Tengah khusyuk masak, tetiba meletup! Habis berterabur kaca, inilah yang paling takut bila guna dapur jenis kaca. Sebenarnya betul ke dapur kaca ini jenis tak tahan lama untuk mak-mak guna? Kalau betul, memang tak berbaloilah!
Namun ada yang menarik dalam perkongsian Puan Ummi Yahya, katanya nak guna dapur kaca kenalah amalkan beberapa tip ini…
Kebelakangan ini ada beberapa kes dapur kaca atau glass stove meletup ketika digunakan.
Saya ingin menasihatkan rakan pengguna agar menggunakan peralatan ini dengan betul.
Harus diketahui bahawa glass stove sebenarnya bukan kegunaan lasak. Ia lebih kepada ‘perhiasan’ atau kegunaan dapur kering aka dry kitchen.
Jadi…
1. Maksimum penggunaan hanya 2 jam
2. Tidak digunakan pada suhu maksimum tinggi.
3. Tidak sesekali mengelap atau membersihkan dapur ini menggunakan kain basah ketika ia masih panas. Ia akan menyebabkan gelas yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah dari kain basah.
Ads
4. Jika anda melihat dapur kaca anda mengalami retak seribu. Cuba hadkan atau hentikan penggunaan bagi menggelakkan kejadian dapuŕ meletup.
5.Buka ruang bawah dapur untuk pengaliran udara panas agar tidak memberi tekanan kepada dapur ini.
6. Selepas memasak, usah tinggalkan periuk / kuali atas tungku dapur ini. Beban yang berat memberi tekanan keatas bahagian kerangka kaca. Ia mengakibatkan bahan lebih cepat reput/retak/rosak.
Harap dapat membantu rakan pengguna
Nota tambahan (18/6)
Ads
Merujuk kepada beberapa komen / info dan pendapat yang diberikan. Ada juga yang mengatakan bahawa info dan tips ini sekadar mitos.
Belilah jenis ‘Tempered Glass’ .
Pendapat itu juga benar. Kaca temperd mempunyai kekuatan 4 sampai 5 kali lebih baik terhadap benturan, tekanan, maupun perubahan suhu ekstrim dibandingkan kaca biasa dengan ketebalan sama.
Kaca tempered juga diklasifikasikan sebagai kaca ‘selamat’ dan ketika pecah akan berubah menjadi pecahan-pecahan kecil (sebesar ibu jari tangan) yang tidak tajam, sehingga mengurangi risiko terjadinya cedera serius.
Yakni dalam erti kata lain -> asal kaca. Tetap boleh pecah.
Ads
Mudahkan segalanya. Selain faktor produk. Jenama. Harus juga faham cara menggunakan.
Ada juga yang membeli jenama ‘cap ayam’ tapi tahan walau sudah lebih 10 tahun menggunakannya.
Bahkan ada pula yang membeli jenama terkenal dengan jaminan tukar ganti dalam tempoh tertentu meletup walhal baru digunakan kurang 2 tahun.
Justeru apa yang penting menjaga dan berhati-hati sentiasa waktu menggunakan semua alatan yang berisiko.
Malang tidak berbau dan tidak memilih sesiapa.
Moga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Mawar Rashid berkongsi kegembiraannya memiliki rumah banglo idaman. Dalam berkongsi bahagia, rupanya terselit juga kisah yang membuatkan Mawar Rashid sedih.
Akuinya, banglo itu merupakan rumah pertama yang dibeli atas namanya sendiri. Hasil usaha kerja keras dirinya dan suami, Raf Yaakob bekerja siang dan malam.
Bagaimana pun Mawar Rashid sedih bila mana, dirinya dikatakan materialistik dan seorang yang memandang harta. Hakikatnya, “selama ini Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.”
Tak Sangka Umur 26 Tahun Dapat Beli Banglo
Alhamdulillah, Mawar bersyukur dapat beli first house atas nama Mawar sendiri. Thank you hubby sama-sama kerja keras, sama-sama tontong untuk dapatkan rumah idaman kite! We did it daddy
Fasa 1, nak beli rumah, settle
Fasa 2, nak work hard kumpul duit tuk renovate rumah and bayar bulan-bulan pulak! Ngehee
To my mom, mamy sayang.. thank you sebab always push adik to be successful sampai dapat beli rumah and ada saving sendiri.
