Sesungguhnya seburuk mana mak ayah, tanpa mereka kita tak kenal dunia, biar Allah sahaja yang mengadilinya. Bukan kita untuk jatuhkan hukum kerana kita tak layak melainkan Allah.
Kisah yang berlaku ini bukanlah untuk mendedahkan aib sebaliknya untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Tanpa perlu perejudis atau salahkan mana-mana pihak, sebaliknya ambil jalan tengah serta berdoa agar apa yang telah berlaku ini tidak terjadi pada diri kita.
Ikuti perkongsian Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas setelah media mendedahkan kisah salah seorang penghuninya dalam berita di salah sebuah stesen televisyen baru-baru ini.
Liputan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat, lalu pihak rumah jagaan tampil memberi penjelasan menerusi hantaran di pages rasmi mereka.
Berdasarkan pengalaman kami.
Bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rawatan kami.
Pasti ada anak, menantu, dan cucu yang akan respon.
Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media.
Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain.
Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tangungjawab ini.
Insyallah selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya.
Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia.
Biarlah Allah yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.
Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku.
Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita.
Syurga di bawa telapak kaki ibu.
Doakan urusan kami dipermudahkan.
Baca Juga Di Sini:
Kesan & Akibat Perbuatan Orang Lain, Orang Tua Jadi Arwah Baru Dapat Ziarah
Amalkan Sedekahkan Al Fatihah Pada Orang Tua. Antara Petua Rezeki Melimpah Ruah
Terasa Hati Dengan Orang Tua, Jangan Tunjuk Sangat TAKUT Hilang Redha
Sekali lagi kami ulangi. Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah yang berlaku.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat.
Dunia sementara akhirat kekal selamanya..
Maaf atas salah silap kami yang tidak sempurna.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Hanya Allah Mampu membalasnya.
Insyallah kita doakan yang terbaik untuk semua pihak yang terlibat.
MW: Hargailah mak, ayah selagi mereka masih ada. Sesungguhnya manusia itu tak sempurna.
Sumber: Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial