adab melawat

Jika berhasrat nak tengok bayi baru lahir dan melawat wanita baru lepas bersalin, seeloknya fahamkan dulu 7 perkara asas ini.Bukan apa, takut ada yang terlepas pandang pada perkara-perkara seperti ini. Nanti takut niat yang baik untuk melawat, jadi sesi bermasam muka pula.

Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Susylawati Faizol sebagai panduan;

ADAB MELAWAT IBU BERSALIN

1. Tanya Dulu Sebelum Datang

Sebelum datang, tanya dahulu sama ada dia ok atau tidak dengan kehadiran anda.Kalau jenis bff memang dia suka kita datang melawat sebab nak bercerita betapa excited nya dia.

2. Elak Datang Waktu Malam

Sebaiknya datang melawat selepas zohor dan sebelum magrib.Elakkan datang waktu pagi,tengah hari atau malam.Melainkan datang bawa makanan untuk kawan berpantang tu makan.Bawa makanan yang boleh dia makan yea.Sebaiknya jangan datang waktu malam sebab ada ibu berpantang ni dia dah nak rehat tidur.

Ads

3. Tak Perlu Datang Melawat Terlalu Awal

Kalau datang untuk “membawang” tak perlu.Sebab kawan awak lepas bersalin sangat-sangat perlukan rehat.Lagi-lagi dalam 2 minggu selepas bersalin.Tapi kalau datang memang niat nak membantu sebab ada ilmu contoh ada skill berurut ke,bertuam ke,nak ajar baby dia tak pandai latch memang kawan akan berlapang tangan terima bantuan.

Sebelum Nak Tengok Bayi Baru Lahir & Lawat Wanita Selepas Bersalin, Mohon Fahamkan Dulu 7 Perkara Asas Ini

4. Tak Perlu Datang Ramai-Ramai & Elak Melawat Terlalu Lama

Elakkan datang dengan membawa geng bas sekolah.Cukup lah anda dan suami.Kalau ada anak kecik.Tak perlu duduk lama.Jika ada yang tak sihat,perokok,baru lepas pulih penyakit berjangkit, elakkan sentuh bayi atau sebaik nya boleh duduk jauh dari bayi.Basuh tangan dahulu sebelum sentuh bayi.Tolak pelawaan tuan rumah untuk jamu air.Tak perlu duduk lama.Cukup sejam sahaja sebab ibu berpantang memang perlukan rehat dan tidur yang cukup.

Ads

5.Jaga Mulut & Doa Baik-Baik

Tak perlu tegur keadaan rumah,kawan yang tengah berpantang,fizikal bayi baru lahir.Zip jelah mulut.Doa jea baik-baik.Melainkan kawan anda perlukan nasihat anda untuk cara berpantang.

6. Tanya Kesihatan & Bantu Apa Yang Perlu

Tanya kesihatan dia, sama ada dia selalu sakit,ada rasa gelisah,sukar tidur,penat.Bantu dia sebaik mungkin jika tidak mahir boleh tanya pada yang lebih arif.

Ads

7. Selalu Ambil Berat Tanya Khabar

Balik dari melawat sentiasalah tanya khabar, Supaya dia tahu kita ambil berat keadaannya, lebih-lebih lagi jika yang terpaksa berpantang sendiri tanpa kehadiran orang lain yang menemani.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sebagai panduan dan ingatan buat kita bersama.

Sumber: Susylawati Faizol

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI