‘Sebelum Keluar Kemas Dulu..’ Walau Tinggal Rumah Atas Air Tetap Bersih

Cerita deko rumah atas air yang didiami Mariyah Ghazali dan suami, Mokhtar Taib seharusnya menyuntik inspirasi kepada para suri. Biarpun cuma menetap di rumah atas air milik ayah mentua, suami isteri ini tetap menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan kediamannya.

Rumah kayu atas air berkeluasan seperti sebuah bilik yang luas ini dibina di atas sangkar ikan. Walaupun serba sederhana, kekemasan dan kebersihan rumah itulah yang menarik perhatian orang ramai.

‘Sebelum Keluar Kemas Dulu..’ Walau Tinggal Rumah Atas Air Tetap Bersih

Betapa pemiliknya begitu menjaga setiap ruang dengan bersih. Rupanya inilah prinsip yang dipegang oleh suami isteri ini.

Katanya, “hidup ini jangan banding dengan orang lain. Cara bahagia masing-masing. Yang penting, selesa dan tenang.”

Sebab itulah, pasangan suami isteri ini tetap merasa bahagia walaupun serba sederhana, tak mewah. Malah barangan dalam rumahnya yang kemas itu pun dibeli dari kedai Eco yang mana harga setiap barang cuma RM2.10. Dan ada juga yang dibuat sendiri.

‘Sebelum Keluar Kemas Dulu..’ Walau Tinggal Rumah Atas Air Tetap Bersih

IKLAN

Tip Rumah Selalu Kemas

Maklum Mariyah lagi, “ramai tanya saya, ini rumah saya ke? Rumah sangkar ini ayah mentua punya. Kami tak ada rumah lagi. Kami tumpang dia sebab kami ada bela ikan jugak. Sangkar ini pun bukan saya punya, hak ayah punya.

InshaAllah ada rezeki kami nak buat juga untuk sendiri. Jadi, dah alang-alang saya duduk situ, 24 jam saya buat kemas la yang mana patut untuk senang nak duduk. Tu ja.”

‘Sebelum Keluar Kemas Dulu..’ Walau Tinggal Rumah Atas Air Tetap Bersih

Katanya lagi, “cara saya, kalau nak keluar pi mana-mana, kena kemas rumah dulu. Baru kita jalan. Dan kemas la selalu, jangan tunggu orang nak datang baru kemas.

Islam ajar kita selalu bersih. Wajib kena ikut. Tak kira tempat mana kita tinggal dan keadaan macam mana pun. Letaklah dalam hati selalu bersih. Buat amal pun tak rasa was-was.”

Agar Dekat Dengan Suami, Isteri Pilih Rumah Atas Air

Menurut Mokhtar pula, rumah sangkar itu sudah dibina sejak 12 tahun lalu selepas bapanya mengusahakan penternakan ikan siakap. Sekitar tahun 2018, dia ambil alih perniagaan bapa.

Sebelum ini mereka, tinggal di Alor Setar dan berniaga pasar malam. Bila bapa minta sambung usaha menternak ikan, dia pun berpindah ke rumah itu. Dah dia tahun dia dan isteri menetap di situ.

Bukan tak nak cari rumah sewa, tapi isteri kata lebih mudah tinggal dekat rumah tu. Dekat pun dekat, tak adalah jauh dari isteri dan anak sepanjang bekerja itu.

‘Sebelum Keluar Kemas Dulu..’ Walau Tinggal Rumah Atas Air Tetap Bersih

Sebagai suami, sudah semestinya saya mahu yang terbaik dan nak bahagiakan isteri dan keluarga. Jadi, saya ikutkan saja. Sejak itulah, isteri mula menghias rumah dengan kemas dan bersih.

Alhamdulillah, rumah saya ada mesin basuh baju, peti sejuk dan keperluan asas lain.” Akuinya lagi, rumahnya juga ada bilik air. Cuma bilik itu hanya dipasang tirai kerana rumahnya kecil saja bak sebuah bilik.

Hiasan Dalaman Rumah Sangkar, Kemas Tersusun Cantik

MW : Begitulah.. apabila BERSYUKUR dengan apa jua nikmat rezeki yang tuhan berikan, insyaAllah hati akan tenang, lapang malah rezeki makin datang bak air mengalir.

Baca sini : Rutin arwah mak kemas rumah, bukan soal kemas, bersih semata-mata.

Sumber/Foto : Mariyah Ghazali, Gempak