“Sedap Gila, Macam Tak Cukup Tiga”, Hairul Azreen Puji Roti John Hanis Zalikha, Hadiah Anniversary Ke-3

Share

Hanis Zalikha,27 isteri pelakon utama Filem ‘Paskal’ Hairul Azreen,30 ni memang rajin memasak untuk suami dan anak tersayang, Yusuf Iskandar 2.Semalam, Hanis Zalikha ada berkongsi resipi yang dinamakan ‘Roti John Anniversary’ sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-3. Resipi ini dimuatkan dalam insta story milik Hanis Zalikha sendiri.

Lebih istimewa, Hairul Azreen turut memuji kesedapan Roti John yang dibuat oleh isteri tersayang.Pasti hilang penat memasak dan puas rasa hati apabila suami suka dengan apa yang dimasak.

Jom tengok cara buat resipi ‘Roti John Anniversary’ yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha ini.

Bahan-Bahan:

Roti Hotdog
Mentega

Daging Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
2 sudu kecil serbuk kari
Daging Kisar
Serbuk Smoked Paprika
Serbuk Lada Hitam

3-4 biji Telur
Daun Bawang
Mayonis
Sos Cili
Keju Cheddar

Cara Membuat:

1.Tumis bawang merah dan putih yang dipotong dadu.


2.Masukkan serbuk kari dan kacau sebati.


3.Masukkan pula daging kisar.


4.Kemudian, masukkan serbuk Smoked Paprika.


5.Masukkan pula garam dengan secukup rasa.


6.Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan daging tadi serta sedikit serbuk lada hitam, kacau sebati.


7.Sementara itu, sapu mentega pada roti dan bakar seketika atas kuali.


8.Curahkan sedikit bancuhan telur tadi atas kuali.


9.Setelah telur separuh masak, masukkan pula Keju Cheddar.


10.Tekap roti yang dibakar tadi atas telur.


11.Terbalikkan roti, letak mayonis dan sos cili.

Siap!
Selamat Mencuba! Hanis Zalikha juga berharap agar perkongsian resipi Roti John yang dikongsikan bermanfaat buat yang tersayang.

Sweet sangat! Mingguan Wanita ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ketiga buat pasangan ini. Semoga kebahagiaan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Buat mak-mak yang nak rasa sendiri macam mana Roti John sedap gila ni, boleh lah cuba resipi ni untuk hidangan berbuka nanti.

Sumber: haniszalikha

Published by
Suhaidah Abd Wahab