Ramai yang tak tahu pasal tukar tayar, kadang ada sesetengahnya main beli dan serah bulat-bulat pada pomen dan kita cuma bayar! Tolonglah berhati-hati sebab ini boleh bahayakan keselamatan anda dan ahli keluarga yang lain. Untuk bacaan penuh, baca perkongsian Yusaini Yamin ini…
Bila tukar tayar ni tanyalah pomen tu harga tayar. Yang baharu ada RM175 @ RM185. Baik amik yang baharu, puas hati. Minta diorang bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175.
Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah.
“Tayar lama u jual RM175 ke? Tau tak tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia pergi tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula diorang bagi RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar.
Hmmmmm… tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dengan mula harga RM420 rim 15′.
Moral of story?
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Diorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.
Ads
Berikut ialah senarai kod yang patut kita tahu.
Semoga dapat manfaat bersama.
Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).
Info Pasal tayar kenderaan;
1. Kod Tayar Kenderaan:
Contoh 205/65/R1594H
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
Ads
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam
Lihat Abjad yang last;
S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam
SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka
Tercatat Di Sisi Tayar.
Contoh 0514
Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.
Ads
Tayar baharu yang berusia lebih drpd LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).
Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.
Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);
2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.
Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.
Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.
Kredit: Yusaini Yamin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau anak batuk dan selesema, mak-mak pasti tak senang duduk dengan kesihatan anak-anak. Biasanya peyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus. Jadi tak bolehlah nak biar sembuh sendiri.
Ok, memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelakkan semakin berlarutan tetapi mak-mak juga boleh cuba petua tradisional ini di rumah.
Orang kata, ubat bagi tapi petua pun boleh cuba. Andai kata nak cuba, mak-mak boleh cedok petua hilangkan batuk daripada Puan Ummu Umar Ali ini.
Petua Hilangkan Batuk Anak
Bismillahirrahmanirrahim.. Tengah hari tadi ada post pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah… Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai juga yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba.
Cara buat pun tak susah..
Langkah pertama
Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan wrna kulit bawang menjadi kekuningan.
Langkah kedua
Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
(boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
Langkah ketiga
Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cuba lah.. Mudahkn?
Nota:
Saya guna minyak telon.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiga wanita antara 7 individu ditahan baling botol dari Kondo, seorang positif dadah. Hidup, biarlah ada manfaat kepada orang lain, jangan hanya tahu menyusahkan. Bila kita sering berbuat baik, maka kebaikan akan datang kepada secara tidak langsung.
Tindakan tujuh individu termasuk termasuk tiga wanita telah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden membaling botol ke arah lebuh raya dari sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru, di sini, yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Tiga Wanita Antara 7 Individu Ditahan Baling Botol Dari Kondo
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tangkapan pertama membabitkan lima individu dibuat antara 3.45 petang hingga 9.15 malam semalam.
“Lima individu yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun dan dua wanita masing-masing berusia 23 tahun bagi membantu siasatan.
“Tangkapan kedua pula dilakukan antara 1.30 pagi hingga 2.15 pagi tadi terhadap seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun. Kedua-dua tangkapan berkenaan dibuat di sekitar daerah Dang Wangi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Noor Dellhan berkata, hasil tangkapan itu, pihaknya merampas sebuah telefon bimbit dan sepasang pakaian.
Seorang Positif Dadah
“Hasil saringan ujian air kencing dilakukan terhadap semua individu yang ditahan mendapati seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis ketamin dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Hanya dua daripada tujuh individu yang ditahan itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 7 Februari untuk siasatan lanjut, manakala permohonan reman lima lagi individu ditolak.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 268/336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Beliau menasihatkan mana-mana pihak yang terkesan akibat perbuatan berkenaan supaya tampil membuat laporan polis.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan tindakan akan diambil,” katanya.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit 43 saat dimuat naik oleh pemilik akaun aplikasi TikTok atas nama @syrupboy memaparkan kejadian seorang lelaki membaling botol, tular di media sosial, baru-baru ini.
Berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki dilihat membaling botol dari sebuah residensi mewah dan botol berkenaan dibaling ke arah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dari arah Ampang menuju ke pusat bandar raya ketika kesesakan berlaku.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Terpedaya selepas berkenalan dengan ‘doktor’ dari Iraq.’ Kasihannya nenek penjaga stor hilang rm565,700. Habis duit simpanan hari tuanya dek kerana tertipu dengan janji palsu seorang lelaki yang hanya dikenalinya di Facebook.
Penat lelah bertahun-tahun kumpul duit simpanan untuk hari tua, akhirnya lesap begitu saja. Kasihan sungguh dan tak mampu bayangkan betapa kecewanya nenek ini.
Terpedaya Selepas Berkenalan
Seorang wanita warga emas mengaIami kerugian sebanyak RM565,700 dipercayai akibat diperdaya oleh seorang ‘doktor’ yang dikenalinya melalui platform media sosiaI tahun lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Perak, ACP Osman Mamat, mangsa berusia 68 tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus operandi Love Scam atas talian sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini.
“Mangsa terpedaya setelah berkenalan dengan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama sebagai Ding Nai Wei yang mendakwa seorang doktor sedang bekerja di lraq,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Osman berkata suspek telah merayu kepada mangsa untuk memasukkan sejumlah wang untuk dibayar kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya suspek dapat keIuar dari lraq dan berjanji akan memberikan wang sebanyak RM5 juta kepada mangsa apabila suspek sampai di MaIaysia.
Kasihannya Nenek Penjaga Stor
Mangsa berusia 68 tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus 0perandi Love Scam atas talian.
“Rayuan suspek telah menjerat mangsa sehingga mangsa melakukan 69 kali transaksi ke dalam 13 akaun bank iaitu 12 kali transaksi melalui Maybank dan sekali melalui CIMB Bank,” katanya.
Hilang RM565,700
Menurut Osman sebanyak 11 kali transaksi dilakukan ke dalam akaun penama Brayen Robson Anak Sito dan sekali atas akaun penama Ho Yee Mun serta satu kali transaksi mengunakan CIMB Bank di akaun penama Clayton Roland.
Katanya semua transaksi wang berkenaan dilakukan mangsa melalui mesin ATM di Maybank Cawangan Taiping bermula dari 4 Okt 2021 hingga 21 Mei tahun ini.
“Mangsa tidak pernah bertemu dengan doktor tersebut sepanjang perkenalan mereka dan mangsa hanya berhubung di aplikasi WhatsApp melalui dua nombor talian iaitu +1(786)6526776 dan +1(984)3683962,” katanya.
Osman berkata mangsa telah membuat laporan p0lis di Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) di sini semalam setelah menyedari dirinya telah diperdaya svspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita: Sepatutnya dalam meniti usia emas, nenek ini sudah boleh menikmati segala simpanannya hasil penat lelah selama ini. Namun kejadian yang berlaku benar-benar menyedihkan dan pasti apa yang berlaku perlu menjadi pengajaran buat kita semua.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...