“Sebelum ini mereka normal.” Namun tiba-tiba bangun tidur, tidak boleh berjalan seterusnya lumpuh seluruh badan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu si ibu yang memikul. Tugasnya menguruskan anak-anak yang lumpuh secara tiba-tiba bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan.
Dalam usia sebegini, di saat mengharapkan anak yang telah dewasa menjaga dirinya, berbeza pula kisah ibu ini. Dirinya diuji Tuhan apabila empat anaknya yang selama ini menjadi lumpuh.
Hanya Tuhan tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas, Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf.
Dengan kudratnya tidak seberapa, ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.
Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.
“Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan,” katanya.
Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.
“Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
“Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu,” katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.
Menurutnya, empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.
Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.
“Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.
“Mak cik sudah biasa ‘memekakkan’ telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini,” katanya sambil menahan sebak.
Artikel berkaitan:
Kasih Ibu, Kudrat Usia 84 Tahun ‘Gagah’ Uruskan Anak OKU Terlantar Sakit
Umpama Mengais Sampah Bawah Tikar, Ikutkan Ego Tak Mengaku Anak OKU
Kasihnya Seorang Ibu, Sanggup Belajar Memandu Demi Sekolahkan Anak OKU
Mingguan Wanita : Semoga ibu ini dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk berdepan ujian berat ini. Pastinya ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Sumber: myMetro / BERNAMA
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita