Biasanya, kalau bab ingat tarikh istimewa, isteri dan mak-mak cukup kuat ingatan. Ada saja yang dilakukan untuk beri kejutan pada pasangan. Namun, tak mustahil juga ada yang lupa. Kan.
Walau bagaimanapun, tarikh istimewa inilah yang cukup bermakna berbanding hari-hari biasa. Kadang-kadang, isteri tak perlu pun hadiah bagai, sekadar untuk mengingati pun dah mencukupi.
Namun, jika diberi rezeki yang lebih,tidak ada salahnya untuk raikan tarikh istimewa itu dengan pasangan. Itulah yang makin membuatkan isteri seronok, bahagia dan rasa dihargai.
Begitulah yang dikongsikan oleh Suffiyah Ramadhani tentang apa yang dikatakan tentang tarikh istimewa. Kalau diberi hadiah pun, makin bertambah rasa cinta.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mudah Sangat Nak HARGAI Isteri, Suami Ingat Tarikh Penting Pun Dah Cukup
Suami Ucap Terima Kasih, Tanda Rai Kebaikan Dan Hargai Isteri. Tak Rugi Pun!
Info Lebih Menarik DI SINI
Saya ada lihat dan sering terbaca, rungutan sesetengah golongan isteri yang terlalu berharap suami menghargai. Entahlah, sama ada terlalu meminta atau benar-benar mereka terluka, entah kenapa dan di mana silapnya.
Perempuan memang suka kejutan. Kalau kat Instagram tu, cukup banyak dah post Instafemes suprise isteri, yang isteri suprise si suami. Ramai yang melihat hal ini, hanya mampu tersenyum. Mereka orang yang diberi kelebihan yang lainnya.
Itu rezeki mereka. Jangan terikut-ikut jika tidak sampai pada kemampuan kita. Jujur saya kata, sepanjang 30 tahun perkahwinan arwah mak dan bapak dulu, saya menyaksikan arwah tak pernah mampu nak beri suprise pada bapak – hanya bapak ada tahun-tahunnya dia ada rezeki lebih dan beri pada arwah mak. Kadang kala arwah hanya mahu wish sahaja pun dah cukup dia bersyukur.
Saya lihat arwah mak dulu, setiap kali birthday bapak dan tarikh ulangtahun pernikahan dia, arwah akan masak sedap-sedap untuk bapak. Kami dulu susah, hidup ada pasang surut. But never once she failed to cook for my dad. Dia kata tu je dia mampu, duit untuk anak-anak. Jadi bila nak celebrate apa-apa, dia akan masak makanan kegemaran bapak. Itu dah buat dua-dua tu sangat happy tau.
Tarikh-tarikh penting dalam perkahwinan ni, wajarlah diingat. Tapi sambutlah ikut aras kemampuan kita. Ada lebih, boleh bagi lebih. Kalau tak ada, cukuplah kita menambahkan kesyukuran kita kepada Allah kerana sekurang-kurangnya Allah masih jaga rumah tangga
Hadiah dan kebendaan ni tak penting, namun jika ada rezeki kita di situ apa salahnya. Rakan baik saya di tempat kerja, tak payah tunggu birthday dan anniversary – sangat kerap suaminya kirim bunga ros yang mahal-mahal gubahannya. Rasa seronok lihat dia gembira. Itu rezeki dia.
Saya tahu apa dia lalui sebelum dia berkahwin dan sebahagia ini. Itulah bahagian dari Allah untuknya.
Bagi diri saya sendiri, suami seawal perkahwinan memang suka bagi suprise. Dari keychain, ke kek coklat kegemaran saya – ada sahaja hal yang terjangka. Dia suprise tiba-tiba balik rumah, padahal cakap nak pergi berkursus pun ada. Those things, do make me happy.
Saya suka cara dia ingat, dan belajar untuk buat hal-hal yang membuat saya gembira. Only recently, bila dia ada rezeki lebih, hadiahnya lebih baik dan berharga. Semua ini saya tak mintak selama 7 tahun perkahwinan. Cukuplah andai dia benar sayangkan saya.
Selalu saya baca, para isteri kata tak kisah jika suami tak ingat. Sebenarnya, kami kisah dan kami kisah sangat. Tapi kerana lebih banyak rasa bersyukur dari rasa kecil hati, kami diam. Alhamdulillah jika kami tak pendam. Kerana ramai isteri yang lebih melihat kebaikan suaminya ketika susah dan senang, dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja sebab itu kami “tak kisah”
Nasihat saya buat semua pasangan, ingatlah. Walau sekadar sebaris ucapan dan sekeping bingkisan atau hanya sepotong kek sahaja. Isteri ni, tak perlu yang mahal-mahal nak buat dia happy, beri nota I love you pun dia akan senyum sepanjang hari. Itulah cara menghargai. Dan jika kalian ada rezeki nak beri yang lebih lagi, beli lah hadiah yang dia sukai.
Buat para isteri, jika ada rezeki, raikan juga suami. Jangan hanya menunggu untuk dirai.
Penghargaan tak sepatutnya datang dari sebelah pihak sahaja. Dua-dua kena main peranan agar rumah tangga bahagia.
Tak salah kita perempuan, turut sama buat kejutan dan hargai suami. Itukan suami kita, masa dia senang dia tak abai nafkah untuk kita dan anak-anak. Apa salahnya kita pun ingat dan bahagiakan dia.
Raikan hari-hari bahagia dan tarikh penting dalam perkahwinan. Kerana pasangan kita tak akan selamanya ada di sisi. Maka hargailah kesempatan yang Allah beri.
Kalam diakhiri dengan sepotong hadis buat renungan kita, Dari Abu Hurairah r.a, Baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تَهَادُوا تَحَابُّوا
Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai. (HR. Imam Bukhari)
MW: Isteri nampak ‘tak kisah’ pun kalau pasangan tak ingat, tapi kalau dengan hanya ucapan I Love You pun boleh buat tersenyum sepanjang hari kan….
Sumber: Suffiyah Ramadhani
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita