Sebelum Pergi Beraya Minggu Akhir, Pesan Awal-awal Pada Anak

Share

Minggu ini dah hujung bulan kita meraikan sambutan hari raya, jadi rasanya semua orang masih gigih beraya. Pastinya tiap kali hujung minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka hinggakan ‘tak menang badan’ untuk tidak menolak jemputan kawan-kawan.

Boleh dikatakan jemputan kawan-kawan ada yang sampai 4-5 buah rumah. Bagi setiap rumah bukan hanya singgah selama 10 minit sahaja. Paling cepat pun mungkin 30 minit. Borak-borak sambil makan-makan. Ini belum lagi termasuk melayan anak-anak yang hendak makan.

Melayan anak makan nie, bukan apa takut nanti habis ‘berkecah’ rumah orang, satu kerja pulak tuan rumah untuk membersihkan. ‘Tak apalah, biasalah budak-budak’ Mungkin itu yang biasa tuan rumah akan jawab tapi bagi pihak ibu bapa perasaan segan itu mesti ada. Tambahan kalau anak-anak kita nie yang memang kita dah tahu peel diorang macam mana.

Setahun sekali. Inilah masa untuk kita satu keluarga berjumpa kembali sanak saudara mahupun kawan-kawan di jemputan rumah terbuka. Bagi pasangan yang baru berkahwin, tiada masalah untuk menghadirinya tetapi bagi mak-mak yang mempunyai anak lebih daripada seorang. Masa untuk mempersiapkan anak dah satu hal dan ini belum lagi termasuk bila di rumah orang. Rasanya, sukar untuk mengawal anak-anak, terutamanya bila anak yang peramah berjumpa dengan kawan-kawan sebaya dengan mereka.

Viral di media sosial baru-baru ini tentang televisyen berkecai dengan ikan-ikan kat kolam mati ketika tuan ruamh mengadakan rumah terbuka. Pada saya, kita tak boleh marahkan tetamu yang datang kerana membiarkan anak-anak buat sesuka hati. Malah, tak pula nak salahkan tuan rumah.

Sebenarnya semua ini di luar kawalan. Mungkin anak-anak terlalu teruja atau mungkin dalam mood yang tidak elok (mengantuk, lapar dan sebagainya. Maklumlah, banyak tempat yang perlu kena ikut dengan ibu bapa). Manakala, tuan rumah pula, tidak terfikir atau terlepas pandang untuk simpan di tempat yang sepatutnya.

Jadinya, kita sebagai mak ayah pada anak-anak yang tentu sudah tahu peel anak-anak, cuba pesan pada mereka supaya jaga tingkah laku ketika berada di rumah orang. Biasanya mak-mak boleh bagi ingatan semasa di rumah dan masa dalam kereta. Insya Allah, kalu di pesan awal-awal anak-anak mesti akan dengar. Tak caya cubalah!.

Published by
Nora