Sesetengah mak-mak cukup pantang tengok pinggan mangkuk kotor berlonggok dalam sinki. Kalau boleh satu sudu pun tak mahu tengok. Biarlah sinki nampak kemas dan bersih.
Tapi, ada juga mak-mak yang suka betul kumpulkan pinggan mangkuk dalam sinki. Katanya kena ada mood nak bersihkan semuanya. Ini belum lagi sampah yang penuh dalam tong sampah.
Selalunya, ada mak-mak yang kumpul pinggan mangkuk ni pada malamnya. Bangun pagi esok baru nak basuh. Sampah sarap pun dibiarkan sebab nak buat esok pagi.
Sedar tak, jangan biasakan dan amalkan sikap nak kumpul pinggan mangkuk kotor sebelum tidur. Tak kiralah sebelum tidur atau siang hari. Ini semua berkaita rapat dengan sunnah dan boleh jadi juga untuk rezeki kita nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Tak Perlu ‘Dengki’ Suami, Jangan Mengungkit Sebab Masing-Masing Ada Tanggungjawab Tersendiri
Hal Sinki Dapur Berkecah Pun Boleh Jadi Punca Masam Muka Suami Isteri
Info Lebih Menarik DI SINI
Buat suami, pastikan sebelum tidur sampah dalam rumah terutamanya tulang tulang & sisa isa makanan dibuang.
Kalau susah juga nak buang sebab tinggal pangsapuri (apartment) seeloknya ikat elok-elok dan masukkan dalam tong sampah, tutup sebaiknya sebelum dibuang esok.
Sebab? ‘Ramai’ sangat terliur tengok sisa makanan tu.
Buat isteri, basuh pinggan mangkuk periuk belanga sebelum tidur.
Jangan biar sinki penuh pinggan sampai esok.
Baki makanan pada pinggan mangkuk tu mudah menjemput ‘dia’.
Sebab tu mak-mak kita dahulu pastikan tak ada pinggan tak bercuci sebelum tidur.
Buat anak anak perempuan & wanita tolong basuh pad (haid atau nifas) sehingga hilang bau ‘dia’ suka meratah barang kita.
Banyak perkara kita tak nampak, tapi kesannya banyak berkait rapat dengan kehidupan kita.
Buat suami, jadilah pendidik buat isteri & anak2 elakkan sebelum terlambat
Dalam banyak-banyak kerja dapur, bab membasuh pinggan mangkuk dan buang sampah ni kerja yang agak remeh dan ramai yang suka bertangguh.
Ada yang suka biar berlonggok dan ‘kumpul’ pinggan mangkuk banyak dalam singki barulah datang ‘mood’ nak cuci.
Ataupun dibiarkan sehingga keesokkan harinya. Buang sampah pun begitu juga.
Ada sebab tertentu sebenarnya, kenapa sebelum tidur kita mesti pastikan dapur kita dalam keadaan bersih.
Ini kerana ia merupakan amalan dimurahkan rezeki.
Oleh itu, sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk, cawan-cawan, bekas kotor mesti dibasuh sebelum melelapkan mata.
Sisa-sisa makanan dan sampah mesti dibuang. Jangan biarkan dapur kotor sebab sisa makanan tersebut akan jadi makanan syaitan. Bahagian sinki mesti bersih.
Bahkan ia juga bertepatan dengan ajaran islam :
“Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Pastikan semua pingan mangkuk, periuk belanga, cawan dan bekas makanan dicuci sebaik sahaja selesai digunakan.
Sisa-sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan semalaman tanpa dibersihkan adalah menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka kepada makanan yang kotor dan busuk.”
Antara perkongsian Puan Tya Mohamad:
Pernah dengar tak?
Pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam.
Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu masa zaman sekolah lagi.
Tapi, terkadang buat tak endah saja.
Tak ambil berat pon.
Tapi, tetiba ada yang reminder semula.
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah.
Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Ruginya selama ni tak buat sungguh-sungguh.
Bukan tak basuh pinggan, cuma ikut mood.
Bila rasa lapang baru buat. Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat terkadang tak basuh dah.
Esok pagi baru nak basuh. Allah, tu la ambil ringan je..
Bila dah tahu, rasa terpukul betul dan nak putar semula masa.
Selama ni meremehkan sunnah? Tak serius?
Nabi suruh pasti bersebab. Pasti hikmahnya besar.
Lepas dah tahu, sedaya upaya amalkan.
Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas-bekas makan tu, basuh juga.
Rupanya betul. Bila dah settle kerja ni, lapang dada rasa.
Nak bergolek pon tak bersalah, rileks saja sebab kerja dah selesai.
Rumah pun rasa lapang je walaupun susun atur sama je macam selalu.
Pada satu sudut lain ..
Jin pun tak turun masuk rumah kita sebab tiada makanan dia.
Tempat dia nak main tak ada sebab bersih je rumah kita.
Paling penting hikmah disebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kefakiran.
Kita yang lemah ni memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Sumber: Adamhawa.my
Mingguan Wanita : Kadang-kadang kita nampak perkara ini simple tapi ada hikmah dan sunnah untuk kita dan berkait rapat dengan rezeki.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita