Fikir anak isteri dulu. Bila dah berkahwin, keutamaan buat suami tentulah isteri dan anak-anak. Mereka inilah yang sanggup susah senang dan terima keadaan diri suami seadanya.
Mungkin ada suami yang tidak sanggup menduakan isteri sebab dia tahu, inilah orang yang sentiasa ada di sisi. Tapi, tak mustahil, bila di duga, suami boleh lupa semua itu. Sanggup bersama dengan orang yang baru kenal dan tidak tahu tujuan sebenar apa yang wanita itu mahu.
Luluh dan sedih bila dengar kisah suami yang sanggup menipu dan tigngalkan isteri semata-mata wanita lain. Perkahwinan yang dibina bukan setahun dua tapi hampir 10 tahun, berbelas tahun dan ada juga berpuluh tahun.
Hanya dijentik dengan kehadiran wanita lain, hati terpaut, segala kebahagiaan yang dibina bersama isteri dan anak-anak terus hilang. Sementelah, bila suami dah ada segalanya, kerjaya dan harta.
Jangan mudah tergoda, fikir anak isteri dulu sebelum nak buat perkara yang boleh menyakitkan hati isteri.
Ads
Perkongsian daripada Atika Latif ini ada benarnya. Jangan sampai isteri tawar hati dan angkat kaki. Masa ini segalanya sudah sia-sia belaka.
Jadi orang lelaki ni kena pegang satu benda. Tak kisah lah agama apa sekali pun. Sebelum buat jahat kena fikir anak isteri dulu.
Sebab bila dah terjadi. Anak isteri bawak diri, memang akan ada satu rasa kehilangan. Mmg akan ada 1 rasa kehilangan . Sebelum kehilangan tak rasa apa sebab gaduh mcm mana pon masih ada anak isteri depan mata. Boleh tatap lagi walaupun tengah perang.
Sampailah satu saat dan ketika, hati seorang isteri hancur dan tawar. Dia akan angkat kaki dan pergi. Masa ni baru lelaki sedar dan tahu tanpa anak dan isteri dia bukan sesiapa. Walaupun dia ada perempuan lain untuk beseronok . Tetap akan rasa rindu anak isteri.
Keseronokan Hanya Sementara
Percayalah . Keseronokan yang anda para lelaki cari sekarang bersifat sementara . Hanya untuk kepuasan diri . Cuba lah tenung muka anak isteri sebelum nak buat hal yang tak baik ..
Apa kurang nya isteri kita? Apa salahnya anak kita ?
Ads
Yang salah adalah diri kita sebab tak mampu nak menahan nafsu diri. Sebab tu kita terjebak dalam hal yang tak sepatutnya.
Aku pesan pada capit .. sebab sifatnya hati kita ni berbolak balik. Mungkin hari ni dia sayang kita sehabis nyawa. Esok lusa tulat mungkin berubah sayang pada perempuan lain
Tapi aku tetap pesan:
“Hafiz Fakhri kalau nak ada perempuan lain, nak sayang perempuan lain, bagitahu jangan berahsia. Sekali menipu selamanya akan jadi penipu “
Ads
Bercinta lah seribu kali, kahwin lah sejuta kali pon, sekali ko dah terbiasa menipu sampai yang bertukar-tukar ke sejuta pon tabiat tu akan sama.
Hanya kita mampu merubah diri kita sendiri, bukan org lain.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Datanglah sejuta wanita sekali pun, ia pasti tak sama dengan isteri seorang.
Kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bermakna apa juga didikan pada anak hendaklah dimulakan dari kecil. Penting bagi mak ayah menambah kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak-anak ini, agar dapat membentuk sikap positif dan keperibadian mereka.
Jika perasan anak-anak kecil cukup mudah ‘buat perangai’, memberontak dan mengamuk bila tidak dapat apa yang diinginkan.Sebenarnya bagaimana mak ayah menangani kerenah anak ini juga, membentuk ‘perangai’ mereka. Anak-anak kecil yang kerap dijerit, dirampas barang-barangnya memberi kesan mudah memberontak dan mengamuk berbanding bila dipujuk, diterangkan dengan baik. Penting mak ayah ambil tahu tips untuk memujuk anak-anak agar mereka mendengar kata dan tak campak barang lagi.
Jemput baca perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai panduan buat mak ayah;
Patutlah anak saya dah pandai campak barang apabila diminta. Rupanya mak saudara di rumah selalu rampas barang dari tangan dia. Perasan tak anak sedang seronok bermain kita rampas,terus dia mengamuk dan menangis.
Rupanya cara kita sangat salah. Merampas barang dari tangan mereka akan develop sifat memberontak.
2 minggu lepas anak saya main penyapu, kakak datang terus rampas penyapu,marah adik. Apa lagi meragamlah dia. Menjerit sekuat hati marah kakak balik. Kebetulan berlaku depan saya.
Saya cakap kakak bagi balik kat adik. Sini abi tunjuk macam mana cara supaya adik tidak mengamuk.
Saya pergi kat anak. Saya duduk sama tinggi dengan dia(melutut). Perlahan-lahan saya pegang penyapu. Saya cakap rajinnya muhammad nak menyapu sampah ya? sambil saya senyum. Meh sini penyapu abi ajarkan. Terus anak bagi dengan muka tersenyum.
Setelah itu saya alihkan perhatian dia pergi luar rumah tengok burung,tengok langit,tengok kereta.
Untuk pujuk anak:
1. Eye Contact
Pandang ke dalam matanya dengan ekpresi muka yang tenang apabila bercakap atau untuk arahkan sesuatu.
2. Body Contact
Samakan kedudukkan kita setaraf dengan mereka.Guna sentuhan yang lembut apabila anak sedang meragam. Rapatkan badan kita dengan anak. Pegang bahu dia sambil gosok-gosok dibelakang dan terus peluk,sambil bisik ditelinga dia, “Abi dan umi sayang Muhammad,الله sayang Muhammad”
3. Fahamkan Kegunaan Barang
Perkenalkan kepada anak kegunaan sesuatu barang tersebut. Bezakan kepada mereka yang mana boleh main dan yang mana tidak boleh main atau sentuh,terutama alatan tajam atau barangan elektronik. Sebenarnya bagi kanak-kanak semua barang adalah permainan. Jadi,tugas kitalah untuk fahamkan perbezaan barang-barang tersebut. Contohnya penyapu tadi. Setiap hari ketika menyapu cakap kepada anak penyapu ini fungsinya untuk sapu sampah Bukan untuk main. (sambil ajak anak)
4. Jangan Jerit Pada Anak
Apabila anak 2 tahun main barang yang salah. Jangan kita berteriak dari jauh. Anak pegang gelas dari jauh kita dah jerit. Akhirnya mereka terkejut terus campak gelas ke lantai. Sepatutnya pergi kepada anak dan ambil gelas dengan berhemah.
Sekarang anak saya mula dengar cakap tidak lagi campak barang. Dia nak main HP sekali pun datang minta izin dengan saya. Rupanya sangat mudah untuk wujudkan emosi yang positif dalam jiwa anak-anak kecil ini.
Moga Bermanfaat kepada tuan puan.
-EncikMatt-
MW: Menarik perkongsian tip ini. Semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam mendidik anak-anak agar mendengar kata dan tidak mudah memberontak.
Pernah tak dengar rungutan ibu yang anaknya enggan makan. Cuma nak minum susu formula semata. Bancuh sampai lima kali sehari pun tak apa. Nak suapkan makanan terutama jenis sayur atau nasi, bercinta dibuatnya.
Sebenarnya, memberi anak susu formula semata-mata tanpa makanan tambahan yang lain mengundang bahaya buat anak itu. Ini perkongsian dari Dato Dr. Suriyakhatun Osman apabila ibu terlebih memberi susu formula pada anak kecilnya.
Kesan Minum Susu Formula Berlebihan
Pembantu saya tanya. “Kenapa doktor marah pesakit tadi?”
Eh saya marah ke? Saya tak marah, cuma hati saya rasa kecewa sebab saya sudah berkali-kali beritahu bahawa bila minum susu formula banyak sangat semasa umur sudah lebih dua tahun akan menimbulkan berbagai masalah.
Dan anak ini ekzema selepas umur 4 tahun sebab ibunya mulakan susu formula pada umur 4 tahun. Dia minum 5 botol sehari dan tidak mahu makan kecuali telur dan nasi putih.
Cuba awak fikirkan perkara ini dengan mengunakan ilmu biochemistry yang telah awak belajar dulu.
Susu formula adalah makanan yang timbulkan acid ash, nasi putih pun sama dan telur pun sama. Darah kita perlu pH 7.35 – 7.45 dan tidak boleh lari dari pH ini. Keadaan acidosis adalah keadaan cemas dan tidak akan berlaku sebab badan kita ada mekanisma untuk betulkan .
Maka dalam badan ada buffer system yang kekalkan pH begini. Jika makanan yang masuk keluarkan acid ash, badan terpaksa ambil zat galian yang alkaline dari dalam TULANG anak itu untuk kekalkan pH darah.
Bayangkan apa yang berlaku bila makanan sentiasa dari range mengeluarkan acid ash tanpa diimbang dengan makanan yang keluarkan alkaline ash? Tulang anak tak kuat, usus dapat leaky gut sebab makanan acidic yang tinggi gula juga tidak baik untuk microbiota usus, eczema dan semua penyakit alahan akan keluar terutama bila ada unsur keturunan.
Apakah Makanan Yang Perlu Diimbangkan
Perlulah makan buah dan sayur. Jika ini pun tidak boleh kena berikan supplement yang ada zat serupa seperti dalam sayur dan buah, zat galian seperti Magnesium, Potasium dan lain-lain.
Bila pengambilan hanya susu, biskut, kuih dan roti, anak ini bukan sahaja akan terjejas kulit, tapi usus, tulang dan saraf akan terlibat dan tak lalu makan akan menyebabkan kurang zat.
