Sebelum Mula Deko, Buang Dulu Barang Rosak, Semak Mata Memandang

Share

Mak-mak yang sedang mencari idea mendeko itu, boleh cuba 9 tip deko yang dikongsikan Siti Mariam Kamsan ini. Pesannya, sebelum mulakan mendeko, tolong pastikan buang barang rosak atau yang semak di mata terlebih dulu.

Betul juga itu kan, salah satu masalah ramai di kalangan mak-mak ini, sayang betul dengan barang yang ada dalam rumah itu. Walhal tak pakai pun. Jadi, Sediakan satu plastik sampah besar untuk cleankan semua barang yang ‘menyakitkan mata’. Lepas tu dah boleh plan untuk next step.

Kata Siti Mariam, “selepas posting viral, ramai yang minta saya dekokan rumah mereka. Tapi saya tak sedia lagi. Jadi, saya nak share tips deko ini untuk mereka yang memerlukan.”

Jom semak infonya ya. Lebih mudah, sebab disertakan gambar untuk pemahaman yang lebih jelas.

9 Tips Deko Untuk Anda, Jangan Lupa Buang Barang Rosak

Pening kepala nak mulakan deko? Nah! 9 tips deko untuk anda.

1) PILIH STYLE

Ok korang boleh start google style apa yang korang suka untuk rumah korang. Tak tahu nak pilih style apa? Korang boleh google je. TAIP – STYLE DECORATION.

Yang kat gambar ni style Scandinavian.

Nanti melambak keluar . Antaranya style yang IN sekarang

  • Modern
  • Nordic
  • Scandinavian
  • English
  • Industrial

Dan macam-macam lagi. Pilihlah yang cantik di mata korang. Lagi ringkas,lagi simple, lagi sedap mata memandang.

2) PEMILIHAN LANTAI

Untuk deco nampak lagi wow, pemilihan lantai sangat penting. Untuk yang save badjet macam aku, memang pakai tikar getah pilih warna kayu macam ni.

Kalau korang ada badjet, boleh pilih viynl. Yang memang tak nak tukar apa-apa nak kekalkan mozek yang ada pun tak apa. Nanti karpet boleh jadi penyeri lantai korang.

3) WARNA

Pastikan warna yang dipilih tidak melebihi dari 2 warna gaiss! Kalau lebih memang jadi carca marba. Untuk ruang rumah yang kecil, boleh pilih warna putih untuk nampak effect besar pada rumah kita.

4) LAMPU

Lampu sangat main peranan. Untuk decoratioan ruang tamu, gunakan lampu warna KUNING. Korang pernah pergi IKEA. Rasa syok kan tengok deco dalam tu? Rahsia dia hanya guna lampu kuning bagi naikkan mood romantic dalam sesuatu ruang .

Lampu putih digunakan dalam toilet dan ruang dapur. Tapi untuk kita yang dah biasa guna lampu putih tu, jangan dibuang lampu tu. Just add on lampu kuning.

Bila ada tetamu baru pasang lampu kuning tu.

Yang ini lampu untuk picture wall ya! Kompem rumah korang nampak macam hotel or studio!

5) PICTURE WALL

Pastikan ada satu sudut PICTURE WALL yang korang kena pilih untuk rumah korang.

Cara tepat untuk pemilihan picture wall , korang bukak pintu rumah je, terus nampak dindind pertama. So itulah picture wall untuk rumah korang.

Pemilihan cat untuk picture wall sepatutnya dicat warna lebih gelap sedikit dari warna dinding yang lain. Lampu kuning juga digunakan untuk ruang picture wall . Memang boom rumah korang!

Walaupun kuarters tetap nak hias cantik-cantik, 2 minggu make over dapur bajet.

6) PERABOT

Pemilihan perabot berdasarkan style apa yang korang pilih. Selarikan dengan badjet korang. Kalau sabar, boleh beli online. Kalau nak puas hati , pergi kedai perabot.

7) SOFT FINISHING

Tips nak warna langsir , ikut sahaja warna dinding picture wall rumah korang. Kalau nak rumah nampak modern pilih langsir plain sahaja. Tak perlu bunga-bunga atau corak. Tapi ikut citarasa masing-masing.

Karpet juga dipilih berdasarkan pemilihan style. Karpet jenis geomatrik memberi effect ruang nampak lagi besar dalam rumah kita.

Pilihlah bantal yang comel untuk ruang tamu rumah anda.

DECO EKSOSARI

Daun besar diletakkan pada sudut spot ruang makan atau pun di picture wall rumah anda. Cari hotspot yang boleh orang nampak terus pokok ni.

9) FRESH FLOWER/ ARTIFICIAL FLOWER

Last sekali , Korang yang jenis suka menanam letak lah fresh flower dalam rumah. Kalau macam aku ni malas, carilah kat Ikea pokok ros ni. Pasu cari yang kilat ya.

Info asal di sini : Bukan pakar deco, Siti Mariam Kamsan

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Published by
Netty Ah Hiyer