Cerita deko rumah atas air yang didiami Mariyah Ghazali dan suami, Mokhtar Taib seharusnya menyuntik inspirasi kepada para suri. Biarpun cuma menetap di rumah atas air milik ayah mentua, suami isteri ini tetap menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan kediamannya.
Rumah kayu atas air berkeluasan seperti sebuah bilik yang luas ini dibina di atas sangkar ikan. Walaupun serba sederhana, kekemasan dan kebersihan rumah itulah yang menarik perhatian orang ramai.
Betapa pemiliknya begitu menjaga setiap ruang dengan bersih. Rupanya inilah prinsip yang dipegang oleh suami isteri ini.
Katanya, “hidup ini jangan banding dengan orang lain. Cara bahagia masing-masing. Yang penting, selesa dan tenang.”
Sebab itulah, pasangan suami isteri ini tetap merasa bahagia walaupun serba sederhana, tak mewah. Malah barangan dalam rumahnya yang kemas itu pun dibeli dari kedai Eco yang mana harga setiap barang cuma RM2.10. Dan ada juga yang dibuat sendiri.
Ads
Tip Rumah Selalu Kemas
Maklum Mariyah lagi, “ramai tanya saya, ini rumah saya ke? Rumah sangkar ini ayah mentua punya. Kami tak ada rumah lagi. Kami tumpang dia sebab kami ada bela ikan jugak. Sangkar ini pun bukan saya punya, hak ayah punya.
InshaAllah ada rezeki kami nak buat juga untuk sendiri. Jadi, dah alang-alang saya duduk situ, 24 jam saya buat kemas la yang mana patut untuk senang nak duduk. Tu ja.”
Katanya lagi, “cara saya, kalau nak keluar pi mana-mana, kena kemas rumah dulu. Baru kita jalan. Dan kemas la selalu, jangan tunggu orang nak datang baru kemas.
Ads
Islam ajar kita selalu bersih. Wajib kena ikut. Tak kira tempat mana kita tinggal dan keadaan macam mana pun. Letaklah dalam hati selalu bersih. Buat amal pun tak rasa was-was.”
Agar Dekat Dengan Suami, Isteri Pilih Rumah Atas Air
Menurut Mokhtar pula, rumah sangkar itu sudah dibina sejak 12 tahun lalu selepas bapanya mengusahakan penternakan ikan siakap. Sekitar tahun 2018, dia ambil alih perniagaan bapa.
Sebelum ini mereka, tinggal di Alor Setar dan berniaga pasar malam. Bila bapa minta sambung usaha menternak ikan, dia pun berpindah ke rumah itu. Dah dia tahun dia dan isteri menetap di situ.
Bukan tak nak cari rumah sewa, tapi isteri kata lebih mudah tinggal dekat rumah tu. Dekat pun dekat, tak adalah jauh dari isteri dan anak sepanjang bekerja itu.
Ads
“Sebagai suami, sudah semestinya saya mahu yang terbaik dan nak bahagiakan isteri dan keluarga. Jadi, saya ikutkan saja. Sejak itulah, isteri mula menghias rumah dengan kemas dan bersih.
Alhamdulillah, rumah saya ada mesin basuh baju, peti sejuk dan keperluan asas lain.” Akuinya lagi, rumahnya juga ada bilik air. Cuma bilik itu hanya dipasang tirai kerana rumahnya kecil saja bak sebuah bilik.
Hiasan Dalaman Rumah Sangkar, Kemas Tersusun Cantik
MW : Begitulah.. apabila BERSYUKUR dengan apa jua nikmat rezeki yang tuhan berikan, insyaAllah hati akan tenang, lapang malah rezeki makin datang bak air mengalir.
Elok sangatlah suburkan amalan bersedekah terutama di hari Jumaat. Tak kisahlah pada mak ayah, nenek atuk, anak-anak mahupun makcik pakcik yang ada di sekeliling kita. Berkat sedekah duit ringgit atau apa saja itu nanti kita juga yang rasa.
Formula sedekah itu sejak dari dulu lagi tak pernah berubah. Satu kau sedekah, Sepuluh Allah beri semula dekat kita. Tapi ada lagi yang rugi tak ambil peluang.
“Ni sajalah nak nasihat kat muda mudi generasi XY budak-budak hipsters la ni… kalau time ghaya ni, buat yang dah bekerja dah ada gaji… duit raya sediakan jugaklah kat orang-orang tua makcik pakcik kita.”
Jangan Dok Kata Tak Dak Duit.. Tak Cukup Duit
Pesannya lagi, ketika menghulur sumbangan raya itu, janganlah cuma beri pada mak ayah semata. Jika ke rumah orang-orang lebih tua hulurlah mana mampunya untuk mereka. Lagi-lagi orang-orang tua yang dah tak mampu bekerja ni.
“Janganlah dok harap depa nak bagi kat kita lagi… la ni turn kita pulak yang bagi balik kat depa… sebab masa kita kecik, depa dok tanggung kita bagi macam-macam walaupun bukan mak pak kita.. apa salahnya bagi duit raya… bukan banyak pun.”
“Sebab depa la ni dah tua mana larat nak kerja… ini semua berkat jugak untuk masa depan kita.. sat gi depa doakan untuk kita jugak.. jangan dok pikiaq mak pak masing-masing ja.. mak sedara pak sedara pun fikirkan juga naa… yang budak-budak tu sekurang-kurangnya ada makpak lagi yang bekerja,”
“Jangan dok kata tak dak duit tak cukup duit… macam mana nak ada duit kalau 10 hinggit pun berkira.” Tulis Azrinaz yang semakin berseri-seri selepas mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.
Sebagaimana yang dikongsikan @salimahabibi melalui hantaran video suaminya, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pemberian duit raya yang dilakukan di Malaysia ini bukanlah diambil dari budaya bukan Islam. Malah perbuatan ini telah diamalkan para ulama’ zaman berzaman.
“Kita betulkan pandangan semula tentang duit raya yang kita bagi pada Hari Raya. Ada yang sebarkan bahawa ia adalah ditiru daripada budaya ang pau dari masyarakat Cina, sedangkan sebelum itu lagi ia telah diamalkan para masyaikh.”
“Niat sunnah. Niat sedekah dapat pahala.”
MW : Jom gandakan pahala kita terutama di hari Jumaat bulan Syawal penuh barakah. Bersedekah dengan penuh keikhlasan.
42 jam bertarung nyawa, Balkisyh selamat lahirkan bayi lelaki. Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan dan suami Mohd Nazri Zakaria yang telah menyambut kehadiran cahaya mata.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram, Balkisyh berasa bersyukur selepas bertarung nyawa 42 jam bayi lelakinya selamat menjengah dunia.
42 Jam Bertarung Nyawa
Menerusi entri di akaun Instagramnya, Balkisyh juga telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang bayi.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan “Baby Boy” pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” tulis Balkisyh.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 42 jam sebelum bayi dilahirkan namun Balkisyh berasa sangat teruja apabila melihat wajah si comel yang dinanti-nantikan. Ternyata pengorbanan seorang ibu dalam tempoh proses bersalin begitu murni.
“Tahniah kak! Ya Allah comel”
Malah menerusi ruangan komen rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam hidup Balkisyh
Bagi anak-anak felda,mesti pernah makan kuih yang penuh nostalgia ini.Rasa Bingka Sawit yang lemak manis, baunya yang sedap apatah lagi dinikmati ketika panas-panas, memang cukup membuka selera. Bahagian yang ‘paling mahal’ semestinya, kerak-kerak yang garing disekeliling bingka sawit ini. Mak-mak yang pernah menikmati kuih ini dulu, jom cuba buat sendiri,bagi mengimbau kembali memori manis dengan kuih ini.
Bahan-Bahan:
1cawan pati sawit (20 ulas/ 500 gram buah sawit)
1 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 sdu teh esen vanilla
Sedikit bijan
Cara Membuat:
1.Basuh bersih buah kelapa sawit dan buang bahagian pangkal serta hujungnya.
2.Kemudian rebus buah sawit tersebut sehingga empuk lebih kurang dalam 1 jam.
3.Setelah empuk, buang air rebusan kemudian campurkan dengan 1 cawan air suam untuk mudah diramas dan diperah.
4.Kemudian, tapis untuk mendapatkan 1 cawan pati sawit.
5.Campurkan semua bahan-bahan,gula,tepung gandum,telur,esen vanilla dan garam kecuali bijan.
6.Kacau rata dan sebati, kemudian tapiskan adunan.
7.Sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan bingka, kemudian masukkan adunan tadi dan taburkan dengan bijan diatasnya.
8.Bakar pada suhu 200 selama 1 jam guna api bawah.Kemudian tambah 10 minit untuk api atas. Namun bergantung pada oven masing-masing.