Sebelum Buat Rawatan Braces Di Klinik Kerajaan, Ambil Tahu Waktu Operasinya

Ada mak ayah yang berhajat buat rawatan braces atau pendakap gigi untuk anaknya yang sudah bersekolah. Sayangnya, datang tak ikut waktu operasi yang ditetapkan di Klinik Pergigian Kerajaan.

Sudahnya apabila rawatan tak dapat diteruskan, mak ayah yang tak faham ini marah-marah. Katanya kerugian waktu sebab terpaksa cutikan anak sekolah semata mahu ke klinik gigi.

Kes yang dikongsikan Dr Hanif Suffian ini benar-benar terjadi di klinik tempatnya bekerja. Dan Dr. senaraikan juga info untuk mak ayah yang mahu bawa anak buat rawatan braces di klinik kerajaan.

Adakah Kerana Kami Ini Klinik Kerajaan?

Di tengah hari Jumaat, masa menunjukkan tepat jam 12.15 petang di mana rata-rata ramai sedang bersiap sedia untuk urusan masing-masing.

Datang sepasang ibu dan anak ke klinik.

Ibu : Saya nak tanya berkenaan anak saya, nak buat braces. Klinik tak call saya lagi tuk appointment braces.
Klinik : Last puan datang sini bila ea?
Ibu : Saya tak ingatlah, tengah tahun lepas kot.
Klinik : Sebenarnya sekarang klinik dah tutup puan, takpelah, kami check dulu kad rawatan anak puan. Kami nak 4 digit terakhir IC dan nama anak puan.
Ibu : XXXX & YYYY

Kad rawatan anak puan tersebut diperiksa dan didapati salinan surat rujukan sudah ada di dalam kad rawatan.

IKLAN

Sampai Tarikh Temujanji Pun Expired

Klinik : Puan, surat rujukan ni dah dibuat. Puan tak ambil ke?
Ibu : Eh, entah. Saya tak tahu apa-apa pun.
Klinik : Surat rujukan ni memang dah ada puan, cuma puan yang tak datang dan ambil surat rujukan ni puan. Nie dah lebih 6 bulan puan, tarikh temujanji untuk consultation braces ni dah expired. Kami kena periksa semula mulut anak puan dan buat surat rujukan baru sekiranya keadaan anak gigi memuaskan.
Ibu : Jadi saya kena start balik dari awal la ni?
Klinik : Memang begitu prosedur dia puan, sebab jika keadaan mulut dan gigi anak puan tidak memuaskan, kami tidak boleh rujuk ke doktor pakar.
Ibu : Oklah, saya nak daftar sekarang.
Klinik : Sekarang dah 12.30 puan. Klinik kami tutup jam 12.15 tadi.
Ibu : Anak saya skip sekolah sebab nak datang klinik. Takkan tak boleh buat apa2?
Klinik : Kenapa anak puan skip sekolah? Dan puan datang pun jam 12.15, kenapa tak datang awal pagi sekiranya dia skip sekolah puan?
Ibu : Saya ada banyak lagi urusan lain yang nak kena buat tau.
Klinik : Kalau macam tu kami tak dapat bantu la puan.

Di ruang legar luar klinik, tiba-tiba ibu pesakit bertanya boleh tak datang petang nanti jam 3? Dijawabnya boleh, jam 3 petang.

Tak Boleh Daftar Anak Tanpa Ibu Bapa/Penjaga

Jam menunjukkan 4.30 petang, baru kelibat pesakit kelihatan, tetapi tanpa ibunya.

Klinik : Adik, kami tak boleh daftarkan adik tanpa ibu/bapa atau penjaga, sebab ada dokumen yang perlu ditandatangani. Ibu adik kat mana?
Adik : Dia ada kat luar, ada urusan.
Jam 4.45 petang baru ibu pesakit kelihatan. Setelah diperiksa, didapati terdapat rawatan asas pergigian yang harus dibuat sebelum dirujuk ke doktor pakar dan di review kebersihan mulutnya.
Ibu : Jadi sia-sia la saya datang hari ini?

IKLAN

Sebelum Buat Rawatan Di Klinik Pergigian Kerajaan, Kena Tahu Ini

Untuk pengetahuan tuan/puan, ada beberapa perkara yang mengenai klinik pergigian kerajaan yang harus diketahui :-

1. Waktu operasi klinik pergigian adalah 8 pagi sehingga 5 petang, di mana waktu rehatnya adalah pada jam 1-2 petang (Isnin-Khamis) dan 12.15 – 2.45 petang (Jumaat)

2. Pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah hendaklah ditemani oleh ibu/bapa @ penjaga yang berusia 21 tahun dan ke atas. Kami berhak untuk tidak mendaftarkan anak tuan/puan sekiranya dia adalah bawah umur dan tanpa penjaga, melainkan bagi kes-kes kecemasan.

3. Rujukan untuk braces bukan termasuk dalam kes-kes kecemasan.

IKLAN

4. Sekiranya ingin membuat rawatan braces, keadaan dan kebersihan gigi dan mulut hendaklah di tahap yang excellent. Sekiranya tidak, kami ada hak untuk tidak merujuk anak-anak tuan/puan ke doktor pakar.

5. Surat rujukan untuk braces juga boleh dilakukan di sekolah, tidak semestinya di klinik. Sekolah-sekolah kerajaan wajib dilawati oleh pasukan pergigian bergerak setiap tahun dimana rawatan asas pergigian dan surat rujukan ke doktor pakar dapat dilakukan sama seperti di klinik-klinik kerajaan.

Tidak perlu untuk anak-anak anda skip sekolah bagi mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik.

Kesimpulan : Mohon hormati waktu bekerja di klinik-klinik kerajaan dan jangan nak ungkit atau bandingkan dengan klinik-klinik lain di mana ada staffnya keluar minum makan dan lain-lain.

As far as I am concerned, klinik yang saya bekerja sekarang kami keluar hanya pada masa yang dibolehkan sahaja, melainkan terdapat kecemasan yang tak dapat dielakkan.

P/S : Klinik pergigian UTC mempunyai waktu operasi yang berbeza dengan klinik pergigian di klinik kesihatan kerajaan.

Sumber/Foto : Dr Hanif Mohd Suffian, A dentist, a volunteer, a traveller, and an occasional writer

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI