‘Sebelum kahwin, ke mana pasti keluarga hantar.’ Selepas nikah, kecil hati suami suruh berdikari, disuruhnya ambil lesen agar mudah hendak ke mana-mana.
Padahal tindakan suami itu betul kerana mahu isterinya lebih berdikari dan dirinya tidak risau bila terpaksa berjauhan dengan isteri kerana tugas atau sebagainya.
Begitulah perkongsian Puan Farizal Radzali tentang pentingnya untuk wanita berdikari. Bukan untuk orang, sebaliknya berdikari untuk diri sendiri di masa depan.
Artikel Berkaitan : Biarkan Isteri Berdikari, Jangan Sampai Hilang Rasa Keperluan Suami Dalam Rumah Tangga
Saya mempunyai 3 adik lelaki dan abah yang baik. Sebelum berkahwin, nak ke mana-mana ada saja orang akan bawakan. Saya tak perlu risau kalau tak pandai bawa kereta atau motor sendiri.
Kalau naik bas sekalipun, dekat bus stop sudah ada yang menunggu untuk bawa saya balik sampai rumah dengan selamat.
Tapi, lepas berkahwin, suami suruh saya ambil lesen motor dan kereta. Katanya saya kena berdikari, nanti senang nak ke sana sini. Masa tu, saya kecil hati.
Saya rasa adik-adik dan ayah saya lebih sayangkan saya, sebab itu mereka boleh bawa saya ke mana saya hendak pergi. Tapi bila dengan suami, dia suruh saya ambil lesen pula. Terus fikir betullah kata orang, kasih ayah tak akan sama dengan kasih suami.
Bila usia makin meningkat, adik-adik pun sudah ada keluarga sendiri, abah pula semakin tua, masa ni saya rasa berterima kasih kepada suami saya yang menyuruh saya ambil lesen.
Tak selamanya kita boleh mengharap kepada orang lain untuk membantu kita. Tak kiralah adik beradik, ibu ayah, hatta suami sendiri sekalipun. Pada akhirnya, kita perlu berdikari walau untuk perkara yang kecil.
Baca Di Sini:
Pasangan Tinggal Berasingan, Suami Jangan Ambil Mudah Bila Isteri Mampu Berdikari!
Suami JANGAN BANGGA Kalau Isteri Berdikari, Ada Sebabnya Dia Uruskan Sendiri, Hati-Hati!
Tak Salah Isteri Berdikari Tetapi Jangan Sampai Suami Rasa Semua Dah Jadi ‘Senang’
Kalaulah saya berdegil dengan rasa kecil hati dekat suami dulu, mungkin saya belum ada lesen kereta motor sekarang ini. Atau mungkin sudah tua baru hendak ambil lesen, baru terkial-kial hendak belajar bawa kenderaan. Sudahlah harga makin mahal.
Bukannya encik suami itu tak boleh bawa ke sana sini, tapi rupanya dia sudah fikir lebih jauh. Dia tak akan selalu ada untuk saya. Adik-adik tak akan terus menerus boleh bawa saya ke mana-mana.
Lesen kereta motor ini cuma contoh ilmu yang perlu ada. Apa yang cuba saya sampaikan buat para wanita ialah belajarlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita sendiri. Bukan hendak tunjuk pandai atau untuk rasa gah, tapi ianya boleh digunakan pada masa yang diperlukan.
Sekarang sudah tak macam dulu. Wanita di rumah, suami keluar. Walau suri rumah sekalipun, walau semua ditanggung suami sekalipun, belajarlah sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita. Percayalah, kita akan bersyukur satu hati nanti kerana kita tahu sesuatu.
Walau siapa pun orang-orang di keliling kita, akhirnya kita perlu menjaga diri sendiri. Baik buruk kita, adalah dari diri sendiri. Hatta, di dalam kubur nanti pun kita sendiri. Belajarlah walau sejengkal ilmu. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.
Farizal Radzali
Mingguan Wanita : Kadang-kadang kita perlu belajar sesuatu dan keluar daripada keselesaan. Belajarlah sesuatu untuk manfaat sendiri.
Sumber : Puan Farizal Radzali
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.