Dalam perkahwinan ini bukan susah nak bahagiakan isteri atau pasangan. Jika sebelum kahwin boleh layan pasangan bersungguh, lepas kahwin apa salahnya ambil hati dan bahagiakan isteri.
Sebagaimana sebelum ini sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hati yang belum ada apa-apa ikatan, dan kini setelah bernikah dan mempunyai keluarga adalah sangat membahagiakan jika suami terus-terusan mengambil hati isteri.
Rumah tangga tentu sahaja bahagia, jika pasagan atau suami tidak berkira melakukan sesuatu yang membuatkan hati isteri berbunga. Ikuti perkongsian Tuan Akhtar Syamir dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
“Tak kejut sayang pun” sapa si isteri dari pintu bilik tidur sewaktu saya dan Jasmine sedang bersahur.
Saya cakap, “Kenapa nak kejut, you kan tak boleh puasa?”
Masa itu jam sudah pukul 520 pagi. Saya bangun pukul 5 pagi lagi panaskan lebihan sate yang dibeli semalam. Jasmine, saya gorengkan nasi dengan mentega dan banjirkan dengan telur dadar 2 biji. Dia tak kuat makan tapi suka telur. Tabur sikit pepper (lada) dan bon chilli. Licin pinggan dia makan.
Saya kalau boleh tak nak langsung isteri terjaga. Tapi Si Daisy pula bangun dan sambung tidur dalam bilik dengan mamanya dari bilik dia dan kakak.
Melihatkan kami sudah nak habis sahur, isteri saya pun masuk tidur semula. Nampak seronok pada wajah dia bila terjaga sejuk-sejuk tapi dapat tidur balik. Tak perlu dah nak panaskan lauk dan sediakan sahur.
Selesai sahur, Jasmine masuk tidur semula sebentar sementara tunggu pukul 6 pagi, dia kena bangun dan mandi untuk ke sekolah. Tinggallah saya menikmati sate sambil merenung kuih tepung pelita ni.
Baca Juga Di sini:
Bila Bahagiakan Isteri, Allah Akan Lancarkan Rezeki & Mudahkan Urusan Suami
Tak Jatuh Maruah Suami Buat Kerja Rumah, Suami Pun Nak Pahala Bahagiakan Isteri
Bahagiakan Isteri Sedekah Terbaik Seorang Suami, Yang Paling Besar Pahalanya!
Teringat petang semalam. Lepas temankan dia dan Jasmine ke Watson, kami jalan-jalan cari kerepek tempe dan juadah berbuka tepi jalan.
Malas nak bersesak di bazar. Ingat tadi nak beli barang dapur. Tapi tak sempat dan hujan turun dengan lebat pula.
Masa sebelum hujan, dalam perjalanan hendak balik itu, isteri saya cakap nak tepung pelita. Tahun ini tak merasa lagi katanya. Tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
Nampak ada gerai jual tepung pelita dekat tepi jalan. Lebat sungguh hujan. Kalau pakai payung pun memang kuyup ini sebab angin pun kuat.
Dia cakap tak apa, tak perlu beli. Lain kali boleh. Saya berkeras juga nak belikan. Dia siap offer hendak keluar. Saya tak bagi. Saya cakap “You punya pasal, tak ape”.
Bukak saja pintu, terus buka payung. Memang sah. Basah habis. Hujan lebat campur angin kuat memang basah kuyuplah. Kasihan juga pada adik jual tepung pelita dapat duit basah.
Masuk saja kereta, dengan dia-dia basah sebab terpaksa ambil payung yang basah. Hahaha…
Bila fikir-fikir balik. Benda simple saja. Memanglah macam leceh sikit sebab basah. Tapi kalau dulu masa sebelum kahwin boleh buat macam-macam untuk dia.
Nak ambil hati pada masa itu. Tak akan setelah 11 tahun kahwin tak boleh ambil hati dia lagi?
Padahal dulu sebelum kahwin belum ada apa-apa pengorbanan pun dari dia. Layan bersungguh-sungguh.
Lepas kahwin, dengan melahirkan zuriatnya, memudahkan urusan di rumah, menjaga anak, menggembirakan hati dan sebagainya, setakat basah sebab beli tepung pelita ni umpama sebutir pasir di pantai saja. Betul tak?
Ambil hati sebelum kahwin tu sweet. Ambil hati selepas kahwin tu sangat membahagiakan.
Sekadar berkongsi kegembiraan. Semoga mendetikkan sesuatu yang baik.
BroOhsem
MW: Bertuah rasanya memiliki pasangan yang pandai ambil hati. Tak perlukan usaha yang banyak, lakukan perkara-perkara kecil juga mampu membahagiakan isteri. Betul tak?
Sumber: BroOhsem Akhtar Syamir
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial