Gambar sekadar hiasam.

Setiap yang hidup, pasti diuji dengan pelbagai masalah. Namun seberat mana pun masalah, sebagai manusia kita perlu terima hakikat bahawa semuanya adalah milik Allah SWT.

Tidak kiralah ujian yang kecil mahu pun besar, hadapilah dengan penuh kesabaran. Tidak lupa berbaliklah kepada hakikatnya, apa yang berlaku atas kehendaknya dan segala yang pernah menjadi milik kita adalah milik Allah.

Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini dan fahami sedalam-dalamnya :

Walau seberat mana pun masalah kita, kita tetap kena balik semula kepada hakikat bahawa semuanya milik Allah.

Bila kita sedar hakikat itu, maka kita tak akan sedih, risau atau bimbang berlebih-lebihan. Semuanya Allah yang punya. Dia berhak untuk ambil semua apa yang Dia punya.

Allah Berhak Ambil Milik-Nya

Duit yang banyak. Itu semua Allah yang punya. Dia ada hak untuk bagi dekat kita, Dia juga ada hak untuk ambil semula dari kita.

Anak yang ramai. Itu semua Allah yang punya. Dia ada hak untuk bagi dekat kita, Dia juga ada hak untuk ambil semula dari kita.

Suami atau isteri kita. Itu semua Allah yang punya. Dia ada hak untuk bagi dekat kita, Dia juga ada hak untuk ambil semula dari kita.

IKLAN

Rumah yang besar, harta yang bertimbun, kerja yang selesa, hidup yang mewah, rezeki yang mencurah-curah…. semua-semualah.

Semua tu milik mutlak Allah. Kalau dia nak bagi Dia boleh bagi. Kalau dia tak nak bagi, itu juga hak Dia.

Baca Juga Di Sini:

Kita Tak Mampu Jaga Anak 24 Jam, Yakinlah Dengan Allah

Tiada Siapa Nak Kahwin Cerai, Takdir Manusia Milik Allah, Orang Baik Tetap Dikenang- Rozita Ibrahim

IKLAN

Dapatkan lebih banyak info di sini. 

Jika Itu Milik Allah, Dia Berhak Ambil Kembali

Kalau Dia bagi, kemudian Dia nak tarik balik, itu juga Dia yang punya kuasa.

Berdoalah agar kita dapat apa yang terbaik. Bukan apa yang kita rasa kita nak.

Boleh jadi apa yang kita suka, itu buruk bagi kita. Boleh jadi juga apa yang kita benci, itu yang terbaik untuk kita.

Jika Itu Milik Kita, Tiada Siapa Mampu Halang

Dan yakinlah… kalau itu semua dah memang Allah tetapkan untuk kita, maka ia pasti untuk kita. Tak ada siapa pun yang boleh menghalangnya.

IKLAN

Begitu juga sebaliknya… kalau itu semua dah memang Allah tetapkan bukan untuk kita, maka buatlah macamana sekalipun, ia tetap kita tak akan dapat.

Berdoalah. Bertawakallah. Bersyukurlah.

Insyallah Allah tak akan sia-siakan hamba-Nya yang bergantung 100 peratus kepada-Nya.

Selamat berhujung minggu semua ❤️❤️❤️

#KAB
#StayAtHome

MW: Bertawakal dan bersyukurlah dengan setiap benda yang Allah kurniakan. Jika ia bukan milik kita, terimalah hakikat bahawa itulah ketentuan-Nya. Aturan Allah yang terbaik.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI