Resepi ikan bilis tamban goreng pedas ini jadi rezeki berniaga berganda-ganda buat Cik Puan Yaya. Waktu awal PKP, resepi inilah yang menambat hati para pelanggannya.
Dan, beliau bermurah hati kongsikan resepinya pada orang lain. Agar boleh dijadikan sumber mencari rezeki buat mereka yang terkesan dengan pandemik.
Kongsinya, “Kita tahu waktu PKP hari tu ramai yang ditimpa ujian. Ramai yang hilang pekerjaan. Saya tahu, amat peritnya ujian itu buat yang siapa yang menghadapinya.
“Berbeza dengan saya, PKP hari tu Allah berikan saya rezeki yang berlipat ganda. Saya banyak habiskan masa dengan berniaga produk makanan secara on line. Ada 3 produk saya keluarkan secara serentak pada masa itu. Tak tahu dari mana datangnya kudrat dan tenaga. Semua dengan keizinanNya juga.
Ads
Salah satu produk yang sampai hari ini ramai yang masih bertanya “bila nak on balik tambatan hati spicy?Serius rindu air tangan yaya“. Serba salah dibuatnya bila ada soalan-soalan cepu emas begini. Bukan tak nak buat, saya terikat dengan kerja makan gaji. Itu kekangan besar buat saya.
Jadi hari ini (ketika status dimuatnaik), saya dengan seikhlas hati ingin berkongsi resepi buat rakan-rakan kat luar sana. Produk ini antara produk best seller saya musim PKP fasa 1 tempoh hari. Promot biasa-biasa je waktu tu, inikan pula kalau saya bagi Master Khairul Hakimin Muhammad promot , mungkin bertan-tan kuantitinya mengalahkan produk kurma beliau ketika itu.
Ads
Mana tahu, ada rakan-rakan saya yang hilang punca pendapatan boleh berniaga produk ini dari rumah. Saya tak dapat nak bantu dengan cara memberi wang ringgit, mungkin melalui resepi ini ia dapat membantu kalian. Insya Allah.
Bahan goreng tamban
500 g ikan tamban (saiz paling halus)
6 senduk tepung gandum
3 senduk tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Bahan bawang goreng
6 biji bawang besar/ bawang kecil
3 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Sambal garing
Cili kering 500g (kuantiti boleh tambah ikot suka)
Minyak masak untuk menumis
Gula (agak-agak ikot tekak masing-masing)
Asam keping
Perasa/pasti sedap/sesedap rasa
Hasilnya selepas digaul semua bahan.
MW : Mudah caranya, moga resepi ikan bilis tamban goreng pedas ini beri manfaat buat anda.
Nasi Dagang antara hidangan yang cukup popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur.Nasi beras pulut beraroma dimakan bersama gulai Ikan Aya atau dikenali Ikan Tongkol disamping Acar Timun. Memang sedap. Nak dapatkan tekstur nasi elok cantik berderai, kena guna beras Basmathi campur beras pulut sikit.
Nak masak sendiri di rumah, boleh cuba resipi lengkap Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan oleh Puan Haadii Nadiaini.
Percubaan buat Nasi Dagang Terengganu entah kali ke berapa, kali ni nasi elok cantik (masuk bakul,angkat sendiri) cuma gulai je sedikit cair yang penting suami cakap sedap.
Cara saya buat nasi dagang (mudah je)
Bahan-Bahan:
2 pot Beras basmathi (saya guna beras basmathi Pusaking Cap Rambutan)
2 sudu Beras pulut saya guna cuma 2 sudu (saya tak suka sangat rasa berpulut jadi saya kurangkan,jadi kalau suka berpulut boleh tambah sukatan)
*bahan-bahan atas ni rendam 1-2 jam, saya rendam 1 jam.
Halia mayang halus
Bawang merah mayang halus
Santan(saya guna santan M.S setengah kotak)
garam
gula
2 sudu besar halba
Cara Membuat:
1. Kukus beras + beras pulut sampai separuh masak.
2. Letak beras + beras pulut yang dikukus separuh masak tadi dalam bekas/besen (lagi besar lagi elok),ketepikan.
3. Kemudian, dalam mangkuk masukkan santan, halia, bawang, halba, gula, garam dan kacau sampai sebati. Selepas tu masukkan ke dalam bekas/besen berisi beras+beras pulut tadi. Kemudian gaul sampai rata/sebati. Gaul perlahan-lahan untuk elakkan nasi patah.
4. Kukus lagi sekali sehingga masak, kemudian letak dalam bekas dialas daun pisang, tekan-tekan sedikit biar mampat. Tutup dengan daun pisang,sedia di hidang.
Gulai Nasi Dagang:
Bahan-Bahan:
Ika Aya/Tongkol
* Rebus ikan aya/tongkol, air tu biar tenggelam ikan bersama asam keping, garam. Rebus sampai air sedikit kering dengan api perlahan.
11 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
seinci halia
cili kering segengam (direbus)
* kisar semua
Rempah Kari Ikan adabi (plastik biru 1 paket kecil)
Rempah gulai cap bunga rose (1 paket kecil)
2 kotak santan (Saya guna M.S size kecil)
Air
Asam keping
Gula nisang/kerek/melaka
Garam
ciliapi merah dan hijau
Cara Membuat:
1. Letakkan minyak agak banyak dalam kuali untuk menumis, tunggu minyak panas baru masukkan bahan kisar, rempah kari ikan adabi dan rempah gulai cap rose, sedikit air bersama gula nisang (saya guna nisang separuh kerek).
2. Tumis sampai pecah minyak dan kering. Saya ulang step ni 3 kali. Kering, tambah air (ni kalau nak tambah air rebusan ikan pun boleh, saya tak buat sebab saya takut masam, saya tak suka gulai masam)ulang 3 kali sampai rempah kering/pecah minyak, jangan hangit pula)api sederhana ye. Ketepikan.
3.Selepas itu dalam periuk, masukkan santan 2 kotak dan sedikit air (sukatan air saya masukkan air dalam kotak santan M.S size kecik),kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi dalam periuk berisi santan. Buka api, kacau sampai sebati, masukkan garam, asam keping, ikan yang direbus,cilipadi hijau dan merah. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Siap!
Acar Timun
Bahan-Bahan:
Timun (Potong bulat-bulat,lepas tu belah 4, buang biji. Hiris halus-halus). Saya suka halus-halus, kalau kasar tak cantik dimata saya haha.
Lobak merah pun potong bulat-bulat lepas tu hiris halus.
2 biji bawang merah (hiris halus)
1 biji Lada besar buang biji (hiris halus)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 sudu besar cuka
Cara Membuat:
Gaul semua bagi sebati,siap.
Cara Rebus Telur, Kuning tak keras, cantik oren
1. Didihkan air agak-agak tenggelam telur (telur suhu bilik)
2. Selepas air mendidih, masukkan telur slow-slow tak nak bagi dia retak, set masa 6 minit.
3. Selepas 6 minit tutup api dapur. Biarkan lagi dalam periuk 3 minit.
4. Selapas tu cepat-cepat angkat alirkan bawah air paip. Kupas ketika masih panas di bawah air mengalir.
**Saya dah share resepi, harap membantu. Nanti buat la ye. Saya tak mintak banyak, cuma mintak doa dari puan-puan semua agar anak saya yang speech delay dapat sebut perkataan dengan jelas. Sekarang dah 6 tahun masih tak bercakap jelas. Terima kasih daun keladi.
MW: Menarik resipi Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan ini. Bagi peminat Nasi Dagang, kena cuba resipi ini. Memang sedap dan berbaloi buat sendiri. Pastikan guna beras basmathi campur beras pulut sikit, barulah nasinya elok cantik berderai.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Buah Avokado atau alpukat merupakan buah yang sangat berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta mineral. Buah ini juga mengandungi nutrisi asid folik yang sangat bagus untuk wanita hamil dan perkembangan bayi didalam kandungan. Rasa buahnya yang lemak berkrim, sangatlah sedap jika dibuat jus. Jika selalu beli jus ini, apa kata cuba buat sendiri pula.
Berikut merupakan perkongsian daripada Lin Chalo, Jus Alpukat yang menjadi kegemaran seisi keluarga beliau.Hanya perlu beli buah avocado dan buat sendiri je.
4. Tambah sikit air sejuk. Lepas tu kisar la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.
5. Minum dengan hepi!
InsyaAllah akan dapat alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir rm10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.
Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.
Penambah selera hingga boleh buat makan nasi berpinggan-pinggan! Sambal belacan, sebut pun dah boleh kecur air liur. Terbayang akan gabungan rasa pedas, masam, manis dan masin yang sangat membuka selera. Dipadankan pula dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar. Memang menjadi gandignan itu. Aduh! Gagal diet dibuatnya!
Penambah Selera
Sambal belacan umpama pelengkap hidangan bagi yang gemar makan pedas. Definisi sambal pula ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.
Zaman dah moden, ramai yang nak lagi cepat dan mudah. Satukan semua bahan dan blender semua sekali. Memang senang. TAPI kalau nak yang asli, sebaiknya ditumbuk dalam lesung. Teksturnya pun berbeza. Bila makan, ‘feel’ pun berbeza tau!
Ada Banyak Versi Penambah Selera Ni…
Ada banyak versi sambal belacan ni termasuklah yang digoreng dahulu semua bahannya barulah ditumbuk. Bahan-bahannya jug boleh dipelbagaikan juga untuk lagi sedap. Kali ini dikongsikan cara nak membuat sambal belacan belimbing buluh. Memang power tau. Rugi tak cuba. Bahannya juga sangat ringkas!
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.Pagi tadi negara dikejutkan dengan...