Sedap ke masakan yang kurang garam? Rahsia Membuat Hidangan Yang Lazat & Sihat!

Share

Makanan yang lazat sering dikaitkan kandungan sodium yang tinggi. Penting untuk kita ketahui kadar sodium yang terkandung dalam juadah harian keluarga.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kita untuk mengambil hanya 1 sudu kecil garam sahaja dalam sehari iaitu bersamaan dengan 2,000 mg sodium. Malangnya, kebanyakan dari kita mengambil lebih daripada jumlah ini.

Manakan tidak, tanpa kita sedari kita menambah garam ke dalam masakan yang telah pun mengandungi sodium di dalamnya.

Misalnya, penyediaan hidangan seperti sambal tumis memerlukan penggunaan pelbagai bahan seperti belacan—bahan yang telah pun mempunyai sodium di dalamnya. Akibatnya, apabila ditambah pula dengan garam ketika masak, ia akan membuatkan kandungan sodium di dalam sambal tumis kita itu menjadi berlipat kali ganda lebih tinggi!

Persoalan yang timbul kini adalah sama ada rasa sedap sesuatu masakan itu hanya boleh hadir melalui penggunaan garam. Jika begitu, agak sukar untuk sesuatu masakan yang sedap untuk turut menjadi sihat.

MSG Mampu Mengurangkan Penggunaan Garam

Apabila MSG tulen seperti AJI-NO-MOTO® digunakan dalam masakan, rasa kesedapan makanan akan kekal sedap tanpa penggunaan garam yang berlebihan ketika memasak.

Justeru, pegawai dietetik Jazeera Julaili berpendapat kandungan sodium dalam masakan dapat dikurangkan dengan penggunaan MSG yang betul.

Jika ingin dibandingkan antara Monosodium Glutamat Tulen (MSG) dengan garam, ternyata sangat ketara perbezaannya

,” terangnya.
Pegawai Dietetik, Jazeera Julaili

Jelas Jazeera lagi, “Jumlah kandungan sodium di dalam MSG tulen hanyalah 12% berbanding dengan garam biasa, sodium ada sampai 39%, iaitu 3 kali lebih tinggi.

Bagaimana MSG Menyedapkan Masakan

Glutamat di dalam MSG berperanan untuk memberikan rasa asas ke-5 iaitu rasa Umami di dalam makanan kita.

Selain dari manis, masin, masam, dan pahit, kita juga ada rasa Umami. Umami adalah rasa seakan daging yang melazatkan sesuatu makanan. Reseptor pada lidah akan mengesan rasa Umami dari glutamat.

Glutamat adalah asid amino yang terhasil secara semulajadi di dalam badan manusia dan juga terkandung dalam makanan-makanan seharian terutamanya di dalam makanan berprotein. Contohnya daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu) dan juga sayur-sayuran seperti tomato dan cendawan.

Para ibu tidak perlu risau kerana tubuh badan kita terbukti mencerna glutamat dengan cara yang sama sahaja tak kira lah glutamat yang datang dari sumber semula jadi ataupun glutamat yang datang dari MSG yang tulen seperti AJI-NO-MOTO®.

Tip Menggunakan MSG Untuk Hidangan Lazat dan Kurang Sodium

Untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan, kita boleh menggunakan garam bersama MSG mengikut sukatan yang betul.

Misalnya, jika kita biasa menggunakan 3 sudu kecil garam ketika memasak Sambal Tumis untuk dihidang kepada 5 atau 6 orang, cuba kita gantikannya dengan 2 sudu kecil garam dan setengah sudu kecil AJI-NO-MOTO®. Kini sodium berkurangan hingga 28% dan Sambal Tumis tetap kekal lazat!

Tambahan pula, untuk jadikan masakan menjadi lebih sedap, misalnya, masakan sup, kita turut boleh campurkan AJI-NO-MOTO® bersama dengan bahan yang juga kaya dengan Umami seperti tomato, cendawan shiitake, ikan, dan ayam. Hasilnya? Lebih sedikit garam diperlukan untuk mencapai kelazatan dalam masakan yang diingini oleh seisi keluarga anda.

AJI-NO-MOTO®, MSG Tulen Yang Terbukti Selamat!

Manakan tidak, AJI-NO-MOTO® dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu. Ia dihasilkan melalui proses penapaian—proses yang sama digunakan untuk membuat tapai, cuka dan yogurt.

Hentikan spekulasi dan fitnah terhadap MSG. Secara umumnya, MSG telah digunakan lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian yang telah melalui penelitian intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan,” kata Jazeera.

Kita sering dimomokkan dengan pelbagai kisah buruk akibat penggunaan MSG—penyebab kanser, migrain, dan sebagainya. Walhal, ia telah disahkan selamat oleh badan-badan kesihatan besar dunia.

 

Selama lebih empat dekad ini, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG,” tegas Jazeera lagi.

Terbukti kebanyakan kisah buruk yang sering kita dengar tentang MSG adalah tidak berasas sama sekali.

Contohnya, status halalnya yang turut dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, sedangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri telah mengesahkan bahawa AJI-NO-MOTO® adalah “HALAL”.

Jadilah pengguna yang bijak dan lakukan kaji selidik sebelum mempercayai sesuatu  kerana kelebihan AJI-NO-MOTO® dalam membantu mengurangkan kandungan sodium dan mengekalkan keenakkan makanan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Resipi Lazat Rendah Sodium Untuk Dicuba

Khas untuk mereka yang gemarkan resipi sihat tapi sedap, Ajinomoto (Malaysia) Berhad berkongsi 2 resipi mudah rendah sodium dari laman web mereka.

Asam Pedas Ikan Pari

Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 17%

Bahan-bahan :
• ½ cawan Minyak masak
• 4 sudu besar Asam jawa dilarut dengan 1 cawan air
• 2 cawan Air
• 1 biji Bunga kantan, dibelah dua
• 5 tangkai Daun kesum
• ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• 1 sudu kecil Garam
• 1 sudu kecil Gula
• 5 batang Bendi, dibelah dua
• 1 batang Terung, dipotong
• 500 g Ikan pari, dipotong

Bahan-bahan A: dikisar

• 1 biji Bawang besar
• 4 ulas Bawang putih
• 20 tangkai Cili kering, direbus
• 1 inci Halia
• 1 batang Serai
• ½ inci Kunyit hidup
• 1 cawan Air

Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan air, kacau sebati.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula.
5. Masukkan bendi, terung dan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
6. Sedia untuk dihidang.

Bayam Rangup

Saiz hidangan : 6 orang
Pengurangan sodium : 67%

Bahan-bahan:

• ½ cawan Tepung beras
• ½ cawan Tepung gandum
• ¼ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
• ¼ sudu kecil Garam
• 1 cawan Air sejuk
• 2 cawan Minyak masak
• 50 g Daun bayam, dibersihkan

Cara Menyediakan

1. Satukan tepung beras, tepung gandum, AJI-NO-MOTO®, garam dan air sejuk. Kacau sehingga sebati.
2. Panaskan minyak masak. Celupkan daun bayam ke dalam bancuhan tepung. Goreng sehingga keemasan.
3. Sedia untuk dihidang.

Menarik bukan? Terdapat banyak lagi resipi rendah sodium yang anda boleh pilih di https://www.ajinomoto.com.my/bm/resipi-kumpulan-warga-emas-diet-rendah-sodium

Untuk info lanjut mengenai AJI-NO-MOTO® dan pelbagai lagi resipi yang menarik, anda boleh tekan di link berikut :

FB    : https://www.facebook.com/HiAjinomotoMY 
IG    : https://www.instagram.com/hi_ajinomoto_my/ 
YT    : https://www.youtube.com/user/AjinomotoMalaysia

Published by
Netty Ah Hiyer