Hanis Zalikha,27 isteri pelakon utama Filem ‘Paskal’ Hairul Azreen,30 ni memang rajin memasak untuk suami dan anak tersayang, Yusuf Iskandar 2.Semalam, Hanis Zalikha ada berkongsi resipi yang dinamakan ‘Roti John Anniversary’ sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-3. Resipi ini dimuatkan dalam insta story milik Hanis Zalikha sendiri.
Lebih istimewa, Hairul Azreen turut memuji kesedapan Roti John yang dibuat oleh isteri tersayang.Pasti hilang penat memasak dan puas rasa hati apabila suami suka dengan apa yang dimasak.
Jemaah haji Indonesia balik dari Mekah melaram macam nak ‘catwalk’ di pentas ‘runway. Sekarang ini ‘musim’ jemaah haji pulang ke negara masing-masing selepas selesai menunaikan haji.
Jemaah Haji Indonesia Balik Dari Mekah Melaram Macam Nak ‘Catwalk’ Di Pentas ‘Runway’
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan jemaah haji turun daripada pesawat dengan baju berbagai fesyen. Perkara itu membuatkan orang ramai pelik melihat fesyen mereka.
Menerusi video berkenaan yang dikongsikan oleh seorang kru kabin penerbangan, dapat dilihat jemaah haji wanita mengenakan pakaian dengan aneka fesyen. Ada pakaian yang penuh dengan labuci dan tak kurang juga beropol-ropol.
Penampilan mereka yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai. Kesemua mereka merupakan jemaah haji keturanan Bugis dari Makassar Indonesia. Difahamkan perkara itu merupakan adat dan tradisi orang Bugis di Indonesia.
Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen. Gaya mereka yang bersahaja begitu mencuit hati. Masing-masing nampak berkeyakinan dengan busana yang dipakai.
Video tersebut dibanjiri dengan komen-komen para warga maya. Berikut antara komen-komen menarik warga maya.
Dalam satu lagi perkongsian dilaman TikTok yang dikongsikan oleh ahmadfatwatjatier pula memaparkan ‘airport fashion’ yang diperagakan oleh jemaah haji ketika turun dari pesawat.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
“Sebagai Isteri Saya Kena Kuat, Baik Buruk, Dia Adalah Suami Saya,” Datin Arianie. Tiada yang lebih bermakna, apabila suami isteri saling menyokong dan tetap teguh mempertahankan antara suatu sama lain apabila ditimpa ujian.
Tetap Di Sisi Suami
Isteri Datuk Hattan, Datin Arianie Abidin mahu terus berada di sisi suami biarpun penyanyi itu teruk dikecam susulan insiden menempelak seorang penyampai berita dalam siaran langsung di sebuah stesen penyiar, baru-baru ini.
Arianie melalui hantaran di Instagram Story (IGs), semalam, berkata, situasi menimpa Hattan benar-benar memberi kesan kepadanya sehingga menitiskan air mata.
Namun, Arianie tetap berpihak kepada suaminya.
“Untuk makluman, saya yang jaga IG suami. Saya yang muat naik video dan sekarang saya ‘private’ IG suami. Saya tak mahu anda semua tambah dosa. Suami saya memang tidak baca pun.
“Kalau nak komen, itu pilihan anda dan komenlah di ruang yang sedia ada.
“Menitik air mata saya apabila baca komen. Tetapi sebagai isteri, saya kena kuat, saya sentiasa berada di belakang suami tak kira apa pun. Baik buruk dia, dia adalah suami saya.
“Semoga kita semua ambil iktibar. Tiada siapa pun yang sempurna. Setiap manusia ada buat kesalahan.
“Janganlah kita berkata komen hingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala… Kita pula dapat dosa,” katanya.
Suami Terima Pelbagai Mesej Berbaur Hinaan
Arianie mendedahkan suaminya juga menerima pelbagai mesej berbaur hinaan dan ugutan di IG susulan insiden berkenaan.
“Jarang-jarang saya luahkan perasaan kat IG saya. Hari ini saya nak jadi netizen yang meluahkan perasaan di IG Story mengenai kes suami saya yang viral dikecam, dihentam, dicaci, dimaki, dihina, disumpah, diugut dari netizen yang sangat mulia dan begitu baik budi bicara.
