Sebelum Bercuti Ke Sabah, Hadam Maklumat Ini Agar Tak Rugi Masa

Share

Cuti sekolah kali ini panjang kan, campur cuti raya lagi.. jadi mak ayah ambil lah kesempatan ini bawa anak-anak dan keluarga jalan-jalan ke pulau-pulau di Sabah.

Lagi-lagi pulau-pulau di Sabah ini pemandangan dan alam semulajadinya masih terpelihara dan secantik Maldives. Rugi tau tak jalan-jalan bawa famili ke Sabah.

Mak ayah yang sedang rancang nak bercuti ke Sabah terutama visit pulau-pulau Sabah tu, ambil tahu fakta ini juga.

Tidaklah nanti bila sampai sana, banyak benda yang kita tak explore. Sudahnya rugi masa, cuti yang patutnya happy, jadi tak happy.. sebab salah sendiri tak ambil tahu do’s and don’t waktu bercuti ke Sabah.

Info berguna ini dikongsikan Bllliq Tidoo, moga mak ayah dapatlah bercuti dengan tenang satu famili.

 

 

Travel Fact To Sabah

1. Korang tak perlukan passport untuk ke Sabah TAPI kita (Semenanjung people)tak boleh overstay melebihi 90 hari. Nanti kena soal!

2. Kalau motif korang ke Sabah untuk explore pulau-pulau Sabah seperti Mabul, Mataking & lain-lain, AIRPORT yang korang patut turun adalah Tawau, BUKAN Kota Kinabalu okay. Sebab apa? Pulau yang kami sebut tu semua terletak di perairan Semporna, iaitu airport paling dekat adalah TAWAU. Salah airport naya lah! Perjalanan dari KK ke Tawau by road lebih kurang 11-12 jam. Sangat jauh!

Tak berbaloi dek masa dan penatnya.

3. Jeti umum untuk ke Pulau Mabul adalah Semporna. Dari airport Tawau untuk ke Semporna ambil masa lebih kurang 1 jam lebih bergantung pada trafik dan tahap kelajuan kenderaan korang. Kalau driver korang level Fast & Furious, kurang dari sejam mau dah sampai. Haha.

4. Kalau korang menginap di Pulau Mabul, tolonglah bawa extra cash. Sebab dekat Mabul ada FRESH SEAFOOD baru tangkap, dan boleh buat tawar menawar lagi dengan Bajau Laut yang menjual. Sumpah fresh dan sedap! Balik semenanjung sila la ke klinik kot2 ada tanda nak kena gout. Hihi

5. Cucuk siap-siap duit di ATM airport. Ini serious tau, bukan sandiwara atau buat kalut. Bukan apa, dekat pekan Semporna tu selain KFC jadi tumpuan orang beratur-ratur, bank pun tak kurang famous dia. Beratur panjang sampai ke luar semata nak keluarkan duit! Lama tunggu turn!

 

Bila Masuk Pulau, Ini Yang Mak Ayah Kena Sediakan

6. Dekat Mabul, korang boleh beli fresh seafood dengan bajau laut dan upah restaurant chalet korang duduk untuk masak kan. Murah je upah, dalam RM10-RM20 macam tu.

7. Masuk pulau, benda paling WAJIB adalah DRY BAGS. Letak segala barang peribadi yang penting dalam tu terutama phones dan wallet. Arus air di laut tak menentu, kalau berombak habis merecik basah tau. Kalau basah, dah tak sempat nak snap gambar cantik untuk kenangan. Rugi!

8. Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul lebih kurang sejam by speedboat. Sakit juga tulang pinggul sementara nak sampai. Tapi view laut tu confirm buat korang terkesima, tahu-tahu je, eh dah sampai!

9. Terakhir sekali, peluang untuk korang tengok penyu secara dekat sangat lah tinggi! Waktu malam, kalau korang lepak di anjung chalet sambil mengadap laut, sambil tengok bintang tiba-tiba eh ada benda hitam dalam air. Penyu lah tu! Penyu suka datang dekat dengan cahaya bila malam.

Jadi, bila dah baca ni teringin tak nak ke Sabah? Kenapa nak melancong sampai ke Maldives sedanglan pulau-pulau Sabah view pun setanding Maldives. Hehe. Selamat merancang percutian anda!

Sumber/Foto : Billiq Tidoo, juga berkongsi info kembara di instagram @BilliqTidoo

Published by
Netty Ah Hiyer