Sudahlah suami berbahagia dengan perempuan lain, isteri pula jadi mangsa. Terpaksa berkorban wang ringgit untuk suami nikmati saat bahagia dengan orang lain.
Aduh! Seksa jiwa raga nak memahami suami jenis aniaya isteri ini.
Wahai suami, hadam perkongsian Puan Marlia Ramli ini. Janganlah kerana kaca yang kau sangka intan itu, sanggup kau lepaskan bidadari sebenar yang ada di depan mata.
1 – Isteri.. Bila suami mahu pinjam wang, buat hitam putih. Berapa jumlah pinjaman? Bila dipinjam? Mahu dipinjam untuk tujuan apa? Bayaran baliknya bagaimana?
2 – Bahaya weeeii… Ingatkan suami nak pinjam untuk mengembangkan harta, rupanya untuk mengembangkan umat pula. #apeni?
3 – Jangan salah faham.. Ini bukan status menolak poligami. Ini status menolak penipuan terhadap isteri.
4 – Simple je. Kalau diberitahu.. Sayangggg… pinjamkan abang RM500,000 nak kawin satu lagi? Agak-agak isteri nak bagi?
5 – Jika kita bercita-cita besar, hati perlu berani. Bukan tipu isteri lagi dan lagi. Isteri kecewa bang… Alang-alang gagah tahap hulubalang, biar berani untuk berterus terang.
6 – Rasa nak kawen lagi, pandang cermin sampai retak hingga kita menginsafi diri. Tulis jumlah kekayaan masa hari pertama hingga hari wajah isteri mula berkedut di muka.
8 – Tulis juga senarai berapa titik peluh dan airmata isteri melahirkan zuriat dan mengorbankan usia muda dia
? Isteri tak sempurna, tapi kitapun bukanlah Shah Rukh Khan mana..Nak kaya tahap Dato Alif pun jauh lagi! Nak capai tahap berpengetahuan agama level Ustaz Ebit Liew pun tak tahu bila!
7 – Boroi tak apa bang.. Tapi biarlah semakin hari semakin ditambah solat Dhuha dan solat taubat sepertiga malamnya. Buruk weiiii bila miang keladi. Semakin tua semakin di ingat keinginan hati muda semata-mata.
8 – Akak faham. Kebanyakan suami suka jika berpeluang dan mampu menambah isteri. Jika layak, silakan saja, tapi jangan hingga mengkhianati kepercayaan isteri yang sedia ada.
9 – Fikir masak-masak. Mahu menambah wanita atau menambah bekalan akhirat sana? Mana lebih utama pada saat bertambah bilangan usia?
10 –Jangan kerana nikmat dunia yang sementara
, kita sanggup melepaskan BIDADARI SEBENAR DI ALAM SANA.Salam sayang sentiasa.
MW : Wahai suami, kalau rasa isteri itu tak lagi memahami, lihatlah kembali diri mu sendiri. Adakah kau sudah menjadi suami prihatin yang menyediakan setiap keperluan anak isteri tanpa culas. Jika belum.. pandanglah cermin tu sampai retak.. hingga kau benar-benar insaf.
Sumber/Foto : Marlia Ramli
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.