![airebusan air jamu](https://www.mingguanwanita.my/wp-content/uploads/2017/08/airebusan-696x522.jpg)
Isi Kandungan
ToggleBila dah namanya perempuan, air jamu itu memang jadi kawan. Kalau tak amal tak salah tetapi kalau rajin buat anda akan dapat rasa kelainan pada tubuh badan. Untuk resepi lengkap boleh rujuk bahan-bahan dan cara buat yang dikongsikan Puan Mira Baharin ini…
Resepi ni kakyaa dapat dan belajar KHAS dengan Bidan Indonesia. Dan wajib sebulan sekali kakyaa buat air jamu ni sekian dari air jamu yang lain. Kakyaa ni kan, dengan air jamu memang berpisah tiada tau dok.
Ramai yang tahu rahsia resepi ni sebenarnya. Biasa dengar air jamu asam jer kan.
Bahan rahsia utama ialah Ibu segala jamu adalah KENCUR atau dikenali dalam masyarakat kita sebagai CEKUR.
Di indonesia air jamu ni dah menjadi amalan masyarat diaorang sejak dari remaja. Jangan pelik kenapa orang sana selalu sunti, fit dan awet muda sentiasa. Ini lah rahsianya uollss.
Kesan #MAGIC bila istiqomah dapat:
#KURUS
#MONTOK
#CENGKAM
#RAPAT
#WANGI
#AWET_MUDA
#SIHAT
BAHAN-BAHAN:
1. 100g HALIA.
2. 500g KUNYIT.
2. 5-6 LEMBAR DAUN SIREH.
3. 100g TEMU KUNCI.
4. 100g CEKUR/KENCUR.
5. GULA MELAKA/GULA BATU.
6. 2.5 LITER AIR BERSIH.
CARA-CARA :
1.Basuh bersih semua bahan. Dan rebus bersama air bersih sehingga masak mendidih.
2. Tunggu sampai suam kemudian tapis.
*Air rebusan tadi Jangan dibuang tau.
3. Blender semua bahan yang direbus tadi bersama sedikit air rebusan tadi. Masak dan rebus balik bersama air rebusan yang sudah ditapis tadi.
4. Dah nampak nak mendidih, masukkan gula melaka. Kacau dah tunggu sebati semua dan siap.
5. Bila dah suam, boleh terus masuk ke dalam botol dan simpan ke dalam peti ais. Kalau nak best, untuk minum balik. Boleh panaskan terlebih dahulu.
Nota Kaki :
Minum 1x sehari. Seminggu 1-3 sahaja. Waktu haid, stop kejap. Dan continue lepas habis haid.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hilang Kaki Kanan, Nooraishah Jadi Murung Sampai Ada Yang Bercakap Rupanya Seperti ‘Mayat Hidup’
![](https://cdn.mingguanwanita.my/2019/08/oku1-23_19_837899.jpg)
Isi Kandungan
ToggleNamun di sebalik kejayaan yang diraih pada hari ini sebenarnya banyak onak dan duri yang terpaksa ditempuhi. Nooraishah dilahirkan normal, namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menghalang.
Ketika sedang meningkat remaja tatkala usia menjangkau 14 tahun Nooraishah yang aktif dalam sukan sekolah telah disahkan menghidap kanser. Hanya Allah yang tahu perasaanya ketika itu, apatah lagi dia terpaksa melupakan minatnya yang mendalam dalam sukan.
“Saya seorang yang sangat aktif bersukan. Sewaktu sedang berlari di kejohanan sukan sekolah menghampiri garisan penamat tiba-tiba saya tidak mampu melangkah dan terus pengsan. Bila sedar doktor cuma berikan minyak untuk disapu dan beritahu ada darah beku.
“Selepas itu, kaki kanan saya semakin sakit dan apabila ke hospital dan jalani x-ray rupanya tulang kaki sudah hitam dan mereput. Saya duduk di Hospital Sungai Buloh selama dua minggu dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan disitulah saya menjalani rawatan kimoterapi. Selepas lima bulan kanser saya sudah tahap tiga dan kaki kanan terpaksa dipotong.
“Tarikh 7 Februari 2015 sememangnya saya tak boleh lupakan kerana pada waktu inilah kehilangan kaki kanan. Lepas pembedahan dilakukan saya jadi murung sampai ada yang bercakap rupa saya macam ‘mayat hidup’.
“Bayangkanlah tiba-tiba tak ada kaki saya tak boleh nak terima. Memandangkan pada tahun tersebut saya perlu menduduki peperiksaan PMR, saya bersekolah di hospital tetapi saya tak boleh serasikan diri.”
Tiada yang mustahil. Itu ayat yang sesuai diucapkan kepada atlet istimewa yang berasal dari Kuala Selangor, Nooraishah Arshad. Gadis berusia 21 tahun ini, sedang giat menjalankan latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan. Paling membanggakan dia juga mewakili negara untuk Sukan Lawan Pedang. Malah tahun lalu gadis yang meminati sukan lasak ini juga terpilih ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
“Saya kembali ke sekolah seperti biasa, namun keadaan bertambah sukar kerana saya bertongkat dan perlu naik turun tangga hingga saya hampir pitam. Namun saya mendapat kelonggaran dari Pengetua sekolah yang saya boleh balik bila-bila masa kerana keadaan saya.
“Saya gigih belajar dan alhamdulillah keputusan peperiksaan PMR juga baik. Cuma saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah semasa tingkatan 4 kerana berasa tidak selesa,” ungkap Noorasihah yang cukup peramah.
![Hilang Kaki Kanan, Nooraishah Jadi Murung Sampai Ada Yang Bercakap Rupanya Seperti ‘Mayat Hidup’](https://cdn.mingguanwanita.my/2019/08/oku4-23_12_118668.jpg)
Kurang Terdedah Dengan OKU
Selepas berhenti sekolah, Nooraishah tidak mahu keluar rumah dan berasa rendah diri. Ini berlaku mungkin kerana dia masih belum terdedah dengan persekitaran golongan kurang upaya.
“Tak banyak aktiviti golongan OKU di kampung saya. Kemudian kakak cadangkan supaya saya ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Bangi. Bermula dari situ saya lihat pelbagai OKU dan mereka boleh buat semua perkara. Disini disediakan peluang pekerjaan dan elaun buat mereka yang ikuti latihan.
“Seminggu juga saya sesuaikan diri, namun mereka semuanya sporting dan saya terima mereka semua menjadi rakan. Disinilah saya menerima kekurangan diri dan kemudian bina keyakinan. Mereka cungkil bakat terpendam yang ada dalam diri dan saya senditi tak menyangka saya boleh menyanyi. Selepas setahun disana saya bertugas sebagai pembantu pentadbiran dan bekerja selama tujuh bulan.
![Hilang Kaki Kanan, Nooraishah Jadi Murung Sampai Ada Yang Bercakap Rupanya Seperti ‘Mayat Hidup’](https://cdn.mingguanwanita.my/2019/08/oku3-23_42_840640.jpg)
“Memandangkan saya aktif dalam sukan, saya kemudiannya hadiri temuduga di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik. Alhamdulillah saya diterima dan tahun ini merupakan tahun ketiga saya mengikuti latihan di sini. Pada awalnya seolah-olah tidak percaya saya mampu bersukan walaupun sebelah kaki sudah tiada.
“Saya terpilih untuk menjadi atlet bagi sukan lawan pedang dan saya berterima kasih kepada Ketua Jurulatih, Mohd Firdaus Jamaluddin kerana banyak beri latihan dan membantu saya menjadi seorang atlet yang berjaya,” luah Nooraishah yang tidak pernah rasa lelah terhadap bidang sukan yang diminatinya.
Pandangan Positif
Anak keenam daripada 10 adik beradik ini tidak lagi berfikiran negatif dan kini kian celik dan positif ke arah semua benda. Bagi dirinya, walaupun kini bergelar OKU namun dia rasa sangat bersyukur kerana didorongkan ke arah jalan yang sewajarnya.
“Saya bersyukur kerana dibimbing dengan baik. Pada saya bergelar atlet paralimpik merupakan satu pengalaman yang amat bermakna dan pencapaian terbesar dalam hidup. Saya tak menyusahkan mak dan ayah malah dapat bantu orang tua saya.
“Saya juga tak sangka dapat melangkah ke luar negara dan jelajah negara orang menerusi sukan. Saya dan rakan-rakan sangat hargai pemberian dari negara terhadap golongan seperti kami. Malah sebelum ini saya tak pernah impi dalam hidup tengok negara orang. Pengalaman ini cukup berharga dan tak akan saya lupakan,” kata Nooraishah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selesaikan Masalah, Jangan Lari!
![](https://cdn.mingguanwanita.my/2020/03/digital-masalah-22_08_807935.jpg)
Isi Kandungan
Toggle
Hidup memang tidak sunyi dengan dugaan, masalah tidak pernah gagal bertandang dalam hidup kita. Selagi bernyawa, Allah sentiasa menguji kita sama ada ujian itu besar atau kecil. Sebenarnya ramai yang membawa diri ketika berdepan dengan masalah. Mereka menyendiri, tidak mahu berada dekat dengan keluarga mahupun teman.
Bagi saya cara ini berisiko tinggi. Jangan ‘melarikan’ diri ketika dilanda masalah. Hadapi masalah atau ujian dengan sokongan moral keluarga atau teman baik. Jangan menyendiri kerana kita akan berasa lebih stres dan sunyi.
Ketika ini, kita menjadi sangat emosional. Bahaya kerana tiada orang yang dapat menegur dan memberi semangat pada kita. Kita mungkin boleh bertindak melulu kerana tenggelam dengan masalah dan dibelenggu perasaan sedih serta kecewa.
Jangan Malu
Justeru, mulai hari ini janganlah membawa diri. Selesaikan masalah, jangan malu dan ego untuk meminta bantuan daripada orang sekeliling. Kita tidak akan nampak lemah hanya kerana meminta bantuan. Orang lain juga berbuat demikian, mana boleh hidup sendiri dalam dunia ini. Kita saling membantu dan memerlukan.
Jangan menidakkan peranan keluarga, busuk-busuk pun mereka tetap darah daging kita. Mereka yang akan membantu kita di kala susah dan mendoakan kita bahagia. Luahkan masalah yang dihadapi dan fikir cara terbaik menyelesaikannya. Tapi jangan hanya fikir ye, buat tindakan!
Analisis masalah yang dihadapi, senaraikan beberapa pilihan yang ada. Pilih pilihan yang terbaik. Kita mesti bertanggung jawab dengan keputusan yang dibuat. Bersabarlah berdepan dengan ujian.
Rawat hati dan emosi dengan mendekatkan diri kepada Allah. Mengadulah kepada Yang Maha Esa. Lakukan aktiviti yang membuatkan kita gembira misalnya hobi berkebun. Sekurang-kurangnya aktiviti riadah ini meredakan stres.
Jangan Hidup Dengan Kisah Silam
Move on! Jangan hidup dengan kisam silam. Perkara lepas jangan dikenang-kenang lagi, jadikan pengajaran. Hiduplah pada masa kini dan jangan lupa merancang masa hadapan.
Kita juga boleh merawat minda yang serabut dengan membaca buku-buku motivasi. Bukan tubuh sahaja perlukan makanan tapi minda juga perlu diberi ‘makan’ dengan ilmu yang memacu kita menjadi insan lebih baik. Insya-Allah.
Jangan jadi insan penakut yang sentiasa melarikan diri daripada masalah. Jadilah insan yang berani berdepan dengan apa juga dugaan. Semakin kita berani dan bersabar, semakin kental jiwa kita. Jangan biarkan masalah menjadi kudis dalam hidup kita.
Orang yang berjaya mengatasi dugaan dalam hidupnya menjadi insan lebih baik. Masalah ini mengajar kita erti sabar, usaha dan tawakal. Usaha sepenuh hati dan tawakal kepada Allah. Mohon doa yang baik-baik, insya-Allah kita akan redha dan Allah lorongkan ke jalan terbaik.
Semoga kita sentiasa diberkati Allah dan tidak tergolong dalam golongan yang hanyut dengan perasaan negatif.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang Semua.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nora Danish Dedah Punca Bersalin Awal Secara Pembedahan Akibat Ketumbuhan 2 Fibroid Merbahaya
![](https://cdn.mingguanwanita.my/2018/03/a1-2.jpg)
Rupanya pelakon dan selebriti Nora Danish berkemungkinan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) jika tidak segera bersetuju untuk melahirkan bayi lelakinya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar, secara pembedahan.
Ini kerana menurut selebriti berusia 37 tahun itu,menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.Namun, doktor mengesahkan dia mempunyai dua fibroid yang sangat berbahaya dan menasihatinya supaya melahirkan NeyNey secara pembedahan.
“Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” tulisnya.
“NeyNey dijangka lahir pada 9 Mac tapi nampaknya dia nak lihat dunia lebih awal. Alhamdullillah, untuk bayi pra-matang, anak saya sihat,” tulisnya di Instagram pada Sabtu lepas.
Perkongsian isteri kepada usahawan Nedim Nazri ini menerima lebih 82,000 tanda suka dan rata-rata mengucapkan syukur Nora dipermudahkan urusan kelahiran.
Sementara itu, Nora menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dan jika dikesan mempunyai fibroid sebaiknya menjalani pembedahan membuangnya.
“Saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
“Jika ada fibroids buang dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Syukur kepada Allah dan terimakasih Dr. Aziz,” ujarnya.
Pelakon filem Makrifat Cinta ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat kira-kira 2.98 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 9.02 pagi 22 Februari lalu.Pada awalnya NeyNey dijangka lahir pada 9 Mac.
Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.
Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.
Sumber: Instagram Nora Danish
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI