Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!

Share

Oven atau ketuhar ni memang perkakas elektrik yang sangat berguna di dapur. Sangat penting dan menjadi impian bagi mak-mak yang suka membakar kek, buat biskut, kuih muih,memanggang ayam dan macam-macam lagi. Pulak tu sekarang dalam musim PKP, memang lagi rajinlah nak memasak di dapur. Tapi kalau nak beli oven pun, bukan main sebarang beli je. Penting ambil tahu jenis dan fungsi-fungsinya terlebih dahulu baru lah dapat di gunakan sebaiknya nanti.

Fahamkan tip yang perlu tahu sebelum membeli oven perkongsian oleh Cik Dayang daripada EasyBakeLab ini.

📌 3 JENIS OVEN

1. Ketuhar jenis bina dalam (Built in oven)

✔Ketuhar jenis ini memang cukup sesuai untuk kesemua jenis pembakaran. Ianya boleh membakar roti, kek, pastry dan biskut. Bergantung kepada jenama yang hampa beli, ada sesetengah ketuhar jenis begini, kepanasannya tidak begitu rata jika membakar 2 atau 3 tingkat (2 tier baking).

✔Kalau membakar biskut cara begini,hampa harus rajin memusing dan menukarkan loyang kuih supaya mendapat kepanasan yang lebih rata (rotate the trays to get even baking results). Tetapi apabila membakar kek, lebih baik jika membakar satu tingkat sahaja.

2. Oven yang ada kipas (Oven with fan)

✔Ketuhar yang mempunyai kipas bina dalam selalunya membakar biskut dan pastry dengan cukup baik kerana kipas itu memutar angin panas dengan rata jika membakar dua atau tiga tingkat (2 or 3 tier baking). Tetapi apabila digunakan untuk membakar kek, kipas ini akan mengeringkan kek sedikit.

✔Jadi, jika ada pilihan untuk tidak membuka button kaedah kipasnya @ switch off (tutup kipas) apabila membuat kek, itu adalah lebih baik (sesetengah oven ada button kipas).

✔Tetapi jika tidak boleh memilih untuk menutupnya (tiada button kipas) adalah lebih baik jika hampa kurangkan sedikit masa membakar kek itu.

Contohnya, jika kek itu memerlukan masa 45 minit untuk membakarnya di ketuhar biasa,kurangkan masanya dalam 5 minit lebih awal jika hampa menggunakan ketuhar yang ada kipas ini supaya keknya tidak kering sangat.

3. Oven microwave (Microwave Oven)

✔Ketuhar jenis ini adalah seperti ketuhar
“2 IN 1” iaitu, ianya boleh di gunakan untuk fungsi “microwave” dan juga untuk membakar biskut, brownie atau kek-kek cawan. Ketuhar begini sesuai bagi mereka yang jarang membuat kek yang besar. Jika membakar kek yang agak besar, ada kalanya bahagian tengah kek tidak masak dengan betul.

✔Selalunya, kita lebih menggunakan fungsi microwavenya sahaja. Jadi bagi mereka yang suka membakar roti, pastry dan kek-kek perayaan, jenis ketuhar sebegini mungkin kurang sesuai dan kek-kek yang di bakar di microwave oven sebegini selalunya kelihatan agak pucat dan padat (dense).

📌 FUNGSI-FUNGSI OVEN

1. Top and Bottom Heat

♨Ini cukup sesuai untuk membakar semua jenis kek, biskut pastry dan roti. Jika kita membakar kek yang agak besar sedikit, kita harus meletakan kek itu di rack agak bawah sedikit (lower rack to avoid top part of cake burnt) tetapi jika membakar roti dan pastry, lebih sesuai jika kita meletakkannya di rack tengah sahaja.

2. Top Heat Only

♨Ramai yang keliru apabila melihat fungsi ini. Mereka sangkakan yang Top Heat sesuai untuk membakar kek lapis! Sebenarnya Top Heat ini lebih sesuai di gunakan apabila kita membakar cheesecake. Jika digunakan untuk membakar kek lapis, nanti kek lapis itu akan menjadi terlalu kering dan adakalanya garing.

3. Bottom Heat Only

♨Fungsi Bottom Heat ini cukup sesuai jika kita ingin menggaringkan roti yang berinti seperti pizza. Adakalanya, inti pizza itu sudah masak tetapi bahagian bawah rotinya pula masih kurang garing atau lembab. Di sinilah kita menggunakan fungsi “ bottom heat” ini untuk memasakkan roti itu tanpa mengeringkan dan memasakkan inti pizza yang diatasnya itu.

4. Grill

♨Inilah fungsi utama apabila kita membakar kek lapis. Dengan menggunakan “grill”, setiap lapisan kek lapis kita pasti menjadi dengan cantik dan tidak menjadi kering. Api grill ini juga cukup sesuai jika kita ingin mengaringkan hanya bahagian atas ayam atau daging (grill effect of chicken or roast lamb/ beef) untuk sekejap sahaja.

5. Steam Injection

♨Tidak kesemua ketuhar ada fungsi ini. Fungsi ini cukup sesuai jika kita ingin membakar sesetengah jenis roti seperti roti perancis . Ianya akan menggaringkan dan meranggupkan pemukaan roti itu.

6. Suhu (Temperature)

♨Pastikan anda tahu jenis suhu oven anda untuk mengetahui jenis masakan yang anda lakukan agar ianya tidak menghasilkan rasa hangit atau hangus pada kuih anda semasa proses pembakaran dilakukan. Setiap saiz oven itu mempunyai suhu kepanasan yang berbeza. Dapatkan nasihat daripada pakar penjual sebelum membuat belian terlebih dahulu.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Mudah Bersihkan & Wangikan Microwave Hanya Guna 2 Bahan!
Goreng Tapi Tak Guna Minyak, Ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Ada Air Fryer Di Rumah!

MW: Semoga perkongsian ilmu mengenai oven ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak beli oven baru, atau dah sedia ada oven di rumah, boleh fahamkan fungsi-fungsinya terlebih dahulu sebelum digunakan iya.

Sumber: EasyBakeLab

Published by
Suhaidah Abd Wahab