Sebutlah Nama ANAK Dalam Doa IBU, Jalan Singkat Untuknya Peroleh Bahagia DUNIA AKHIRAT

Share

Kalau anak ramai, kadang-kadang mak-mak sebut nama anak pun tertukar. Nak cakap pada anak sulung tapi tersebut anak nombor dua. Ini belum lagi kalau mak-mak marah, mahu semua nama disebutnya.

Begitulah mak, marah macam mana sekali pun nama anak tak pernah lekang dari bibir. Marah hanya di mulut tapi dalam hati siapa yang tak sayang anak kan!

Samalah juga bila mak-mak berdoa, jangan lupa selitkan nama anak. Berkat doa mak sangat mustajab.

Sudah tentu kita sebagai mak ingin melihat anak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang baik dan kelak dapat membalas jasa kedua orang tuanya.

Perkongsian ini jugalah yang boleh dijadikan panduan bersama. Hebatnya doa ibu yang mampu melembutkan hati anak yang sebelum ini kerap hadapi masalah bila bersama dengan orang tuanya. Mustajabnya doa ibu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doa Ibu Sangat Mustajab, Jadi Mak Harus Berhati-hati dan Jangan IKUT Perasaan

Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat

Info Lebih Menarik DI SINI

Sebut Nama Anak Dalam Doa

Wahai para ibu agar jangan engkau tidur tiap malam sebelum kau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan khabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing.

Begini doanya:

“Allohumma innii usyhiduka annii roodhiyah ‘an ibnii/ibnatii* … (sebut nama anak-anakmu
satu persatu)… tamaamar-ridho wa kamaalar-ridho wa muntahayir-ridho. Fallohumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim biridhooii ‘anhum”
(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (…….) dengan redha yang paling sempurna. Maka turunkan ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).

 

Kisah Ibu Yang Mendoakan Anaknya

Seorang ibu yang mendoakan anak lelakinya yang berumur 22 tahun.
Sejak melahirkan dia, hidup ibu ini derita kerananya.
Dia tidak pernah solat, jarang mandi dan sering bertengkar dengan ibunya. Kerap mengherdik dan tak pernah menghormati ibunya.

Suatu hari, terbaca sesuatu di media sosial anaknya. Lalu, ibu ini mengambil keputusan untuk mendoakan anaknya.

Selang seminggu, nada suara anak ini lemah lembut bila bercakap dengan ibunya. Sampaikan pertama kali ibu ini dapat tidur dengan lena sekali.
Bukan itu saja, anaknya mula mandi tanpa perlu ibu menyuruhnya.

Masuk minggu kedua, ibu ini terus mendoa seperti yang ibu ini inginkan. Takdir tentukan, apabila anak ini menegur dan bertanya kahbar ibunya dengan suara yang lembut dan tak pernah di dengar oleh ibunya sebelum ini.

Paling menggembirakan ibunya, bila dia menelefon dan mengatakan dengan nada yang cukup berbeza.

“Ibu, saya berada di masjid dan baru selesai solat.”

Si ibu tidak mampu menahan tangisan kerana sebelum ini tidak pernah solat dan bertanya dengan lembut pada ibunya.

“Sejak bila kamu mula solat,” tanya ibunya.

“Entahlah, saya sendiri tidak tahu, bila melihat masjid, hati ini tergerak untuk solat,” jawabnya.

Sejak dari itu, kehidupan ibu ini berubah dan anaknya tidak lagi menjerit atau memarahi, malah makin menghormati ibunya. Barulah ibu ini tahu erti bahagia yang ditunggu-tunggu selama ini.

Doa Ibu Mustajab

Kesibukan seharian ibu, membuatkan ia lupa untuk mendoakan untuk anak-anaknya. Malah, kononnya dengan menghatar anak ke kelas tuisyen dan sebagainya dikatakan jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anak.

Sedangkan, kita tahu, doa ibu adalah jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak dunia akhirat. Jangan kata “anak masih kecil dan tak perlu didoakan.”

Jadi, doalah untuk mereka sekarang dan jadilah ibu yang bermurah hati dengan doa-doa untuk anak.

Mingguan Wanita : Pastinya mak-mak ingin melihat kejayaan anak-anak. Sebutlah satu persatu nama anak, moga menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia akhirat. Aamiin.
.

Sumber : Bunga Milah & Nismoyo Nia

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora