
Isi Kandungan
ToggleDia bayangkan line yang tak elok. Berkali jugalah dia cuba hubungi semula rakannya itu. Lepas dua jam barulah dia tahu apa yang terjadi.
Nak tahu apa jadi dekat rakannya itu?
Baca Ini
Salam semua rakan, saya nak berkongsi cerita benar yg baru saje berlaku hari ini. Saya sedang bercakap di talian dengan seorang rakan…sedang berbual tiba-tiba line hang. Saya dengar suara-suara di belakang dan saya hello hello dia x jawab.
Saya cuba hubungi beliau tapi tak berjawab dan saya beranggapan mungkin hp dia problem. Hampir 2 jam kemudian dia text saya dan beritahu apa yang berlaku tadi.
Dia nak tukar tong gas tiba-tiba di sambar api dan terbakar la pipe gas.. Bahang masih terasa di tangannya sampai sekarang.
Betapa bahayanya bila online di dapur. Berhati-hatilah semua.

Sebab Itu Juga
Kita dilarang bercakap-cakap telefon semasa di stesyen minyak. Ni salah satunya, api boleh menyambar telefon kita. Silap-silap boleh meletup kita kat situ. (Doakanlah minta dijauhkan ya).
Sumber: Dinie Awalluddin via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
12 Panduan Set Up Taman Mini Balkoni Rumah Tinggi, Wow! Sungguh Hasilnya

Isi Kandungan
ToggleKediaman jenis apartment, kondominium mahupun pangsapuri mempunyai ruang terhad untuk menanam. Halangan sebegitu tidak mematahkan impian Dr Affendi Isa membina taman mini di balkoni rumah tinggi.
Cantik, subur menghijau pokok yang ada di ruang balkoni kediaman jenis apartmen/kondo milik Dr Affendi atau lebih mesra dengan panggilan Dr Fendi. Ada tip sebenarnya macam mana nak mencipta taman mini di ruang balkoni rumah tinggi yang terhad ruang.
Suri-suri yang masih tercari-cari bagaimana cara terbaik nak bina taman mini di ruangan sempit, boleh cuba 12 panduan yang Dr Fendi kongsikan dengan Mingguan Wanita ini.
Set Up Taman Mini Di Balkoni Rumah Tinggi Cara Dr Fendi
“Tip ini adalah berdasarkan pengalaman saya semata-mata”
1. Ukur Luas Balkoni
Pastikan ukur keluasan balkoni sebelum membeli peralatan dan pokok-pokok. Tujuannya untuk mengelakkan masalah tidak cukup ruang yang akan menyebabkan taman nampak sarat.
Berbeza dengan taman di ruang tanah atau rumah bawah yang lebih luas untuk menempatkan pokok-pokok yang banyak.
2. Kombinasi Pokok Kena Tepat
Pilih kombinasi pokok-pokok yang berbeza-beza dari segi fizikal bagi menampakkan taman mini lebih menarik dan tidak bosan:
Bentuk daun –> Bulat, bujur, tirus
Warna daun –> Hijau, kuning, merah
Ketinggian –> Tinggi, rendah, mendatar, menjalar
Jenis –> Berbunga, tidak berbunga
3. Bentuk Dan Warna Pasu
Gunakan bentuk dan warna pasu yang pelbagai dan bersesuaian dengan pokok.
4. Belajar Sifat Pokok
Pastikan anda tahu sifat pokok yang mahu ditanam. Tujuannya untuk membolehkan ianya hidup subur dengan penjagaan yang bersesuaian. Antara sifat pokok adalah:
a) Jenis tidak boleh kena matahari secara terus
b) Jenis tidak boleh menakung air di bahagian akar
c) Jenis perlu disiram setiap hari atau selang masa
d) Jenis pokok yang perlu cahaya matahari terus dan lain-lain
5. Rak Letak Pokok Pun Penting
Gunakan rak, stool atau alas untuk menyusun atau meletak pokok bagi memberi kepelbagaian ‘rythm’ kepada susunan pokok. Tujuannya untuk menampakkan taman lebih menarik, bukan hanya satu paras yang sama.
6. Masa Siraman
Siram pokok atau sembur (misting) setiap hari, namun jumlah air mestilah dikawal memandangkan pokok-pokok ini berada di dalam pasu. Air berlebihan boleh menyebabkan akar pokok rosak dan pokok akan mati.
7. Jenis Tanah
Gunakan tanah yang telah dikompos dengan baja.
8. Kadar Memberi Baja Kena Betul
Perlu dibaja, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali sama ada baja untuk daun atau bunga.
9. Berat Pasu Memainkan Peranan

Memandangkan taman berada di aras tinggi, gunakan tanah dan pasu yang lebih berat untuk mengelakkan pokok terbalik dan jatuh akibat angin atau hujan yang lebat.
10. Cari Pokok Tahan Lasak
Sekiranya rutin kerja anda memerlukan anda selalu ‘outstation’, sila pastikan pokok-pokok yang ditanam di balkoni tidak memerlukan siraman setiap hari. Kalau tak, balik outstation nanti pokok akan layu atau mati.
11. Kena Rajin Belai Pokok-pokok Anda
Rajin-rajin la tengok pokok-pokok yang ada. Kalau-kalau ada serangga perosak yang boleh menyebabkan pokok mati. Kalau ada, boleh guna racun serangga yang boleh dibeli di kedai tanaman.
12. Ringan Mulut Semasa Membeli Pokok
Masa beli pokok di kedai, tanya penjual berkenaan mengenai sifat pokok yang anda hajati. Tujuannya untuk anda memahami jenis dan sifat pokok sekaligus dapat mengelakkan pokok cepat mati.
Sumber/Foto : Facebook Fendi Isa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang Mencari Walau Bahaya Menanti “Tuhan Tahu Pakcik Kuat Hadapi Ujian Ini”

Isi Kandungan
ToggleAnak dibaham buaya, sanggup berenang mencari walau bahaya menanti. Demi menyelamat anaknya seorang ayah sanggup berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti.
Ramai yang simpati dengan kejadian yang menimpa seorang lelaki. Untuk pengetahuan baru-baru ini seekor buaya besar telah membaham kanak-kanak di Lahad Datu. Bapa keturunan Bajau Laut itu telah alami kecederaan parah di kepala dan badan selepas berusaha menyelamatkan anaknya.
Paling sedih anaknya yang baru berusia 2 tahun itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya.
Anak Dibaham Buaya, Sanggup Berenang mencari Walau Bahaya Menanti
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Terbaru Ustaz Ebit sempat berkunjung ke kediaman lelaki tersebut.
Ternyata ayah kepada kanak-kanak itu begitu sedih dengan insiden yang berlaku.
Ketika kunjungan, Ustaz Ebit telah menghadiahkan sebuah bot dan enjin kepada lelaki tersebut.
“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya.
Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur 2 tahun. Teringat-ingat.
Berulang abang tu cakap “Anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik”
Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti. Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya.
Sabar ya abang. Berat ujian abang. InsyaAllah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.
Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa.
Hargailah Apa Yang Kita Miliki
Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.
Terima kasih NH Travel Sabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” kongsi Ustaz Ebit Lew.
Baca Disini : Gigi Masih Dipenuhi Darah, Buaya Besar Baham Kanak-Kanak Di Lahad Datu Ditangkap
“Tuhan Tahu Pakcik Kuat, Mampu Hadapi Ujian Ini” Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan kata-kata semangat buat lelaki ini.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Ebit Lew
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bantulah! Keluarga Mangsa Tembakan Rambang Di Christchurch Perlukan Sumbangan Anda

Isi Kandungan
ToggleTragedi tembakan rambang terhadap jemaah solat Jumaat di Masjid Al Noor & Linwood cukup memberi kesan kepada masyarakat dunia. Kejam! Tak berperikemanusiaan.
Namun, masyarakat dunia mulai berkempen, bersolidariti, menyatakan rasa setia kawan kepada umat Islam yang lain. Terkesan sungguh dengan ucapan-ucapan non Muslim yang rela menemani, berjaga ketika Muslim bersolat di masjid, mengajak teman Muslim bersolat di rumahnya.
Itulah hikmah yang perlu dilihat di sebalik kejadian yang cukup menyayat hati ini.
Terkesan dengan impak yang sebegitu besar, tabung kecemasan #Sinar4NZ49Martyrs dilancarkan sejak semalam.
Bantuan Untuk Ringankan Beban Keluarga Mangsa
Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, “Kita ikut berdukacita dengan serangan kepada jemaah solat Jumaat di Masjid Al Noor & Linwood Masjid di Christchurch New Zealand pada 15 Mac 2019 bersamaan 8 Rejab 1440H, sehingga mengakibatkan 50 jemaah terbunuh dan 20 orang cedera serta 2 masjid terkena kesan tembakan.”
“Mari bersama kita hulurkan bantuan sebagai tanda kita bersama-sama dalam detik sedih ini, meringankan beban umat dan menyantuni dengan kasih sayang terutama kepada keluarga mangsa yang meninggal dan cedera serta masjid yang terjejas.”
Sumbangan segera boleh disalurkan melalui:
TABUNG Sinar4NZ49Martyrs
MBB: 5642 7652 9068
SINAR KARANGKRAF SDN BHD
*** Slip/Tanda sumbangan, sila whatsapp ke handphone : 013-3124164

Penderma Sedekah RM100 Walau Cuma Berbaki RM400 Dalam Bank
Mulianya hati penderma ini, Biarpun duit bakinya di bank cuma RM400, beliau tetap memberikan sumbangan sebanyak RM100 kepada keluarga mangsa tembakan rambang Christchurch.
Berita ini dikongsikan Ketua Perancang Strategik Sinar Harian, Naquiah Muhamad Noor.
Setakat pagi ini jam 11.35 pagi, jumlah sumbangan sebanyak RM16,405.10 berjaya dikumpul dengan 242 transaksi sejak semalam.

“Ada yang derma RM10, RM20, RM30, RM40, RM100 dan paling tinggi adalah RM1,00 iaitu 10 minit selepas perkongsian mengenai tabung ini tersiar di media sosial.”

Moga dengan sumbangan ini menyampaikan rasa hati kita bahawa dunia peduli dan bersama-sama mereka. Semoga mereka segera bangkit dari tragedi ini.
Semoga peristiwa ini bakal menjadi momentum besar untuk solidariti umat di seluruh dunia untuk terus bangkit menyebarkan Rahmah.
Salam solidariti.
Sumber/Foto : Sinar Harian, nst (gambar)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI