Sebulan Berkahwin Isteri Fizo Hamil “Alhamdulillah Syukur, Cik Yam Nak Dapat Adik Dah!”

Share

Sebulan berkahwin isteri Fizo hamil, tahniah buat pasangan popular Fizo Omar dan isteri Fazeera Nazri. Pasangan ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian sebuah video di akaun rasmi Instagram pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar,  menyampaikan berita gembira kehamilan isteri tercintanya.

Sebulan Berkahwin Isteri Fizo Hamil

Malah menerusi perkongsian video yang cukup romantis saat Fazeera memberi kejutan buat Fizo, ternyata Fizo begitu teruja dan cukup gembira dengan rezeki kurniaan Allah itu.

Fizo yang pernah berkahwin dengan Mawar Karim pada 2013 dan berpisah pada Julai 2019 turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam, 5.

“Alhamdulillah Syukur, Cik Yam nak dapat adik dah!

“Muka Abe Joe terkejut, terkedu dan super excited.

“Ya la baru sebulan kahwin tiba-tiba isteri tunjuk alat ujian kehamilan dan beritahu ‘sayang I positive!’” titip Fizo.

Rezeki Bertali Arus

Pasangan yang mendirikan rumah tangga dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang pada 21 Oktober 2021 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah putus.

“Syukur Ya ALLAH rezeki 2022 ini datang bertali arus atas izin-MU.

“Semoga ALLAH memelihara kandungan ini dan dilahirkan menjadi anak yang soleh/solehah dan akan membawa daddy dan ummie ke syurga. Amiin,” titipnya.

Artikel Menarik Lagi : Gigihnya Zaman Belajar, Fizo Omar Berniaga Sebab Nak Tampung Bayar Kancil Turbo RM180 Sebulan!   

Fizo Omar Tamat Zaman Duda, Tahniah! Sah Bergelar Suami Gadis Cantik Fazeera Nazri

“Bunting Pelamin terus, rezeki…” Komen Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah buat Fizo dan Fazeera.

“Bunting pelamin terus, rezeki… Congrats both fazz n fizo…take care stay safe” tulis salah seorang netizen yang bernama myera_edora_

Bukan itu saja malah rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Fizo dan Fazeera.

Mingguan Wanita: Tahniah Fizo dan Fazeera. Semoga segalanya baik-baik buat Fazeera sepanjang proses kehamilan dan bersalin kelak.

Sumber/Sumber Foto : Instagram Fizo Omar  Instagram Fazeera Nazri

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en                                                   Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Published by
Norhayati Suboh