah.

Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.

Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.

1.Berat Daging

Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.

2. Jangan Tekan

Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar. Sebab daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak planta sikit, sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.

3. Letak Perasa

Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Lepas tu, letak la seasoning. Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.

4. Letak Air Bawang Putih

Ayaq bawang putih ni untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja. Masukkan dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.

5. Api Sederhana

Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.

6. Roti Sapu Planta

Pastikan roti tu letak planta bagi penuh, tak yah dok sep sangat dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja. Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.

7. Lettuce Iceburg Ganti Kobis

Sayur tu ikut la, selalu orang pakai kobis la kan. Tapi masa aku niaga pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la. Tapi agak mahal skit.

8. Jenis Sos

Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson. Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson. Sebab tu kebab depa sedap.

9. Mayonis

Mayo pulak paling best pakai nelly. Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.

10. Keju

Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa. Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.

11. Sos Lada Hitam

Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap sikit. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu,  masukkan oyster, lada hitam kasaq, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.

12. Susunan Lapisan Burger

Akhir sekali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan. Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.

Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Kita jual macam mana kita suka makan, baru prang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap. Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.

Semoga bermanfaat!

Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.

Mingguan Wanita : Baru tahu, patutlah berbeza rasa dengan kita buat kat rumah. Lepas ni, ikut tip ini barulah macam beli kat kedai.

Sumber: Adie Redzuan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora