Pengalaman berada di dewan pembedahan memang cukup mendebarkan. Tak kiralah apa juga prosedur yang dilakukan baik pembedahan kecil mahupun pembedahan besar yang penuh risiko. Bagi mak-mak pengalaman masuk bilik bedah untuk bersalin, pastinya memori yang tak dapat dilupakan. Perjuangan mempertaruhkan nyawa sendiri demi melahirkan zuriat tersayang. Pelbagai usaha, doa dan harapan dipinta semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yang akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) atau pembedahan ginekologi pada keesokkan hari;
Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Mintak bantuan dari Allah. Mintak jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan takkan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini.
Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dengan kita. Semua urusan akan mudah.
Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada?
Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa kol 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada plak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Macam mana nak buat operation ?
Barang-barang peribadi yang berharga serahkan pada keluarga, jangan tinggalkan dalam wad. Pape pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara. Jangan eksen dan jangan degil. Kalau degil, misi-misi meluat dengan korang. Meluat tu pun kira doa tau. Dorang maybe tak tunjuk kat korang, tapi hati orang, takda siapa tahu.
Last, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya saya ler doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Takde lah pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yang akan buat operation kan?
Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan.
Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.
Baca Lagi Di Sini:
Rahim Pecah Antara Risiko Bersalin Normal Selepas Ada 1 Pembedahan Caesarean
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak menjalani apa-apa juga prosedur di Dewan Bedah, ingat pesanan yang dikongsikan doktor ini. Semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Sumber: Muhammad Izzat