Mamy always pesan, “adik kene jadi successful, so that adik dapat bantu orang lain” Insyaa’Allah I will do my best okay!
Thank you to my MIL, ibu sayang.. thank you sebab tak henti-henti doakan untuk MawaRaf.. Thank you jugak for the rest of my family for your endless support. Syukur Alhamdulillah.
Mawar Rashid Sedih..
Tapi.. izinkan Mawar luahkan sedikit perasaan,
Dari dulu Mawar selalu dengar orang cakap Mawar ni materialistic. Mawar ni pandang harta. Hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sangat sebab selama ni Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.
Kalau tanya kawan-kawan atau keluarga Mawar, dorang tahu lah macammana Mawar busy kerja dari muda-muda.
Mawar dari kecik memang diajar untuk INDEPENDENT. Dari umur 15 tahun lagi Mawar memang tak mintak duit dari mamy untuk gi skolah. Mawar cari duit sendiri dari sekolah, ke college sampai lah sekarang dah kawin and dah ada anak 2 dah pun.
Kalau nak cite pasal sejarah family Mawar meman panjang. Insyaa’Allah next time Mawar cerita ya.. Maybe dari situ mungkin korang akan faham kenapa Mawar keja keras untuk family, mak & adik bradik Mawar.
Syukur dari sekolah lagi Mawar dapat tolong mamy dari segi kewangan sampai lah sekarang bagi duit bulanan. Dan untuk siblings, Mawar, suami & satu family usahakan @mawarosehq. Doakan agar Mawarose terus success.
Mawar Banyak Kali Burn Out
Nak sambung luahkan perasaan, Mawar ni keje sampai banyak kali burnt out tau, sebab campur tugas founder, tugas isteri, tugas ibu, tugas anak, tugas menantu.
Baru-baru ni Mawar & team Mawar burn out sebab jadual terlampau padat dengan job & business lagi. Kitorang literally menangis berjemaah sebab memang pack gila. Haha.
Sampaikan haritu, first time Mawar rasa otak Mawar jam. Terpaksa postponed shoot tu, maybe sebab ‘over work’.
But I want to thank my husband. He’s always there for me to calm me down, tolong sedaya upaya ape yang boleh. I love you my love. #MawaRaf
Thank you to my mom & my helper jugak sebab tolong tengokkan anak-anak Mawar. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah S.W.T bagi.
Mawar cerita ni bukan sebab complain/mengeluh penat kerja, i love my job so much, Mawar cerita sikit je ni pasal kehidupan Mawar yang sebenar, yang orang selalu cakap Mawar mata duitan tu.
Mentang-mentang la Mawar ni artis, orang nak label Mawar nak kikis harta. Ingat drama mega holding ke nak kikis-kikis ni.
Mungkin ada orang macam tu, but not me. Tak reti la Mawar nak meminta ni. Dah biasa dengan “If I want it, I will get it” aa gitcheww.. ghiisauuu Hahahaha sorry sorry lawak petang petang sikit laa.
Jadi rumah ni adalah satu kepuasan bagi Mawar sebab ni macam self reward. I work like mad sampai boleh lepas loan tinggi camni. Memang it’s not easy. And again thank you hubby sama-sama tontong with me untuk rumah kita sampai tua nanti dengan anak cucu.
Thank you juga pada semua yang support kami, follow kami, Mawar sayang korang semua. Mawar selalu cakap kat Raf, korang lah rezeki Mawar. Tanpa korang yang support Mawar, Mawar tak kan capai rumah idaman Mawar. I love all of you. Thank you Allah S.W.T thank you all.
Mingguan Wanita :Jangan pertikaikan isteri yang bekerja siang dan malam, kerana semua hasil usaha itu akan berbalik untuk ahli keluarganya juga. Kerana itulah sifat orang rumah. Sentiasa ingat keluarga walau di mana pun dia berada.
Selebriti yang juga bergelar pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berasa sangat bersyukur apabila hajatnya untuk menghadiahkan sebuah kereta buat kedua ibu bapanya, tercapai.
Ibu bapa merupakan orang yang paling berjasa dalam hidup kita. Mereka mendidik dan memberi perlindungan keapda kita. Sememangnya seorang anak wajib membalas jasa ibu bapa mereka.
Daiyan Trisha Hadiahkan Kenderaan Mewah Jenama Mercedes Benz
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Daiyan, 28, meluahkan hadiah kenderaan jenama Mercedes Benz itu merupakan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya pada November tahun lalu.
“Salah satu impian saya memang nak belikan kereta untuk ibu bapa saya dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang.
“Alhamdulillah di sebalik pandemik Covid-19 yang melanda tahun lalu, Allah kurniakan pelbagai rezeki pada saya.
“Jadi saya fikir, buat apa tangguhkan kalau untuk ibu bapa. Inilah masa terbaik buat mereka gembira kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku akan datang,” tulisnya.
Daiyan Serahkan Kunci Kenderaan Kepada Ibu Bapanya
Menerusi hantaran sebuah rakaman video yang dikongsikan, Daiyan menyerahkan kunci kereta tersebut.
Malah reaksi kedua ibu bapanya yang terharu dengan kejutan tidak disangka itu juga mengundang rasa gembira juga buat warganet yang mengikuti akaun Instagram Daiyan.
Malah Daiyan juga menjadi sumber inspirasi buat warganet. Pada usia yang agak muda, wanita ini sudah mampu menghadiahkan sesuatu yang cukup berharga buat kedua ibu bapa tercinta.
“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa dan mummy. Peluk ibu bapa anda, tunjukkan anda sayang mereka dan buat apa sahaja yang mampu untuk untuk balas jasa mereka.
“Takkan pernah cukup, tapi sekurang-kurangnya, kita cuba,” katanya.
Allahu.. sebaknya mendengar berita yang dikhabarkan kakak balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal dunia dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Kata kakak Nour Shafinar Harun, Sha Qalif dalam facebooknya, dikatakan adiknya baru mengetahui dirinya hamil selepas dua hari pemergian arwah suaminya.
Maklumnya lagi, seandainya arwah masih ada. Tentulah ini menjadi berita yang sangat menggembirakan untuknya. Namun, arwah adik iparnya, Mejar Zahir tak dapat mengetahui berita kehadiran cahaya mata baru ini semasa hayatnya masih ada.
Di sini cinta Balu dan arwah bersemadi..
Doakan Inat Kuat Demi Janin Yang Dikandung
Tulisnya,
Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku.. Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi.. redha.
Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru. Balu positif hamil. Kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi..
Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ya.
Izzul landing katil daddy buat kali terakhir.
Inilah Kenangan Untuk Anak Bongsu Mejar Zahir, Izzul
Untuk Izzul (anak bongsu arwah) ini ada lah kenangan untuk Izzul ye.. nanti besar ingat ye sayang, daddy pergi sebagai wira.
Disinilah Tempat Arwah.. Izzul dan kenangan Daddy
Sebak sekali apabila Sha turut berkongsi gambar-gambar kenangan di kediaman yang pernah diduduki adik dan adik iparnya itu.
Mengemas barang Arwah untuk dibawa pulang ke Ipoh.
Mess tempat Arwah menginap
Balu Allahyarham Mejar Zahir Mulakan Hidup Baru Di Ipoh
Sebagaimana yang dilaporkan di media, isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya ini akan membawa anak-anaknya ke Ipoh untuk memulakan hidup baru.
Sebelum ini pun, Allahyarham suaminya pernah meminta isteri menetap di Perak dekat dengan rumah ibu bapa.
Mengikut perancangan Nour Sharinar dan tiga orang anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6 dan Izzul Zakly, 6 bulan bakal berpindah ke Ipoh pada November nanti.
Buat kali terakhir berada di sini kata Balu Arwah.
MW : Mendoakan semoga balu Allahyarham Mejar Zahir diberi kekuatan dan kekentalan hati menghadapi ujian tuhan yang getir ini. Semoga urusan keluarga ini dipermudahkanNya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...