penyakit kulit

Biasanya penyakit kulit singgah tanpa disangka-sangka, tanpa mengambil kira peringkat umur. Kalau mangsanya bayi, itu memang sedih! Salah satunya ruam tetapi ada beberapa lagi perkara yang berkaitan dengan kulit bayi yang perlu mak-mak semua tahu.

Bila mak-mak tahu serba sedikit tentang bayi, tidaklah mak-mak cepat gelabah dan risau, malah anda boleh membuat persiapan yang sepatutnya. Jom, lihat apa 10 perkara berkaitan kulit bayi yang patut anda tahu.

1. Mudah kena ruam

Kebanyakkan bayi yang baru lahir akan ditumbuhi ruam. Namun ruam ini tidak membahayakan dan akan hilang sendiri. Memang diakui menjaga kulit bayi sedikit rumit. Mak-mak perlu mengetahui tahap tahap masalah kulit si manja sama ada boleh dirawat dirumah atau memerlukan perubatan dan cara mengelakkan dari mendapat masalah tersebut.

2. Ruam sebab pakai pampers

Kalau bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan peha dan alat sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin pakai buang terlalu ketat, lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau alah kepada sabun, tisu lembap yang mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Sediaan krim ruam yang semulajadi di rumah.

Ads

3. Jerawat dan bintik putih

Jerawat pada bayi ada kaitan dengan yis, bukan sebab minyak terkumpul macam kita orang dewasa. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.

4. Tanda lahir

Tanda lahir berwarna lebih gelap dan tidak diwarisi. Secara amnya tanda lahir tidak memerlukan rawatan.

5. Kulit kering

Bayi yang dilahirkan overdue biasanya akan mengalami kulit kering dan mengelupas. Kulit asas yang terletak dibawah kulit yang mengelupas itu adalah sihat, lembut dan lembap.

Ads

6. Kepala berkerak

Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya akan hilang pada tahun pertama. Bahasa perubatannya dipanggil dermatitis seborrheic yang disebabkan lebihan minyak dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam pada kulit kepala, sisi hidung atau belakang telinga.

7. Ruam panas

Ruam panas ialah biji kecil kemerahan. Biasanya muncul pada bahagian badan bayi yang biasa berpeluh seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit. Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memakaikan bayi baju dari material kain kapas.

Ads

8. Masa mandi

Pastikan kulit bayi terhidrat dengan mandi di dalam air suam selama tiga hingga 5 minit. Elakkan membiarkan bayi anda duduk atau bermain dengan air sabun. Cara mengeringkan bayi adalah dengan tepuk kering, bukan menggosok kerana menggosok akan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit.

9. Milia

Satu daripada 2 orang bayi mempunyai lebam keputihan. Ini biasanya muncul pada hidung dan muka. Keadaan ini disebabkan oleh kepingan kulit yang menyekat kalenjar minyak. Tidak perlu rawatan, kerana milia akan hilang sendiri.

10. Produk penjagaan bayi

Gunakan detergen yang lembut untuk mencuci bayi anda. Sebaik- baiknya ialah daripada bahan semulajadi yang rendah bahan kimia atau tanpa bahan kimia lansung.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI