Bila sebut pasal GST ramai yang mengeluh dan sering salah faham mengenai cukai ini. Cukai Barang dan Perkhidmatan atau lebih ringkas disebut GST (Goods and Services Tax) dah mula dilaksanakan pada 1 April 2015 dengan kadar 6 peratus.
Ramai yang rasa terbeban kerana menganggap perlu ‘bayar lebih’ daripada harga sebenar.Hakikatnya, GST sebenarnya bukanlah perkara yang baru. Ia hanya menggantikan atau memansuhkan Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) sedia ada sebelum ini.
Mak-mak dan kaum wanita perlu tahu, setiap negara memerlukan sistem pencukaian yang efisien untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara dan meningkatkan kecekapan pungutan cukai. Kutipan melalui GST adalah salah satu caranya. Malaysia menjadi sebahagian daripada lebih 160 buah negara di dunia yang melaksanakan sistem cukai nilai tambah sebagai sebahagian daripada sumber pendapatan negara.
Pada 2018, anggaran kutipan GST adalah sebanyak RM43.8 bilion.Ramai yang tertanya-tanya,mana perginya kutipan hasil Duit GST tersebut.Sebenarnya ia kembali memberi manfaat kepada rakyat dengan memenuhi Keperluan serta kebajikan rakyat.
Antara salurannya untuk Hospital dan Klinik, IPTA & TVET, BR1M, Penyelenggaran Jalan Seluruh Malaysia,Pampasan Tol, Bantuan Baucar Buku Serta Bantuan Awal Persekolahan.
Bahkan bukan itu sahaja, hasil kutipan GST juga digunakan untuk tujuan subsidi barang keperluan asas sebanyak RM3.9 bilion.Malah 578 barangan keperluan asas pula tiada GST. Antaranya seperti minyak masak, gula, garam, beras, tepung, roti tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).Manakala barangan yang dikenakan GST, hasilnya pula kerajaan pulangkan semua kepada rakyat.
Nak ikutkan sebenarnya golongan mak-mak ni lah yang paling beruntung, sebab paling banyak berbelanja untuk barangan keperluan dapur, pendidikan serta buku anak-anak yang kebanyakkannya adalah TIADA GST.
Jadi mak-mak boleh berbelanja lebih untuk perkara-perkara lain hasil pelaksanaan GST ni. Ini kerana bukan semua benda dan perkara ada dikenakan GST.Mak-mak boleh pilih dan tentukan sendiri bagaimana nak belanjakan lebihan duit tersebut dengan lebih berhemah.
Di Malaysia terdapat lebih 15.5 juta wanita, dimana 1 per 3, kira-kira 5.5 juta adalah wanita bekerja. Perlu tahu, sejak GST diperkenalkan cukai pendapatan untuk wanita yang bekerja ni terus berkurangan.Malah bagi gaji dibawah RM3,100 tiada cukai yang dikenakan.
Sementara itu, bertepatan dengan salah satu manifesto Barisan Nasional untuk wanita iaitu memperluaskan insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan. Jadi jika mak-mak jemu menjadi suri rumah dan ingin kembali bekerja, kerajaan ada mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu.
Ia disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan. Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020. Ia sebenarnya bagi menghargai golongan wanita sekaligus bagi menggalakkan golongan wanita agar kembali bekerja.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang kerajaan telah disediakan untuk membantu dan pada masa yang sama menghargai golongan wanita dan kaum mak-mak ni. Hasil GST yang dikutip dikembalikan semula kepada golongan ini demi menghebatkan dan memajukan lagi potensi diri.
Sumber:
http://duitgst.com/manfaat-besar-gst/#group_4300-2
https://www.najibrazak.com/bm/manifesto-pru14/utamakan-ibu-wanita/ )