Sebelum ‘Pergi’ Mak Sempat Hadiahkan Setiap Anak Perempuan Barang Kemas Padu

Share

Setiap ibu yang ada anak perempuan, tentunya terdetik di dalam hati mahu hadiahkan barang kemas, lagi-lagi barang kemas padu untuk mereka.

Walaupun, duit menjadi penghalang. Tetap ibu kumpul sedikit demi sedikit, sehingga bila cukup jumlahnya ibu belikan barang kemas untuk anak perempuannya itu.

Kisah Pe Chey dan 7 adik-adiknya pernah MW kongsikan sebelum ini. Terkini, beliau menyatakan kekaguman kepada arwah ibunya yang pernah menghadiahkan anak-anak perempuannya barang kemas semasa hayatnya masih ada.

Semua itu tidak pernah diketahui olehnya selaku anak sulung. Sehinggalah baru-baru ini, kisah itu diceritakan kepadanya.

Semua Anak Perempuan Dapat Satu Barang Kemas Padu

” Mak sempat bagi kat kami semua anak perempuan sorang satu barang kemas.”

Aku baru tahu kisah ni semalam. Kagum aku.

Mak rupanya sempat. Sempat bagi. Barang kemas. Dia bukan jenis suka pakai sangat. Bila abah suruh bagi pada anak-anak, mak tak bantah. Sebab tu aku kagum dengan mak.

7 orang anak, 7 perangai, 7 anginnya.

Jujur, selama ni, aku tak tahu pun mak, sempat bagi setiap sorang daripada 7 anak perempuan dia barang kemas.

Ada yang dapat rantai leher, ada yang dapat gelang tangan. Alhamdulillah. Rezeki kakak dengan adik-adik.

Suami jangan risau isteri minta top up emas, sesak boleh gadai 

Mak Bukannya Berduit..

Bukan apa, mak bukannya bekerja. Dia bukan berduit. Selama aku hidup, mak bukan pernah simpan duit. Setahu akulah.

Bila tahu malam tadi, sebak aku rasa. Mak rupanya memang ada niat nak bagi tiap anak perempuannya barang kemas. Taklah banyak mana, seurat seorang tapi bagi aku, itu dah banyak dan di luar kemampuan dia sebenarnya.

Adik aku tunjukkan kat aku, rantai leher yang masih dia simpan. Yang lain, bila aku tanya, ramai dah tukar baru.

” Nilah rantai mak bagi aku. Aku simpan. Kenangan. Sesak-sesak, selalu ” masuk dalam”. Inilah penyelamat aku selalu.”

Ini Rantai Emas Padu

Aku minta pegang rantai dia.

Berat. Maknanya rantai ni emas padu

” Aku nak, aku beli daripada kau. Nak?”.

” Wuiiiii, aku sayang rantai ni Uda. Kenangan ni. Mak bagi masa abah pencen.”

Aku diam. Betullah. Kenangan barang yang arwah mak bagi, takkan dia senang-senang nak jual. Biar pun pada aku, abang dia.

” Jangan tukar rantai ni. Simpan, kalau rasa nak jual, aku nak. Aku nak simpan.”

Bukannya aku nak pakai, tapi aku nak simpan kenangannya. Kenangan paling mahal.

Aku rindu dan sayang mak sampai syurga.

#NfI

Mingguan Wanita : Begitulah mak-mak sentiasa memikirkan yang terbaik demi masa depan anak-anaknya.

Sumber/Foto : Pe Chey

Published by
Netty Ah Hiyer