Soalnya?
Cukupkah susu formula menampung semua keperluan anak?
Belajar tentang potential renal acid load. Untuk anak pun penting. Makanan yang hanya susu, biskut, kuih roti, jam tidak sihat. Ulam-ulaman, sayur dan buah amat perlu dalam pemakanan.
Biskut kuih kek pula akan tambah beban pada ginjal dan tingkatkan renal acid load. Ini akan ganggu imbangan mineral badan.
Quote
Rather, it’s the “potential renal acid load,” or PRAL, of a food — a value that measures acid excretion in the urine — that determines where it fits within the context of acid-alkaline balance.”
Sumber/Foto : Facebook Dr. Suriyakhatun
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anda sebagai isteri tentu rasa sangat bahagia jika suami sentiasa di depan mata dan anak-anak yang baik. Namun bayangkan jika anda dikelilingi orang yang murung. Besar kemungkinan anda juga terpalit dengan rasa kemurungan itu.Lebih-lebih lagi jika suami, orang yang paling rapat dengan diri anda sendiri yang mengalami kemurungan. Sebagai isteri, anda perlu main peranan dalam memberikan sokongan emosi buat suami menangani kemurungan itu.
Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, daripada Promind Training And Consultation, yang juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam majalah Mingguan Wanita.
Masalah
Suami yang ada masalah di tempat kerja, dihimpit hal kewangan atau masalah hubungan dengan anda sangat terdedah kepada kemurungan ini. Keadaan ini adalah benar kerana kira-kira satu pertiga penduduk di negara ini mengalami penyakit kemurungan seumur hidup. Ini berdasarkan statistik Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2015. Dengan cabaran peningkatan kos hidup hari ini pasti situasi kemurungan ini semakin mencengkam.
Anda mungkin tidak terkesan dengan keadaan ini jika suami sentiasa senyum semasa di rumah. Tetapi bagaimana jika sebaliknya? Dua hari lepas, dia balik dalam keadaan macam naga. Anak-anak yang tidak tahu apa-apa, semua ditengkingnya dengan kata-kata berapi. Semalam dia senyap dan banyak termenung. Puas anda bertanya tetapi dia kata ‘tidak ada apa-apa!’. Malam tadi dia mengigau sehingga bertempik-tempik. Semua itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Sekarang izinkan saya bertanya. Apa yang perlu lakukan sekarang?
Faham
Pertama sekali anda tidak boleh bertindak balas tanpa faham situasi suami. Ya, anda rasa dia menengking tanpa sebab. Anda betul tetapi kena segera beristighfar dan berundur. Anda tahu bahawa itu bukan sifat suami anda yang sebenar. Salurkan apa juga ayat-ayat kasar yang dia hembus ke telinga kanan terus keluar ke telinga kiri. Jangan benarkan tengkingan itu melencong masuk ke dalam hati. Saya pasti Allah akan memberikan pahala mudah yang melimpah ruah apabila anda sebagai isteri mengamalkan tip pertama ini.
Emosi Kena Teguh
Untuk berada di samping suami yang kemurungan, emosi isteri perlu teguh dan kuat. Anda tidak tahu selama mana keadaan itu akan berlaku tetapi yang pasti emosi anda perlu bertahan selama kemurungan itu berterusan. Semua itu bukan mudah tetapi juga bukan mustahil. Seperti menakung ‘air tempayan’ maka air itu perlu dilepaskan keluar. Kalau tidak nanti jadi tempat nyamuk membiak. Bagaimana untuk melepaskan tenaga negatif itu?
Cara terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Apabila kita bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh maka sesuatu yang ajaib berlaku. Tubuh secara semula jadi mengeluarkan hormon dopamine, endorphin dan serotonin. Anda tidak perlu ingat nama hormon-hormon ini tetapi cukup mengetahui inilah hormon yang mendatangkan rasa lega dan gembira. Maka bila suami tidak ada maka bersenam dan kemaskanlah rumah. Pasti anda rasa lega dan sedia untuk satu pusingan lagi.
Diri Sendiri
Siapa atau apakah yang menjadi cabaran terbesar anda dalam menghadapi suami yang kemurungan? Bukan suami tetapi sebenarnya ialah diri sendiri. Apabila dalam kesedihan kita cenderung membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan ceria. Secara tidak sedar kita mula menghitung kesusahan yang pernah dilalui.
Yang peliknya kita hanya menghitung hal-hal yang tidak elok saja. Adakah selama hidup ini tidak ada rahmat Allah yang kita nikmati?. Oleh itu elakkan daripada membandingkan diri kita dengan orang lain yang dirasakan lebih hebat.
Jika cabaran kemurungan suami ini menjadi cabaran, pasti ada orang lain menghadapi cabaran hidup yang sepuluh kali lebih getir. Sebab itu kita perlukan agama untuk faham erti reda dalam hidup. Apa juga cabaran yang sedang dihadapi pasti bukan satu yang sia-sia. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik untuk anda kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...