“Walaupun ramai yang kata bagilah pencerahan, tetapi, bagi saya, tidak perlu sebab saya pasti kalau saya berkata-kata pasti ada yang kata ‘ala suami dia, mestilah dia pertahankan’, tak begitu?
“Tak apalah, biarlah saya simpan cerita sebenar. Hanya keluarga dan saya saja yang kenal dia,” katanya.
Hattan Enggan Beri Komen
Semalam, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin memilih tidak memberi komen terhadap isu berkenaan dan mengambil keputusan sama berhubung gesaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, seorang teman rapat Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi video penjelasan dalam TikTok mendakwa, Hattan tidak tahu ia adalah temubual secara langsung.
Terdahulu, menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau dihubungi oleh penyampai berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.
Soalan diajukan kepada penyanyi Memburu Rindu itu susulan pemergian vokalis kumpulan XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael yang menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, akibat sesak nafas kira-kira jam 8.41 malam, Khamis lalu.
Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula penyampai berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.
Dalam nada serius, Hattan mengulangi semula soalan dan menegur penyampai berita yang didakwanya tidak membuat persediaan.
Lebih memburukkan keadaan apabila penyampai berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.
Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat ‘sekolahkan’ penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian.
Mingguan Wanita:Tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah membuat kesalahan. Berlapang dadalah kita. Terbaik sikap isteri sebegini, sentiasa disamping suami, menerima baik dan buruk suami.
“Bukan saja tak melayan, senyum pun tidak.” Isteri kecewa kejutan hari lahir untuk suami tak menjadi.
Menerusi video yang dikongsi jelas wajah gembira dan teruja seorang isteri bila suami sampai ke rumah. Namun apakan daya reaksi suami membuatkan semua netizen tercengang.
Apatah lagi isterinya, pasti dia membuat persiapan untuk menyambut ulangtahun suami tercinta sejak dari awal lagi. Sedih sungguh bila kenangkan perasaan isteri ketika itu.
Bukan Saja Tak Melayan
Keterujaan seorang wanita menunggu kepulangan suaminya untuk membuat kejutan hari jadi bertukar hampa selepas lelaki berkenaan tidak melayan sebaliknya tergesa-gesa masuk ke rumah dan membuat perkara lain.
Berdasarkan sebuah video berdurasi 39 saat yang dikongsikan di media sosial Tiktok, @Saha, seorang wanita kelihatan teruja untuk membuat kejutan hari jadi kepada suaminya namun tidak dilayan.
Sebaik saja suaminya membuka pintu rumah, wanita itu pantas menyanyikan lagu hari jadi buatnya. Namun lelaki itu dengan selamba tidak menghiraukan isterinya langsung dan terus menuju ke tempat lain sambil membuat muka ketat.
Senyum Pun Tidak
Bukan saja tidak melayan isteri, malah sedikit senyuman pun tidak diberi. Perkara itu membuatkan wanita tersebut kecewa, namun dia tetap tersenyum bagi menyembunyikan perasaan sedihnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai merasa marah dan memberi nasihat terhadap suaminya itu kerana tidak membuat sebarang reaksi terhadap isteri yang sanggup membuat kejutan.
Isteri Kecewa Kejutan Tak Menjadi
“Saya pun kerja tapi balik penat kerja macam mana sekali pun tidak pernah sekali tunjuk letih pada isteri. Berapa banyak masalah kita sekali pun, jangan lupa dia isteri kita,” ujar @AimanSafwan.
“Kalau nak murah rezeki, nak hidup senang tolong bahagiakan isteri. Tak miskin dan tak merempat pun kalau kalahkan ego untuk keluarga sendiri yg membawa hingga ke akhirat,” kata @dyidee.
“Jangan sampai isterimu tiada lagi senyuman. Masa tu mungkin ada yang sedang menghargainya,” jelas @Darwisya.
Mingguan Wanita : Wahai suami, hargailah isteri kalian selagi dia masih menyayangi anda dan keluarga. Jangan sesekali biarkan isteri tawar hati dengan tindak tanduk ayah-ayah. Sekali kecewa, isteri akan ingat sampai bila-bila.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.