Tanam Nanas MD2 Dalam Pasu, Sebaiknya Buang Semua Akar, Hasilnya Buah Manis Leting

Share

Jika ada ada laman yang terhad, tapi berhajat nak tanam nanas MD2 dalam pasu jangan susah hati. Jika betul caranya, nenas MD2 yang ditanam dekat laman rumah dalam pasu itu boleh berbuah cepat dan manis leting buahnya.

Lelaki ini, Azuan Abdullah yang berlatar pendidikan dari Universiti Putra Malaysia berkongsi panduan menanam nanas MD2 dalam pasu.

Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je.” Walau pun cuma 5 pasu, hasil buah nenas MD2 ini akan lebih cepat berbuah.

Begini Cara Tanam Nanas MD2 Dalam Pasu

 

  • Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Pasu dari kedai Mr Diy.
  • Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
  • Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
  • Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk @ reput pangkal.

Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.

Gambar 4 (selepas)

Sebelum tanam nanas dalam pasu, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gambar 3 (sebelum) dan gambar 4 (selepas).

  • Lepas tanam nanas, saya tak siram pun. Dengan keadaan musim sekarang, memadai dengan air hujan dan embun sahaja.
  • Pembajaan saya akan start letak lepas 45 – 50 hari lepas tanam
    . 100% akan guna baja npk larut air. Caranya siram @ spray di tengah tengah pucuk.

Targetnya 6 bulan lepas tanam dah boleh hormon. InsyaAllah bulan Mei atau Jun tahun 2021, kami dah dapat makan buah yang manis leting.

Pokok lebih subur, sihat, siram ‘booster’ organik guna sisa-sisa dapur.

Kenapa Kena Buang Akar Nenas Dulu

Masa nak tanam sulur tu, kita ada 2 pilihan samada nak buang akar atau tak. Terpulang pada diri kita. Usah kita jadikan ia satu isu yang besar. Ilmu pertanian ini sangat luas.

Macam saya, saya pilih untuk buang akar sebelum tanam. Ianya berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya.

Saya ada juga merujuk kepada sifu saya yang ada ladang beratus ekar, beliau pun buang juga akar sebelum tanam nanas.

Baca sini : Sebab Apa Kena Banyakkan Makan Nanas

 

Ini sebab kenapa kami buang akar nenas.

Akar yang sedia ada tidak akan berfungsi bila kita tanam. Maksudnya akar ini akan mati dan kering. Akar yang sedia ada akan mati dan kering dalam tempoh 1 – 2 minggu lepas tanam. Bila akar ni dah kering, barulah akar baru akan tumbuh.

Senang cerita, akar yang sedia ada ni akan melambatkan proses pertumbuhan akar baru.
Sebab tu la saya buang akar sebelum tanam. Ia boleh mempercepatkan pertumbuhan akar baru.

Biasanya dalam masa 1-2 minggu lepas tanam, pokok dah berakar.

  • Lagi cepat berakar, lagi cepat pokok besar.
  • Lebih cepat pokok besar, lagi cepat boleh hormon.
  • Lagi cepat hormon, lagi cepat boleh harvest.
  • Lebih cepat harvest, lagi cepat boleh jual.
  • Lagi cepat jual, lagi cepat boleh duit.
  • Bila cepat boleh duit, kita pun banyak happy.

Mingguan Wanita : Dah fahamkan caranya. Selepas ini, bolehlah cuba tanam nanas tepi rumah pula ya.

Sumber/Foto : Azuan Abdullah

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
NETTY AH HIYER