Pengalaman berada di dewan pembedahan memang cukup mendebarkan. Tak kiralah apa juga prosedur yang dilakukan baik pembedahan kecil mahupun pembedahan besar yang penuh risiko. Bagi mak-mak pengalaman masuk bilik bedah untuk bersalin, pastinya memori yang tak dapat dilupakan. Perjuangan mempertaruhkan nyawa sendiri demi melahirkan zuriat tersayang. Pelbagai usaha, doa dan harapan dipinta semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Perkongsian pesanan Dr Muhammad Izzatini boleh dijadikan panduan bagi mak-mak sebelum masuk ke dewan bedah.
Kebiasaanya ini pesanan-pesanan saya bila buat round malam pada ibu-ibu yang akan menjalani apa-apa prosedur di dewan bedah ( contohnya pembedahan caesar ) atau pembedahan ginekologi pada keesokkan hari;
1.Buat Solat Hajat
Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Mintak bantuan dari Allah. Mintak jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan takkan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah. Bukan pegi kat katil orang lain membawang sana sini.
2. Minta Maaf
Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan ? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dengan kita. Semua urusan akan mudah.
Ads
3.Selesaikan Hutang
Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada?
4.Ikut Peraturan
Kalau doktor dah suruh puasa kol 12 tengah malam, tu follow je. Kalau suruh puasa kol 3 pagi ke 2 pagi pun follow je. Bukannya curi-curi makan bila dia suruh puasa. Ada plak orang suruh puasa dia pegi telan nasi lemak kol 6 pagi. Macam mana nak buat operation ?
5.Jangan Tinggalkan Barang Peribadi
Barang-barang peribadi yang berharga serahkan pada keluarga, jangan tinggalkan dalam wad. Pape pun ikut peraturan. Lain tempat lain cara. Jangan eksen dan jangan degil. Kalau degil, misi-misi meluat dengan korang. Meluat tu pun kira doa tau. Dorang maybe tak tunjuk kat korang, tapi hati orang, takda siapa tahu.
Ads
6.Yakin Dengan Doktor Yang Merawat
Last, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya saya ler doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Takde lah pesakit terpinga-pinga tertanya-tanya doktor mana yang akan buat operation kan?
Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan.
Ads
Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak menjalani apa-apa juga prosedur di Dewan Bedah, ingat pesanan yang dikongsikan doktor ini. Semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Selain menggunakan serbuk perisa tambahan yang kita selalu beli di kedai untuk menyedapkan masakan, sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je guna kulit tomato. Lebih jimat, rasa semulajadi dan asli, malah mudah je nak buatnya.
Halia memang terbukti mempunyai banyak khasiat dan mampu menambah aroma dalam masakan. Rupanya nak tanam halia sendiri di rumah pun senang sangat, hanya perlu siram dua hari sekali dan selepas seminggu dah keluar tunas.Seronok bila dapat dapat tanam dan tuai halia yang kita tanam sendiri. Jimat belanja dapur pun iya.
Boleh ikut cara tanam halia langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan ini.
“Halia salah satu bahan utama dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur.”
“Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat-sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.”
Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia.
2. Kemudian potong potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh.Potong ikut ada mata tunas.
3.Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada.
Racun Kulat boleh dibeli dari nursery jual tanaman atau kedai jual baja.Tak guna racun pun tak apa, cuci tunas bersih bersih, jemur sebentar sebelum ditanam.
4. Kemudian keringkan.
5. Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah.
6.Kambuskannya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.Boleh guna tanah biasa yang dijual kat nursery.
7. Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.
8.Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total).
9.Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda.
Selamat mencuba. Tanam halia ye
Tip Ekstra!
Senang je tanam halia ni. Ada air cuci ikan boleh bagi, cepat gemuk halia nanti.
Menarik sungguh mak-mak yang suka berkebun boleh buat sendiri ‘Yellow Trap’ iaitu perangkap berkesan bagi hama, serangga mahupun lalat buah.
Bukan apa, tanaman yang mula berbuah atau berbuah, memang kerap ‘mengundang’ serangga perosak. Bila buat perangkap sebegini, ia mampu menarik perhatian serangga, sekaligus dapat menyelamatkan tanaman.
Menerusi perkongsian daripada Rumah Kebun Organik yang dikelolakan oleh Tuan Julianto Samosir ini, ada kongsikan cara untuk membuat ‘Yellow Trap’.
Memang mudah hanya gunakan 5 bahan dan sangat berkesan dalam mengatasi masalah tanaman yang rosak akibat hama, serangga, mahupun lalat buah ini.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Botol Plastik
Cat Warna Kuning
Berus
Lidi
Gam/ Pelekat
Cara Membuat:
1. Kacau rata cat kuning terlebih dahulu.
2. Masukkan cat kuning ke dalam botol dan biarkan cat kuning rata di keseluruhan botol. Atau cara kedua, boleh juga cat terus di luar botol dan biarkan ia kering.
3. Kemudian, sapu/ letakkan gam perangkan hama atau serangga ini di sekeliling botol tersebut.
4. Ikat tali pada penutup botol dan gantungkan pada pokok.
Info Ekstra!
Tujuan botol diwarnakan kuning bagi menarik perhatian hama, serangga mahupun lalat buah.
Setiap satu minggu perlu bersihkan botol, bagi membuang hama, serangga dan lalat buah yang melekat. Kemudian boleh sapu gam semula dan digunakan kembali.
Mingguan Wanita:Menarik juga idea buat ‘yellow trap’ ini. Memang berkesan dalam menangani masalah hama, serangga mahupun lalat buah yang sering merosakkan tanaman.
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...