Virus Influenza cukup mudah berjangkit melalui persekitaran. Menjadi tanggungjawab kita mengamalkan kebersihan diri untuk mengelak daripada dijangkiti mahupun menyebarkan virus ini.Lebih-lebih lagi tempat yang berisiko untuk mendapat jangkitan ini seperti di klinik dan hospital. Oleh itu, pastikan sebelum masuk ke tempat berisiko seperti ini, sekurang-kurangnya kena pakai face mask mahupun topeng muka.

Baca perkongsian Puan Maryam Jamadi ini.

Setelah telefon berbelas klinik 2 hari lepas, akhirnya ada juga klinik yang masih ada stok vaksin influenza. Itu pun hanya tinggal beberapa sahaja, “siapa cepat dia dapat” katanya.

Dalam banyak-banyak tempat sebenarnya tempat yang paling saya takut dengan risiko jangkitan adalah klinik/hospital. Jadi, sebelum masuk sekurang-kurangnya kena pakai face mask memandangkan kes influenza sedang tersebar. Anak umur 3 tahun pun saya pakaikan face mask.

Pakai Face Mask

Bila masuk sahaja klinik, ada kanak-kanak anggaran darjah 3-4 terbatuk-batuk dan bersin di depan kaunter pendaftaran. Terdetik dalam hati, “Nasib baik sebelum masuk dah pakai face mask” sebab kanak-kanak itu tak pakai face mask malah tak ada effort pun nak tutup pun mulut masa batuk.

Lepas dah dapat shot vaksin influenza, sempat saya bertanya tentang kes influenza. Rupanya kanak-kanak yang terbatuk di depan kaunter tadi merupakan pesakit influenza. Terdetik lagi dalam hati “Nasib baik pakaikan anak face mask”. Fuhh.

Keluar sahaja klinik, terus saya lap tangan pakai antibacterial wet wipes. Balik rumah terus mandikan anak sebab doktor kata walaupun dah ambil vaksin, ambil masa 7-21 hari baru ada immunity terhadap influenza.

Ads

Virus influenza akan hidup di permukaan selama 24 jam. Maksudnya walaupun kita tak ada hubungan kontak secara terus dengan pesakit influenza, tapi boleh juga terjangkit bila kita pegang permukaan yang ada virus masih hidup. (tombol pintu, menu makanan, tempat pegang escalator, hos tandas, mainan dll). Boleh baca lebih lanjut disini.

Sebab itu, anak duduk rumah tak keluar pun boleh terkena jangkitan kalau contoh mak ayah balik kerja dengan baju yang terkena virus influenza terus peluk anak atau baring di tilam/sofa.

Bersihkan Diri Baru Jumpa Anak

Saya memang ada trauma terhadap jangkitan-jangkitan penyakit akibat pernah terkena jangkitan semasa melakukan terapi. Apabila kita bekerja dengan manusia, risiko terkena jangkitan memang tinggi walaupun langkah pencegahan telah dilakukan.

Ads

Selalunya kalau balik kerja jumpa anak mesti rasa nak salam dan peluk anak, tapi saya tidak. Balik rumah terus meluru ke tandas, bersihkan diri baru jumpa anak. Sekurang-kurangnya basuh tangan bersih-bersih dan tukar baju. Risau perkara sama berulang.

Berusaha dahulu baru tawakkal. Kalau Allah kata kena, kenalah tapi sekurang-kurangnya kita dah lakukan apa yang termampu.

Perkara Perlu Dilakukan:

Bagi yang sudah pun terjangkit, mohon sangat untuk:

Ads

– Kuarantinkan diri sehingga 100% sembuh.
– Pakai face mask jika terpaksa keluar ke klinik/hospital.
– Pakai juga face mask dan kuarantin dalam bilik di rumah untuk elakkan orang lain di dalam rumah terjangkit sama.
– Bersihkan rumah secara menyeluruh bila dah sembuh (tukar berus gigi, basuh cadar sarung bantal dll).

Semoga cepat sembuh!

Baca Lagi Disini:Ibu Ini Kongsi Panduan Jaga Anak Terkena Demam Influenza, Sehingga Sembuh

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tingkatkan tahap kebersihan diri di rumah, kurangkan berada di tempat umum dan pakailah face mask atau topeng muka sebagai langkah pencegahan ketika berada di tempat yang berisiko untuk mendapat jangkitan. Paling penting jika telah dijangkiti virus ini, kuarantinlah di rumah sehingga sembuh.

Sumber: Maryam Jamadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI