Sedap & menyelerakan, buah tembikai snek makanan sihat sesuai seisi keluarga. Khasiat buah tembikai untuk kesihatan tubuh memang hebat. Kalau kita tahu pasti kita akan makannya setiap hari. Sedap pun iya juga.

Untuk pengetahuaan anda, buah tembikai bukan sahaja rendah kalori dan lemak, tetapi juga tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Kandungan air dalam buah tembikai juga tinggi. Lebih kurang 92 peratus air ada di dalam buah tembikai.

Sedap & Menyelerakan  

Terdapat beberapa jenis buah tembikai yang sering menjadi pilihan ramai. Antaranya adalah tembikai merah, tembikai susu dan tembikai wangi.

Sebenarnya buah tembikai (watermelon), tembikai susu (honeydew) dan tembikai wangi (cantaloupe) mempunyai zat tinggi, sekaligus menjadikannya snek makanan sihat yang sesuai untuk seisi keluarga.

1-Tembikai 

Tembikai merah boleh dikenali dengan warna cerah, yang tidak hanya membuatnya kelihatan menyelerakan tetapi juga menambah manfaat pemakanan. Ini termasuklah:

Likopen: antioksidan kuat yang dapat membantu mencegah kerosakan sel, dan dapat membantu mencegah beberapa jenis barah. Semakin dalam warna tembikai, maka semakin banyak likopen yang terdapat di dalamnya.

Sedap & Menyelerakan, Buah Tembikai Snek Makanan Sihat Sesuai Seisi Keluarga
Tembikai (watermelon)

Fitonutrien: boleh membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Vitamin A dan C: seperti tembikai lain,tembikai merah menyediakan sumber vitamin penting ini, serta kalium.

2-Tembikai Susu 

Tembikai susu memberi  gula semulajadi yang akan terus memberi tenaga kepada sel tubuh sepanjang hari. Ia juga rendah lemak dan mengandungi beberapa vitamin dan mineral utama, seperti:

Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.

Ads
Sedap & Menyelerakan, Buah Tembikai Snek Makanan Sihat Sesuai Seisi Keluarga
Tembikai susu (Honeydew)

Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.

Tembaga: membantu pertumbuhan semula sel kulit, yang membantu mempromosikan kulit yang sihat.

Vitamin B: membantu membuang toksin dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit.

3-Tembikai Wangi 

Beberapa manfaat buah tembikai wangi untuk kesihatan termasuklah:

Karotenoid: antioksidan kuat yang membantu mengekalkan fungsi mata yang sihat.

Folat: penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan sel yang sihat di dalam badan.

Ads
Sedap & Menyelerakan, Buah Tembikai Snek Makanan Sihat Sesuai Seisi Keluarga
Tembikai wangi (cantaloupe)

Vitamin C: terbukti dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, serta memberi kulit yang sihat, menguatkan tisu, dan meningkatkan fungsi otak yang sihat.

Kalium: mineral penting untuk fungsi jantung yang sihat. Kekurangan kalium boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.

Vitamin A: penting untuk gigi, kulit, tulang, dan membran mukus yang sihat.

Tembikai Jumlah Kalori Paling Sedikit

Tembikai mengandungi jumlah kalori paling sedikit, iaitu 46 kalori setiap satu cawan. Namun, sarat dengan antioksidan likopen, yang dikaitkan dengan penurunan risiko barah, penyakit jantung dan gangguan mata yang berkaitan dengan usia, dan mengandungi sejumlah besar vitamin A, vitamin C dan kalium.

Satu cawan tembikai susu mengandungi 60 kalori, dan 51 peratus vitamin C dan 11 peratus kalium nilai harian yang diperlukan oleh tubuh. Buah tembikai susu turut mengandungi beberapa serat, folat dan vitamin B6,

Ads

Dikatakan satu cawan tembikai wangi hanya mempunyai 53 kalori. Tetapi mengandungi 106 peratus nilai vitamin A dan 95 peratus vitamin C yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Ia juga merupakan sumber kalium dan folat yang baik.

Teknik Pilih Buah Tembikai Yang Manis 

Disini dikongsi beberapa perkara penting yang harus anda ketahui ketika memilih buah tembikai yang sempurna dan manis.

  1. Pilih buah tembikai yang keras tanpa lebam yang jelas.
  2. Semua tembikai harus berat untuk ukurannya, menandakan buah berair yang enak.
  3. Buah tembikai sememangnya paling baik apabila mereka mempunyai perut kuning, yang bermaksud telah dibiarkan masak di ladang dan bukannya di kedai atau pasar.
  4. Ada jenis tembikai susu berubah menjadi kuning ketika ia masak. Semakin kuning, semakin manis rasanya.

Peringatan: Kandungan ini adalah nasihat memberikan maklumat generik sahaja. Ini  sama sekali bukan pengganti pendapat pakar perubatan yang berkelayakan. Sentiasa berjumpa pakar atau doktor anda sendiri untuk maklumat lanjut.

Sumber: share.upmc.com

www.mayoclinichealthsystem.org

Mingguan Wanita : Sedapnya dapat makan buah tembikai waktu cuaca panas ni. 

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Myra dibesarkan oleh ibu tunggal yang begitu kuat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI